PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Friday 3 October 2014

Avillion Legacy Hotel Melaka

Semasa ke Melaka baru-baru ni sempena cuti umum sambutan Hari Malaysia, kami menginap di Avillion Legacy Hotel yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka. Kami memilih bilik standard dan tempahan bilik di buat melalui booking.com.

Alhamdulillah, hotel ini sangat selesa dan cantik, dekorasi dalaman dan luaran ala2 palace gitu. Menu buffet sarapan pagi juga sedap dan pelbagai. 

Bila dah ke hotel, pasti tak ketinggalan untuk melihat swimming pool. Keluasan kolamnya tidak berapa besar dan yang paling ok kolam kanak2 dan org dewasa tidak bercantum. Saya memang suka mcm tu atas sebab keselamatan. Bersebelahan kolam renang terdapat gimnasium utk kegunaan pelanggan hotel. 

Lokasi dan kedudukan hotel ni pun tak jauh dari jeti rivercruise dan Jonker Street (Melaka China Town). 

Jom kita lihat gambar-gambar di hotel yang sempat di ambil..

Gambar di lobi hotel dan cafe..




kat dalam bilik..










di kolam renang..



Itu saja, jgn lupa booking hotel di sini kalau ke Melaka.

Thursday 2 October 2014

Antara tempat makan sedap dan menarik di Bandaraya Melaka


Semasa lawatan satu hari kami di Melaka semasa cuti umum sempena Hari Malaysia, kami sempat singgah makan malam di Restoran Hajjah Mona Asam Pedas yang terletak berhadapan dengan Hotel Casa Del Rio Residences. Hotel  casa Del Rio ni pulak bersebelahan dengan sungai melaka. Kalau naik rivercruise mesti perasan hotel ni sbb eksklusif dan cantik.


Restoran ini menghidangkan masakan tradisi melaka iaitu asam pedas, tapi ada juga makanan2 lain seperti satay, nasi lemak, otak-otak dan satar. Menu pilihan kami malam tu adalah asam pedas daging tetel dan asam pedas ikan pari tapi lupa pulak nak ambil gambar, hehe, sori ye..





Ini makan malam kami masa baru tiba di Melaka, keesokannya, semasa bersiar-siar dan melawat tempat bersejarah di Bandar Hilir, kami singgah makan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Restoran ini juga adalah restoran pilihan rancangan 'Jalan-jalan cari makan' di TV3. Walaupun kami lewat lunch hari tu iaitu lebih kurang jam 2.30 petang tapi restoran ni sentiasa penuh dan meriah. Mesti ada yang special di Restoran ni. Tanpa berfikir panjang kami mbuat keputusan utk lunch di Restoran ini walaupun terpaksa menunggu dan berdiri beberapa minit kerana tempat duduk dah penuh.



Antara menu yang di pilih oleh en suami adalah seperti ayam goreng kampung, udang galah masak lemak, sayur campur dan makanan wajib org melaka iaitu asam pedas ikan tenggiri.



Terbukti kesemuanya sedap-sedap belaka. Oh ya, lokasinya bersebelahan Pahlawan Walk Market. Pahlawan Walk Market ni pulak lebih kurang berhadapan sikit dengan lokasi Menara Taming Sari. Untuk ke Restoran ni dari Menara Taming Sari jalan kaki dan seberang jalan sikit je.


Namun ada juga tempat2 makan menarik yang tak sempat saya kunjungi. Antaranya Klebang Original Coconut Shake, nasi lemak sebelah penjara, Bandar Hilir dan kedai mee rojak dan sate kg jawa sebelah sungai melaka.

Bandaraya MELAKA pada Hari Malaysia

16 September lalu adalah cuti umum sempena Hari Malaysia. Sebaik selesai sarapan pagi di hotel, kami pun bersiap-siap untuk ke Bandar hilir. Tak sabar rasanya nak melawat tempat2 bersejarah. Lebih2 lagi melihat perubahan negeri Melaka yang semakin maju sekarang ni.

Ok, lawatan pertama kami sebaik tiba di Bandar Hilir adalah Muzium Samudera. Muzium Samudera berada di dalam sebuah kapal/ bahtera yg terletak tidak jauh dari Bangunan Stadhuys. Memang sangat menarik lebih2 lagi kalau bawa anak2 yg sememangnya nak tahu sangat apa yang ada kat dalam kapal. Caj yang dikenakan adalah sebanyak rm10 utk dewasa dan rm5 utk kanak2 berumur 7-12 tahun. Yang penting bawa dan tunjuk mykad dan mykid.




Sebaik turun dari kapal ni, kami berjalan menuju ke Menara Taming Sari, namun kami di sapa oleh pengayuh2 beca yang mempelawa kami untuk bersiar-siar sekitar Bandar Hilir menaiki beca mereka yang di hias cantik. Kami bersetuju bila memikirkan anak2 kecil yang kepenatan berjalan kaki. Harga untuk 1 beca adalah rm25 tapi saya tak pasti samada harga ini adalah harga tetap atau bergantung kepada jarak perjalanan, lupa pulak nak tanya time tu, aisehhh, hehe..sorry ye.



Beca ni akan berhenti dari satu tempat ke tempat menarik dan mengikut kehendak kita. Kita juga di benarkan turun untuk mengambil gambar dan naik semula ke beca dan pergi ke tempat seterusnya. Budak-budak sudah tentu teruja sbb bukan senang dah nak dapat naik beca zaman sekarang ni. Kira diorang ni melalui pengalaman baru lah ni. 

Tempat pertama kami turun sebaik menaiki beca ialah di ruang legar di mana terletaknya keretapi pertama di Tanah Melayu.



Seterusnya kami meneruskan lawatan ke Kota A Famosa dan kawasan sekitarnya.Kota ni wajib di kunjungi kalau ke Melaka, kalau tak datang Kota A Famosa ni kira macam tak datang lagi la Melaka, betul tak, huhu.. 



Sebenarnya di kawasan Bandar Hilir ni terdapat banyak muzium yang sangat menarik. Antara sempat dan tak sempat je kita nak singgah. Antaranya Muzium Dunia Melayu,  dunia Islam, Muzium Memorial Pengisytiharan kemerdekaan dan beberapa lagi di kawasan sekitarnya yang bila kita lalu je, "eh ada muzium la kat sini.."Macam saya yang bawa anak-anak kecil ni mmg tak sempat la nak lawat semua muzium tu. Sebab kalau dah lawat muzium ni kita mesti nak baca kisah dan ceritakan balik kat anak2 so mmg mengambil masa dan memang tak sempat. So, kami masuk yang mana sempat dulu, yang mana tak sempat, InsyaaAllah ada rezeki, lain kali boleh datang berkunjung lagi..

Seterusnya kami bersiar-siar menaiki cruise.  Rupanya lama juga cruise ni bawa ronda menyusuri sungai Melaka sambil melihat kawasan sekitar Bandaraya, memang puas la naik sekali. Cadangnya, kami sekeluarga nak naik dua kali, siang dan malam, nak fee dua2 sekali, tapi masa naik siang tu rasa lama dan puas,cukupla, lainkali datang lagi naik malam pulak..




Waa tengokla pemandangan di atas, bangunan lama semua di lukis untuk kelihatan menarik.

Lepas naik rivercruise ni perut mula berkeroncong dan kami pun bersiar2 jalan-jalan cari makan. Walaupun kami dah lewat lunch, jam dah menunjukkan lebih kurang 2.30petang, kami tengok restoran ni masih ramai dan meriah. Kami pun bercadang singgah makan di Restoran ni walaupun terpaksa tunggu beberapa minit kerana tiada tempat duduk. Menu utk Restoran ini akan saya kongsikan dalam entri "Tempat makan menarik di Bandaraya Melaka".


Lepas perut semua dah kenyang dan semua dah kembali bertenaga, kami terus ke Lokasi Menara Taming Sari. Masa sampai tu "alamak, ramainya org beratur panjang" . Rasa macam ok ke tak ok ni nak naik dah la bawak baby, risau pulak meragam kalau tunggu lama2, tak naik rasa rugi pulak.. en husband pun pegi tanya kat kaunter samada perlu tunggu lama atau tak. Penjaga kaunter kata " tak lama sebab sekali naik dalam 40-50 org dan tak tunggu lama" bila dia dah cakap camtu, kami pun belilah tiket dan beratur, alang2 dah sampai kan, naik jela, mujur baby pun tidur lena je time tu. 






 Masa naik Menara Taming Sari tu, WoWwWw ww wWow bestnya..!! boleh nampak perubahan drastik Bandaraya Melaka ni, banyak tepi2 Selat Melaka dah di tambak dan di dirikan hotel2.  Jom kita tengok pemandangan..








Selepas merasai pengalaman menaiki Menara Taming Sari, kami pun menuju ke tempat parking dan meninggalkan kawasan Bandar Hilir dan menuju ke Pantai Klebang untuk minum petang sambil mahu menikmati keenakan Klebang original coconut shake dan menyaksikan pameran Kapal Selam yang kebetulan sedang di pamerkan di Pantai Klebang.

Tetapi jalan menuju ke Pantai Klebang sesak teruk dan kami membatalkan hasrat utk ke sana. Rasa mmg rugi tak dapat bawa anak2 tengok kapal selam tapi takpela, tak rela pulak nak membuang masa hadapi kesesakan teruk, kami pun terus pulang ke hotel dan mandi-manda di kolam renang, hihi..

Sekian saja catatan untuk satu hari lawatan ke tempat-tempat menarik di Bandaraya Melaka.

Percutian ke MELAKA, Bandaraya bersejarah

Ok hari ni nak update kisah pada Hari Malaysia tanggal 16 September lalu. Sempena hari bersejarah pada hari tersebut, pada saat-saat akhir kami pun bercadang membawa anak2 bercuti dan bersiar-siar di Melaka Bandaraya Bersejarah.

    Kali ni kami menginap di hotel Avillion Legacy yang terletak di Jalan Hang Tuah Bandaraya Melaka. Lokasinya agak strategik kerana tidak jauh daripada tempat-tempat menarik dan bersejarah. Untuk gambar-gambar sekitar hotel dan bilik hotel akan saya ulas di entri Avillion Legacy Hotel, Melaka.

Sebaik sampai di  Melaka lebih kurang jam 4.00 petang, kami terus check-in dan berehat di bilik sebentar. Jam 5.30 petang, seperti biasa memenuhi permintaan anak-anak yang mahu ke swimming pool utk berenang. Setelah mandi-manda, kami bersembahyang maghrib dan bersiap-siap utk jalan-jalan cari makan di tengah2 Bandaraya Melaka, hmm apa yang menarik ye..


Jalan punya jalan, pusing punya pusing, akhirnya kami singgah di Restoran Hjh Mona Asam Pedas. Lokasinya adalah di hadapan Hotel Casa Del Rio Residences. Alaa hotel paling cantik bersebelahan sungai tu.. kalau naik rivercruise mesti kita akan nampak hotel ni tersergam indah. Konon malam2 tak nak makan nasi, tapi nak rasa original asam pedas melaka punya pasal, diet2 ni di ketepikan dulu, hehe.. masa kami sampai agak awal dan org tak berapa ramai lg time tu, tak lama lepas tu makin ramai pulak org sampai takde tempat duduk.. oo kiranya popular jugak restoran ni, masakan asam pedas pun boleh tahan sedap. Selain tu ada juga menu lain antaranya satay, nasi lemak,otak-otak dan satar. Semuanya sedap-sedap belaka dan selesai makan malam kami malam tu, hihi..





Selesai makan malam, kami pulang ke hotel melalui lorong Chinatown yang di kenali sebagai Jonker Street. Dah malam-malam kebanyakan kedai dah tutup tetapi still nampak kemeriahannya. tengok banyak kedai dah tutup kami tak jadi turun, cuma bersiar-siar dari dalam kereta je.




Perjalanan seterusnya kami terus balik ke hotel dan akan meneruskan lawatan seterusnya keesokan hari yang kebetulan adalah Hari Malaysia.Jom baca kisah selanjutnya disini 'Bandaraya Melaka pada Hari Malaysia.'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...