PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Sunday, 17 January 2016

MASALAH TEKNIKAL: Maaf, lama tak update blog..

Salam pembaca yang budiman..

Mohon maaf kerana lama tidak meng'update' blog sejak Jun 2015 yang lalu. Laptop dan ipad menghadapi masalah yang sama, tak dapat upload foto..!

Masa tu dah siap mengarang sharing percutian ke A famosa Resort World di Alor Gajah semasa cuti persekolahan pertengahan tahun. Tapi malang tak dpt upload foto sehingga terus tertangguh hingga ke hari ini.

Tetapi, segala yang tertangguh ada sebabnya. Selepas habis cuti sekolah pertengahan tahun, kemudian  menyambut Ramadhan dan meraikan Aidilfitri 2015, selepas itu, saya sibuk membuat persiapan untuk menunaikan ibadah haji bersama suami dan ayah mertua selama sebulan. Tak sabar rasanya nak sharing pengalaman melaksanakan ibadah haji. Balik dari ibadah haji, dua minggu berada di Malaysia, saya berangkat ke Osaka dan Tokyo, Japan selama seminggu je. Wahh.. banyaknya pengalaman nak cerita berada di tempat org. Cuma cuti akhir tahun je tak kemana-mana, cuma menghadiri kenduri kahwin di Alor Star, Kedah dan membawa mertua berjalan-jalan ke Melaka. So, dapatlah kongsi pengalaman dan gmbar penginapan di hotel Holiday Villa dan hotel Novotel, Melaka.

 Baru-baru ni je berkesempatan repair laptop. Sepanjang tidak update tu, saya masih tetap membuka dashboard utk melayan pertanyaan pembaca2. Rasa seronok bila melihat masih ramai yang sudi singgah dan baca perkongsian di blog saya walaupun dah lama tak update. Makin hari makin bertambah pembaca. Paling mendapat sambutan tentu sekali entry post tentang 'Pengalaman Pelayaran.' Rasa sangat2 bersemangat nak sambung menulis blog. Insyaa Allah dalam masa terdekat ni, bertubi-tubi lah masuk post saya. Semoga di beri kelapangan waktu utk saya berkongsi pengalaman umrah, haji dan Japan yang masih tertangguh tu.

Semoga perkongsian ini di jauhkan dari perasaan riak dan hanya berkongsi pengalaman agar org lain memperolehi manfaat. Sayang rasanya tempat menarik yang di singgahi tidak di kongsi bersama.

Sekian wassalam dari saya dan jumpa lagi di entry seterusnya..

Wednesday, 17 June 2015

Percutian ke Hong Kong & Shenzhen Part 1

Catatan ini adalah catatan 2012 yang telah saya salin semula dari blog lama saya sebelum berguru. :)Dua tahun berlalu, Januari 2012.. kami telah menyertai percutian ke Hong Kong & Shenzhen. Kami bertolak dari rumah ke KLIA seawal jam 6.30 pagi kerana flight akan berlepas pada jam 9.00 pagi. Sebelum berlepas, kami sempat breakfast bersama group di McD.



Kemudian kami beramai-ramai menaiki pesawat Cathay Pacific menuju ke Hong Kong. Lihatlah betapa meriahnya suasana dalam pesawat. Rasa-rasanya group kami sahaja dah hampir separuh bas.. oops! separuh pesawat, ada yang dah nak tidur, ada yang tengah bersembang, ada yang layan movie, ada yang tengah melayan perasaan dan sebagainya.. apapun yang tu je la yang boleh buat, nak layan handphone & internet memang tak dapatla.. hehe


Kami tiba di Hong Kong pada waktu tengahari dan perjalanan dari KL ke HK mengambil masa lebih kurang 4 jam. Setiba di HK, setelah melepasi pemeriksaan kastam dan mengambil luggage, bas menjemput kami untuk terus di bawa ke Shenzhen terlebih dahulu.





Sepanjang perjalanan dari HK ke Shenzhen, kami melalui jambatan yang di panggil HK-Shenzhen Western Corridor di mana jambatan ini di katakan masih baru di bina dan di buka secara rasmi pada 1 Julai 2007. Jambatan ini menghubungkan Hong Kong dan Shenzhen dan di katakan lebih panjang dari Golden Gate Bridge di San Francisco USA. Oleh kerana HK & Shenzhen merupakan 2 buah negara yang berlainan walaupun serumpun, kami melalui satu lagi pemeriksaan kastam di Shenzhen. Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba di Shenzhen setelah menempuh perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang satu setengah jam dari Hong Kong..










Ok, utk kisah selanjutnya, saya akan catatkan dalam Percutian ke Hong Kong & Shenzhen Part 2. :)

Percutian ke Hong Kong & Shenzhen Part 2

Sambungan dari Percutian ke Hong Kong & Shenzhen Part 1

Perjalanan dari Airport ke hotel, kami melalui bandar Shenzhen dan saya sangat kagum melihat bangunan-bangunan yang unik tak kira samada bangunan tersebut adalah apartment ataupun pejabat..







Keesokan harinya kami di bawa melawat ke China Folk Cultural Village (CFCV). CFCV adalah antara salah satu tempat yang sangat menarik di Shenzhen. Di sini mereka membina monumen2 bersejarah seperti kubu, rumah-rumah tradisi masyarakat cina, istana lama dan mini tembok besar China di Beijing yang menjadi daya tarikan pelancong ke China. Di sini juga mereka membuat persembahan kebudayaan cina untuk para pelancong tak kira dari dalam dan luar negara.




Ketika di CFCV kita boleh memilih samada berjalan kaki atau menaiki train yang di sediakan..



Setelah bersiar-siar di sekitar CFCV, train menurunkan kami ke tempat yang terakhir di mana di sini terdapat kedai-kedai cenderamata, kalighraphi China dan sebagainya untuk kami membeli-belah sebagai buah tangan. Namun sebaik kami turun dan sebelum kami masuk ke satu kedai ke kedai yang lain, tiba-tiba seorang lelaki pertengahan umur menarik perhatian kami, nak tahu apakah aksi lelaki tersebut sehingga kami beramai-ramai menghampirinya..? jom kita teruskan membaca di Percutian ke Hong Kong & Shenzhen Part 3..

USA 2012 : Part 4, LA Disneyland

Hari di mana lawatan kami ke Disneyland adalah hari terakhir kami di negara Uncle Sam. Pagi- pagi lagi kami dah bangun serta rasa bersemangat nak ke LA Disneyland yang sentiasa menjadi sebutan.
Di sebabkan bilangan kuota yang nak ke Disneyland membolehkan kami menyewa sebuah truck yg ala2 bas juga. Kami pun menyewa bas tersebut untuk pengangkutan pergi dan pulang.

Kenapa menyewa dan kenapa tak naik bas yang disediakan tour agent. Sebenarnya di sebabkan kesilapan teknikal, pakej percutian kami tidak termasuk lawatan ke Disneyland. Pemergian kami ke Dis neyland adalah perancangan saat akhir, sebab alang2 dah sampai LA, elok sgtlah ke Disneyland, enjoy2 kejap. Akhirnya sampai juga kami ke sana.



masa kami pergi kebetulan hari tersebut adalah hari minggu. Oleh itu ramai juga lah warga tempatan yang membanjiri Disneyland tersebut. Sangat tension bila terpaksa beratur panjang untuk main apa-apa game. Tapi apa yg sgt berbaloi adalah bila hampir kesemua game sgt2 menarik, mencabar dan mencapai standard kepuasan hati yang tinggi menyebabkan hati terubat dek kena beratur panjang tadi, hadoi.. 

Lepas dah terkinja-kinja merasai keseronokan bermain game yg kebanyakan ala-ala roller coaster, kami pun bersiar2 di sekitar sambil melihat persembahan pancaragam.



Sebelum pulang, sempat juga kami singgah di kedai menjual cenderahati Disneyland sambil meninjau-ninjau harga, sebab kalau mahal sgt mmg tak membeli. Seperti di jangka walaupun Disneyland Taman Tema bertaraf Antarabangsa, tapi serius, barang2 cenderahati di jual adalah  pada harga yang sangat berpatutan dan mampu di beli.

Selepas melawat Disneyland, kami pun pulang awal sedikit ke hotel untuk bersiap-siap ke Airport dan akan pulang ke Malaysia pada tengah malam.

Selamat tinggal USA..! :))

p/s : will upload more pics, tiba2 tgok gmbar kenangan Disneyland takde dlm my laptop tapi dlm laptop hubby, so pics di atas diambil dari photo album di fb. Mujur lagi.. ;))

TUNJUK FLASH CARD SEAWAL USIA 6 BULAN



Sekitar awal Oktober lalu ketika saya melayari internet utk menambah ilmu2 keibubapaan, saya terbuka blog Pn Lina Karim iaitu ibu kepada Darwisy & Darwisya,  kanak2 yg telah menghafal 30 surah terakhir Al-Quran seawal umur 3 tahun, Pn Lina berkongsi bagaimana dia mula mendedahkan ilmu Al-Quran kpd anak-anaknya seawal usia 6 bulan. Saya mula mendengarkan bacaan anak2nya dan timbul rasa kagum.

Terdetik dalam hati saya, "eh fira dah nak masuk umur 6 bulan, kenapa tidak saya mulakan..". Tanpa berlengah, saya mula mencari flashcard huruf hijaiyah utk diajar pada Fira. Saya berpegang kepada kata2 Pn Lina Karim bahawa 'Otak bayi umpama span yg boleh menyerap apa saja..' . Sebenarnya sudah lama saya dengar kata2 ni dan tak silap ayah saya sendiri pernah bagitahu, "ajarlah anak2 apa2 yg patut diusia ni sebab otak mereka boleh menerima apa saja" dan kata ayah saya lagi "kajian mengenai perkembangan awal kanak2 tidak pernah thenti dan setiap hari mereka pasti ada penemuan terbaru berkenaan hasil kajian berkaitan pndidikan awal kanak2.."

Ok, macam nilah reaksi fira yg berumur 6 bulan ketika saya menunjukkan flash card  huruf hijaiyah kpdnya.. :)







AC Hotels MARRIOT, Barcelona

Sekarang ni kalau saya berkongsi di blog mengenai catatan percutian, pasti tak sah dan tak lengkap rasanya sekiranya tidak berkongsi tentang hotel tempat penginapan kami. Tapi ada juga certain hotel tempat kami menginap yang saya lupa nak ambil gambar. Harap perkara lupa sebegini tak berulang sebab mungkin perkongsian tempat penginapan kita tak kirala di hotel ke, di hostel ke, di chalet ke, di rumah tumpangan ke dan lain2, murah ke mahal ke, ianya tetap membantu untuk menjadi rujukan orang ramai. So, lepas ni masuk ke mana2 hotel bolehla kita ambil gambar serba sedikit serta memberi ulasan terhadap hotel tersebut.

Berbalik kepada percutian di Spain Mei lepas, semasa di Barcelona, kami di bawa menginap di AC Hotel MARRIOT. Hotel ini beralamat di Paseo Taulat 278, 08019 Barcelona, Spain. Hotel ini bersebelahan dengan Barcelona's International Convention Centre dan berhadapan dengan sebuah kompleks membeli belah. Hotel ini juga tidak jauh dari bandaraya Barcelona tapi tetap perlu menaiki teksi untuk ke bandar. Tidak sukar untuk dapatkan teksi sekiranya menginap di hotel ini kerana di depan hotel ini berderetan kereta teksi menunggu untuk membawa penumpang ke mana-mana destinasi yang mahu di tujui.





















Ok itu saja, semoga dapat idea ye..! ;)

Friday, 22 May 2015

Majlis hari lahir fira bertemakan Ana Muslim

Entri kali ni lari topik pasal pelancongan sikit. Catatan harian kali ni nak kongsi cerita tentang majlis hari lahir anak ketigaku, Fira, tempoh hari.

Tanggal 25 April lepas merupakan ulangtahun kelahiran Fira yang ke 2 tahun. Mula-mula terfikir utk adakan majlis kecil-kecilan  dengan hanya menjemput ahli keluarga terdekat.

Tiba-tiba en suami memberi cadangan utk adakan majlis buat anak dara kami seorang tu yang kebetulan jatuh pada hari sabtu. Semuanya gara-gara berkenan dengan candy buffet yang sangat popular di majlis2 birthday anak kawan2.Mujur cadangan tu di beritahu selepas birthday anak kedua iaitu lebih kurang akhir bulan Mac. Oleh itu ada lagi sebulan untuk adakan persediaan rapi.

En suami memberikan 100% idea dan tugasan kepada saya. Maknanya dia minta tolong saya uruskan segala persiapan. Seronok bila di beri kepercayaan  untuk uruskan semua ni, lebih-lebih lagi kebanyakan idea saya dan pilihan makanan di persetujui olehnya.

Sebenarnya inilah kali pertama kami mengadakan majlis hari lahir di rumah. Sebelum ni just beli kek dan prepare goodies bag untuk di raikan di sekolah anak2. Masa tu terfikir nak buat tema yang jarang orang buat dan lain dari yang lain. Bosan dengan tema frozen yang dah terlalu banyak, saya memilih tema Ana Muslim untuk majlis ni.

Ternyata tema ni di sambut baik oleh event planner kami, Cik Murni Suranti Latip yg di tugaskan untuk mendekorasi candy buffet. Dia kata ok jugak sebab jarang orang buat dan experience baru untuk dia.

Oh ya, masa majlis ni kami menjemput Yaya Magic Clown untuk menghiburkan kanak-kanak dan anak yatim yang di jemput. Saya memilih pakej selama satu jam setengah yang merangkumi unlimited ballons design, organize potong kek, games dan sound system. Memang sangat meriah sekali majlis dengan kehadiran Yaya Magic Clown.

Jom layan gambar-gambar sempena birhday fira tempoh hari.



Saya dah lama berkenan nak buat mini table untuk anak-anak kecil enjoy makan. Meja untuk kanak-kanak seperti di atas kami sewa melalui Puan Aireen 012-655 9025.







Candy buffet di atas di deco oleh Cik Murni Suranti Latip. Contact no. dia 012-376 0524. Untuk makluman, selain menawarkan servis dekorasi candy buffet pelbagai tema,Cik Murni juga mengambil tempahan kek, cupcake, tempahan catering dan aneka makanan tempatan dan barat. Jangan risau kek dan makanan lain memang sedap dan di jamin tidak menghampakan. Ini kerana setiap kali ingin mengadakan majlis, saya mesti tempah kat cik Murni Suranti Latip and team. Di jamin memuaskan.





Goodies beg untuk kanak-kanak ni, di sediakan oleh saya sendiri. Dari dulu lagi saya sangat obses dengan paper bag, so goodie bag untuk kanak2 juga saya sediakan paper bag untuk di isikan beberapa jajan dan mini party toy. Paper bag tu di beli online dengan harga yang sangat murah iaitu RM 0.70 sen je satu. Saiznya sederhana dan dapat memuatkan 2 botol mineral water size kecil.

Kemudian saya design dan tempah sticker untuk di lekatkan di paper bag tersebut. Kos sticker pun tak mahal, dalam satu A3 yang memuatkan 12 keping sticker berharga RM6. Bagi saya murah dan berbaloi sebab sticker tu besar jugakk, tapi tak pasti kalau kat tempat lain boleh dapat lagi murah.







Tema warna masa tu pink dan purple sesuai untuk birthday girl. Alhamdulillah majlis tempoh hari berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah. InsyaaAllah kalau rajin, lain masa boleh adakan lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...