Hari kedua kami di bawa ke tempat-tempat menarik di Valencia, Spain. Valencia juga di kenali sebagai
City of Arts and Sciences. Terdapat banyak bangunan moden dan unik sepanjang jalan antaranya Railway Station, Town Hall, Virgin Square dan lain-lain.
Ketika di sana kami di bawa melawat ke
Torres de Serranos dan
L'Oceanografic.
Torres de Serranos atau
Porta de Serrans adalah salah satu bangunan bersejarah di Valencia dan monumen peninggalan yang paling baik di bandar ini, Manakala
L'Oceanographic merupakan
kompleks ketiga terbesar di Eropah yang menempatkan lebih 45,000 habitat marin. Keunikan bangunannya di reka oleh arkitek Felix Candela dan di buka pada 14 February 2003.
Selepas menghabiskan masa beberapa jam di sana, kami di bawa melawat dan bersiar-siar di
Museu de Les Ciencies Pricipe Felipe.
L'Oceanographic
Museu de Les Ciencies Pricipe Felipe.
Setelah penat meronda, kami di bawa makan tengahari di sebuah restoran tepi laut yang terletak berhampiran dengan hotel penginapan kami. Hidangan makan tengahari kami ialah makanan popular di Valencia iaitu
Nasi Paila. Nak tahu macamana rupa
nasi paila, jom teruskan membaca entri seterusnya..