Sebaik tiba di Kota Kinabalu dari Ranau dan Kundasang, kami menikmati makan malam di Kampung Nelayan Seafood Restaurant yang terletak di Taman Tun Fuad Bukit Padang, Kota Kinabalu Sabah. Restoran seafood nelayan ini sangat sesuai bagi penggemar makanan seafood kerana seafood yang dihidangkan sangat fresh.Restoran ini sangat luas, cantik dan selesa. Sepanjang menikmati makan malam, kita akan di sajikan dengan persembahan kebudayaan negeri Sabah kerana terdapat pentas di satu sudut restoran.
Pada malam berikutnya kami menikmati makan malam di KK night market bersebelahan pasar filipina. Di situ juga menu utama adalah makanan laut yang amat menarik dan sedap. KK night market mula di buka jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi.
Itu sahaja yang dapat di kongsikan kerana percutian pendek kami disana adalah selama 4 hari 3 malam.
No comments:
Post a Comment