PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 24 June 2014

Tempat makan menarik di Kota Kinabalu, Sabah

Sebaik tiba di Kota Kinabalu dari Ranau dan Kundasang, kami menikmati makan malam di  Kampung Nelayan Seafood Restaurant yang terletak di Taman Tun Fuad Bukit Padang, Kota Kinabalu Sabah. Restoran seafood nelayan ini sangat sesuai bagi penggemar makanan seafood kerana seafood yang dihidangkan sangat fresh.Restoran ini sangat luas, cantik dan selesa. Sepanjang menikmati makan malam, kita akan di sajikan dengan persembahan kebudayaan negeri Sabah kerana terdapat pentas di satu sudut restoran.






Pada  malam berikutnya kami menikmati makan malam di KK night market bersebelahan pasar filipina. Di situ juga menu utama adalah makanan laut yang amat menarik dan sedap. KK night market mula di buka jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi.










Itu sahaja yang dapat di kongsikan kerana percutian pendek kami disana adalah selama 4 hari 3 malam.

Rumah terbalik di Tamparuli, Sabah

Seperti yang di janjikan, sebaik pulang dari Kundasang ke Kota Kinabalu, kami berhenti berehat seketika di Tamparuli untuk melihat dengan lebih dekat keunikan rumah terbalik.

Malangnya, cuaca hujan pada petang itu dan rumah terbalik tersebut sedang dalam proses  pengubahsuaian di bahagian dalam, kami hanya dapat melawat  dan mengambil gambar di bahagian luar sahaja. Tapi di bahagian luar juga tidak kurang menariknya, tetap unik dan menarik cuma tidak banyak.






Inilah beberapa keping gambar yg sempat di ambil untuk tatapan.  Insyaa Allah masa akan datang bila berkunjung lagi ke sini, harap dapatlah melawat di bahagian dalam rumah...

Sehari di Kota Kinabalu, Sabah

Hari ketiga di Sabah, kami merancang untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu. Apa yang menarik ye di Kota Kinabalu...? Ok sejurus selepas sarapan kami ke pasar pagi di tengah bandar Kota Kinabalu untuk berjalan-jalan sambil membeli-belah. Pelbagai jenis barangan dan makanan yang di jual di pasar ini dan kelihatan amat menarik sekali. Suasananya lebih kurang pasar malam di sekitar Jalan TAR pada hari Sabtu.



Selepas itu, kami melawat muzium Sabah. Di dalam muzium tersebut tidak di benarkan mengambil gambar, oleh itu tak banyak gmbar dapat di ambil di dalam muzium. Di bahagian luar muzium terdapat beberapa model kereta lama utk tatapan...





Di sekitar muzium pula terdapat beberapa contoh rumah tradisi di Sabah yang di panggil Kg Warisan.Terdapat pelbagai jenis rumah yang sangat unik.








Pada sebelah petang, kami mengunjungi pasar filipina yang sangat popular di kalangan rakyat tempatan dan pelancong di mana di sini di jual mutiara, kraftangan, perhiasan dan lain-lain.  Pasar ini adalah pasar yang wajib di kunjungi sekiranya kita ke Kota Kinabalu.  Lokasinya terletak di Jalan Fuad Stephen berhadapan Kompleks Sinsuran.




Setelah selesai membeli-belah mutiara, kami makan malam di gerai makan bersebelahan pasar filipina. Hadoi menarik dan fresh sungguh ikan2 dan udang kat situ, jom kita baca di entri seterusnya iaitu Tempat makan menarik di Kota Kinabalu, bye bye 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...