Pada waktu tu sebelum penerbangan, saya lupa untuk merujuk kepada buku atau google berkenaan cara solat dalam kapal terbang. Mujur kawan-kawan yang tahu memberi tunjuk ajar. Oleh itu, sekarang ni saya banyak merujuk kepada buku agama dan google di internet berkenaan cara solat dalam kapal terbang supaya saya lebih bersedia dan yakin sebelum menaiki kapal terbang yang mengambil masa perjalanan panjang. Oleh itu, elok rasanya saya berkongsi di sini untuk rujukan saya bila-bila masa dan rujukan kepada orang lain juga.
Praktikal :
- Bersuci/ berwudhuk. Kalau tiada air bertayamum.
- Memeriksa arah kiblat - untuk menunaikan solat fardhu mengadap kiblat adalah WAJIB. Jika kita tidak tahu arah kiblat atau tiada alatan yang menunjukkan arah kiblat di dlm pesawat tersebut maka wajib bagi kita bertanya anak-anak kapal (pramugara/i).
- Mengetahui waktu untuk solat qasar atau jamak.
- Sekiranya tidak mampu berdiri kerana pening atau gayat, boleh duduk.
Selamat menunaikan solat walau di mana jua anda berada.. :)
Good info Ikha. Tq
ReplyDeleteKeep it up!!!