PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Sunday 16 February 2014

Kursus Kaedah mengajar anak membaca Al-Quran..

Alhamdulillah malam ni rasa relax sgt2 sbb anak2 tidur awal utk ke sekolah esok dan baby pun tidur awal mungkin agak keletihan kerana tidak dapat tidur lena di siang hari kerana keriuhan abang-abang yang lasak bermain di dalam rumah.

Apa yang ingin di kongsikan adalah pada hari semalam saya telah menghadiri Kursus Kaedah mengajar anak membaca Al-quran anjuran Islamic Parenting Network (IPN). Kursus ini adalah antara kursus2 anjuran IPN yang telah lama saya tunggu untuk menyertai.

Kursus ini menerangkan tentang tiga kaedah yang paling berkesan mengikut kesesuaian anak-anak kita. Bak kata Puan lina Karim, hanya kita sebagai ibubapa yang lebih mengenali anak-anak kita dan ibubapa sendiri sebenarnya yang lebih tahu kaedah mana yang lebih sesuai di dedahkan kepada anak-anak mereka agar mereka lebih cepat mempelajari dan membaca Al-Quran.

Pada permulaan kursus, kami telah di ajar bagaimana Kaedah pengajaran yang sesuai di ajar kepada anak. Ianya terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama,'Visual learner' iaitu anak-anak yang lebih mudah belajar/ menghafal dengan MELIHAT kedua, 'Auditory Learner' iaitu anak-anak yang lebih mudah belajar/ menghafal dengan MENDENGAR dan ketiga ialah 'Kinesthetic Learner', anak-anak yang lebih mudah belajar/menghafal dengan MENYENTUH.Penulisan seterusnya saya akan kupas dengan lebih mendalam. :)



Kemudian kami diterangkan tentang fungsi dan keupayaan otak kanan dan otak kiri. Puan Lina Karim lebih menekankan tentang fungsi dan keupayaan otak kanan kepada bayi dan kanak-kanak yang di katakan pada usia inilah iaitu 0-6 tahun mereka banyak belajar menggunakan otak kanan. Oleh itu, kita sebagai ibubapa memainkan peranan yang sgt penting untuk memasukkan seberapa banyak ilmu kepada anak di usia ini kerana otak kanan mereka berfungsi secara aktif pada umur tersebut dan sebaik-baik ilmu, menurut Puan Lina Karim, masukkanlah ilmu Al-Quran.


Seterusnya kami di ajar cara mengajar kanak-kanak yang baru lahir contohnya mengikut peringkat umur bayi bermula 0 hingga 9 bulan, 10 hingga 18 bulan, 19 hingga 27 bulan, 28 hingga 36 bulan, seterusnya 3-6 tahun. Segalanya di terangkan tentang tempoh masa belajar, tempoh menonton video dan tempoh masa yang di perlukan untuk mendengarkan CD mengikut peringkat umur tersebut.

Seterusnya kami terus di ajar dengan 3 kaedah mengajar anak bermula dari peringkat bayi yang diajar menggunakan flash card kemudian kaedah Al-furqan yang lebih kepada Visual, kaedah Al-Barqy iaitu belajar melalui lagu yang sangat sesuai kepada kanak2 yang lebih mudah belajar melalui teknik auditory iaitu mendengar dan yang ketiga dan yang terakhir ialah kaedah A-Baghdadi yng sangat sesuai kepada kanak-kanak jenis Kinestetik iaitu kanak- kanak yang sukakan sentuhan kerana teknik Al-Baghdadi ,menggunakan ketukan kayu.

Kesimpulannya, walaupun kursus ini ringkas dan hanya diadakan setengah hari tetapi sangat bermanfaat dan berinformasi kerana ia menerangkan tiga kaedah tersebut dengan terperinci dan terpulang kepada kita sebagai ibubapa untuk memilih kaedah mana yang terbaik untuk di ajar kepada anak.

Di akhir kursus, sempat jugalah saya bergambar dengan mentor saya, Pn Lina Karim.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...