Hari ni nak buat catatan pengalaman percutian di musim cuti sekolah kali ni. Percutian kali ni memang amat di nanti-nantikan sebab percutian kali ni lain sikit. Percutian kali ni kami nak merasai pengalaman belayar dengan Star Cruises Libra. Walaupun orang lain dah lama cuba percutian pelayaran dengan Star Cruises ni, kami baru pertama kali. Itupun atas ajakan kawan-kawan, kalau tak bila lagi nak merasai pengalaman ni.
Apa yang menyebabkan saya kata percutian kali ni lain sikit adalah kerana percutian ni kami menuju ke satu destinasi menaiki kapal dan bermalam di atas kapal. Yela, sebelum ni kalau nak ke mana-mana tempat percutian, kita biasanya akan drive sendiri, menaiki bas untuk jarak yang dekat atau kalau nak lebih cepat sampai kita akan menaiki kapal terbang dan kalau nak ke pulau-pulau, kita akan menaiki feri dan bot yang mengambil masa beberapa jam sahaja. So, tu yang rasa teruja sebab kami akan ke Phuket dan Krabi menaiki kapal yang besar dan bermalam di atas kapal tersebut, so itulah kelainannya.
Percutian kami bermula pada 7 hingga 10 Disember 2014 dan kami memilih pakej empat hari tiga malam ke Phuket dan Krabi. Pakej ini telah kami tempah di MATTA Fair yang berlangsung pada bulan Mac 2014. Di awal perancangan, kami mahu belayar pada musim cuti sekolah bulan September 2014 namun menunda ke musim cuti sekolah Disember 2014 kerana bertindih dengan jadual suami yang akan ke Singapore atas urusan kerja.
Oh ya pakej percutian pelayaran ini memulakan perjalanan dari Penang pada 7 Disember dan bertolak pada jam 5 petang. Oleh itu, kami yang tinggal di Shah Alam, Selangor telah bertolak sehari lebih awal iaitu pada 6 Disember. Kami perlu bertolak sehari lebih awal kerana risau tak sempat sampai sekiranya bertolak pada hari yang sama. Lebih-lebih lagi percutian ini kami membawa anak-anak kecil, so segala kemungkinan anak meragam la, nak ke toilet la, hal-hal yang dapat melambatkan perjalanan sehingga mungkin akan lewat ke destinasi, boleh berlaku. Tu belum lagi hal-hal lain sekiranya ada kesesakan lalu lintas, pokok tumbang la, accident ke dan sebagainya, manala tau kan, so jalan yang terbaik bagi kita yang tinggal sekitar Lembah Klang ni eloklah bertolak sehari lebih awal. Walaupun kapal jalan (bertolak) jam 5 petang, dan pintu masuk di tutup jam .330 petang iaitu 1 setengah jam sebelum belayar (lebih kurang macam naik flight jugakla), saya tengok orang dah beratur seawal jam 11 pagi. So, can imagine kalau nak bertolak dari KL atau Selangor pada hari yang sama, memang tak sempat, KECUALI lah kalau anda bercuti bersama orang dewasa berdua, bertiga ke (kuantiti yang tak ramai) dan bertolak dari rumah seawal 6 pagi, kemudian jalan straight dan smooth je, Insyaa Allah sempat lah kot, tapi apa-apa pun better awal sehari la, lagipun tak rugi stay satu malam di Penang, boleh relax2 pegi makan kat tempat yang best2 kat Penang yang sememangnya menarik.
Ok, seperti entri sebelum ni, saya menginap di Hotel Bayview, Georgetown, Penang iaitu hotel yang betul-betul dekat sangat atau berhampiran dengan jeti, hanya 5 minit drive dari hotel. Kalau dari tingkat bilik bangunan hotel pun kita dah boleh nampak kelibat jeti ni dan kapal-kapal yang sedang berlabuh. So, memang dekat dan tak perlu risau terlewat sampai. Keesokan hari lepas check-out hotel jam 12 tengahari, kami pun menuju ke jeti.
Berhampiran dengan jeti juga di sediakan Tempat letak kereta yang selamat, tertutup dan mempunyai pengawal keselamatan, tapi saya lupa nak ambil gambar lokasi dia. Pintu masuk berhadapan dengan tapak sejarah FORT CORNWALLIS. Harga untuk satu hari ialah RM 5 sahaja, murahkan.Memang tempat parking ni di sediakan untuk pelanggan-pelanggan yang bercuti menaiki feri atau cruise. Setelah parking kereta dengan selamat, kami semua berjalan menuju ke jeti.

Eh baru pukul 12 tengahari lebih dah ramai orang beratur nak masuk, takpe better sampai awal bole explore dlm kapal tu sebelum ramai orang. |
Untuk pengetahuan semua, percutian cruise ni kalau bawa luggage besar, kita perlu check-in luggage besar ni di kaunter khas di tingkat bawah dan luggage besar ni akan terus hantar di hadapan bilik cabin kita 1 jam sebelum belayar. Kalau kita lebih selesa nak handcarry beg dan tak mahu check-in luggage, kita perlu bawa luggage yang bersaiz sederhana. Contoh saiz luggage adalah seperti gambar di bawah ni. Masa naik cruise tempoh hari saya bawa luggage paling besar untuk isi baju seramai lima orang ahli keluarga, tujuannya nak mudahkan suami nanti tak cukup tangan kalau bawa luggage kecil2, sebab saya confirm tak dapat nak tolong husband bawa beg2 ni sebab tangan saya dah penuh pegang tangan anak2 kiri kanan..! betul tak, nak travel pun kena memikirkan strategi.
Selepas check-in luggage besar, kumpulkan kesemua passport ahli keluarga dan daftar di kaunter pendaftaran dan anda akan di beri kad akses ini seorang satu. Maknanya kalau bawa 5 ahli keluarga, akan terima 5 keping kad ni. Kad akses ni sangat penting dan perlu di jaga rapi kerana fungsi kad ini selain sebagai key card untuk kita keluar masuk bilik cabin (macam kat hotel tu), kad ni juga adalah pass untuk kita keluar masuk dari kapal ni apabila kita naik bot perantara untuk ke Phuket dan Krabi pada hari berikutnya. Para kelasi kapal, amboi sampai kelasi tu.. memang akan sentiasa minta anda tunjukkan kad akses ni setiap kali nak keluar atau masuk dari kapal, so jagalah dengan rapi kesemuanya, sebab kalau kad anda terbawa 4 keping je dan yang nak keluar adalah 5 orang ahli keluarga, memang akan kena tahan dan jadi masalah. Lagi satu kad akses memang perlu di bawa setiap kali nak pergi makan di Deck 9 (tingkat 9). Kira kena tunjuk macam kupon breakfast kita nak pegi makan kat hotel tu. Nanti bila naik cruise, bukan setakat breakfast di sediakan, tapi lunch, hi-tea, dinner dan supper memang di sediakan. Kerja makan je la bila naik cruise ni, sebab tu dia check kad akses ni seorang satu sebelum masuk ke cafe cabin. Akhir sekali fungsi kad ni bila kita nak join program-program yang di anjurkan dalam kapal ni, nak masuk daycare, nak tengok show dan sebagainya. Di hadapan kad akses ni tertera nama penuh kita, tarikh pelayaran,no bilik cabin, no. lokasi yang perlu kami tuju/ berkumpul sekiranya berlaku kecemasan (Assembly Station) dan lain-lain.
Ok selepas dapatkan kad akses tu, panggil semua family kita, bawa kesemua beg-beg lain dan beratur untuk check bagasi. Sebelum beratur dia dah letak notis barang-barang yang tidak boleh di bawa masuk ke dalam kapal. Inilah barang-barangnya, kebanyakan barang elektrik dan buah-buahan yang mengeluarkan bau yang kurang enak, harap maklum.
Masa beratur panjang nak naik cruise saya sediakan satu beg galas dan satu luggage besar berisi baju untuk 5 org ahli keluarga. Beg galas ini di isi susu anak2, sedikit 'jajan' (makanan ringan), botol2 susu dan lain2 yang merupakan keperluan anak kecil. Kalau bercuti tido hotel atau balik kampung,biasanya kita akan isi barang makan ni dalam raga, tapi nak naik cruise, letak dalam beg galas je, nanti sakit tangan bawa bakul sebab berat. Troli luggage macam kat airport tu memang tak di sediakan ye.
Lagi satu baju untuk ahli keluarga, bawa la cukup2 untuk 4 hari 3 malam iaitu tempoh masa yang uolls stay. Jangan terlebih-lebih pulak bawak baju nanti jadi banyak beg dan beg berat.Sebab kita bukan naik flight check-in luggage banyak2 pastu melenggang jalan2. Kita naik cruise, memang lain, kita memang kena bawa luggage sendiri dari jeti sampaila ke bilik cabin KECUALI luggage bersaiz BESAR sahaja yang di benarkan check-in. Kalau bawa anak-anak kecil, kena fikirkanlah nak pimpin tangan anak lagi, nak tolak stroller anak lagi. Tangan ada dua je, campur tangan suami, baru empat, fikir2kanlah.. Takpe, kalau tak cukup baju beli je t-shirt/ baju murah2 kat Phuket dan Krabi. Huhuhu..
Ha, bawa begpack macam ni je utk isi keperluan bayi. |
Fira menyusu dan tidur dalam babycarrier. |
Lagi satu, saya kalau bercuti yang kena naik kapal atau feri, saya suka pakai baby carrier berbanding stroller (kereta sorong baby). Ini kerana saya tak suka nak menyusahkan en husband untuk buka tutup dan lipat setiap kali kami mendarat atau mahu kemana-mana. Saya lebih selesa baby tu melekap je kat badan saya. Mungkin nampak dari mata kasar, baby macam tak selesa duduk dalam babycarrier. Tapi, Insyaaallah ok sebenarnya. Kalau nak di ikutkan kajian terkini yang sudah lama di gunapakai di luar negara, babycarrier atau baby wrapping adalah yang terbaik untuk bayi. Yang penting kedudukan punggung bayi berbentuk 'M' dan babywrap or babycarrier ni akan menampung punggung dan peha baby.Sesekali ada juga saya join group mommies babywearing dan lain2, so kita akan di update tentang keperluan dan apa yang terbaik untuk bayi berdasarkan kajian-kajian terkini yang telah di buat oleh pakar. Tiada istilah sakit bahu kerana babywrap dan babycarrier ini di reka supaya kita dapat menggendong anak kita sejak bayi sehingga mereka berumur 4 tahun.
Bila dah selamat masuk setelah di beri keutamaan kerana membawa anak-anak kecil, apalagi kami terus cari bilik kabin kami untuk berehat setelah lama berdiri beratur, penat wooo..
Bila dah sampai bilik cabin, semua teruja, maklumlah first time nak tido atas kapal..! Oh ya oleh kerana kami seramai 5 orang sekeluarga termasuk bayi kecil, kami di berikan 2 bilik. Kalau nak tido satu bilik semua sekali dengan anak-anak boleh upgrade 'Family room', request kat bahagian receptionist ataupun sebenarnya sebelum kita naik kapal iaitu masa tengah beratur tadi pun dah ada staff kapal yang offer dan bertanya pada kita samada mahu upgrade bilik atau tak. Kalau ada yang tertanya2 kena bayar extra ke tak, of course la kena tambah bayaran sikit. hehehe..

Ok jom tengok gambar-gambar kat dalam bilik cabin. Kami tak dapat bilik yang ada tingkap. Ada juga kawan-kawan yang dapat bilik ada tingkap, sebab kuantiti bilik sangat banyak dalam kapal, ada bahagian tepi yang attach dengan tingkap dan kalau bilik di bahagian tengah memang takde tingkap. Tapi kami tak kisah pun, yang penting ada tempat tidur dan toilet yang selesa.
Lorong yang menempatkan bilik2 cabin. |
Oh ya masa kita register tu kita akan dapat salinan STAR NAVIGATOR. STAR NAVIGATOR ni macam jadual program2 yang di atur sepanjang 4 hari 3 malam. Ianya menyatakan waktu program, waktu makan dan lain2. Kita juga akan diberi pilihan pakej program ke Phuket dan Krabi. Segalanya terpulang kepada kita untuk pilih pakej yang mana menepati budget kita.
Setelah berehat sebentar di bilik cabin, kami keluar bersiar-siar sambil menuju ke Deck 9 (tingkat 9) untuk makan tengahari. Memang tak sempat nak lunch masa beratur nak masuk kapal. Tapi, jangan risau kerana hidangan makan tengahari ada di sediakan di atas kapal dari jam 1 hingga 4 petang. Kalau ada apa2 kemusykilan dari segi tempat, waktu dan sebagainya, refer je STAR NAVIGATOR tu, itulah fungsinya. Info semua ada kat dalam tu.
Tangga dari Deck 8 menuju ke Deck 9, nak ke cafe makan tengahari.Lif ada, saja nak feel naik tangga, heheheh |
Inilah suasana cafe dalam kapal. |
Selesai makan tengahari, kami semua jalan2 kat dalam kapal, explore apa yang ada kat atas kapal. Ada restoran, swimming pool, jakuzzi, kedai cenderahati, kedai barangan duty free dan tempat main pingpong. Bilik daycare for children, dewan persembahan dan lain-lain kami telah melawat pada hari berikutnya. Jom layan gambar2 menarik kat atas kapal Star Cruises Libra ni..
Untuk makluman, 15 minit sebelum kapal memulakan pelayaran, pihak kapal akan mengadakan PASSENGER SAFETY DRILL. SAFETY DRILL ni ialah demonstrasi kecemasan iaitu seperti 'latihan menghadapi kecemasan'. Ala macam latihan kebakaran yang kita pernah buat masa kat sekolah dulu2. Contohnya kapal kami masa tu bertolak jam 5 petang, so 4.45 petang tu dah ada latihan tersebut. Penyertaan adalah wajib, tapi kalau kita ada anak kecil, takpela di kecualikan, asalkan salah seorang dari ahli keluarga kita mesti join. Lepas tamat Passenger Safety Drill, kapal pun bertolak memulakan pelayaran menuju ke destinasi pertama iaitu Phuket.
Lagi satu yang menarik, Kalau kita menonton rancangan TV di bilik cabin, ada tiga channel yang menunjukkan peta lokasi di mana kita berada, kamera di bahagian hadapan kapal untuk kita melihat suasana lautan dan ulangtayang latihan 'Passenger Safety Drill' seperti gambar2 di bawah ini. Memang lebih kurang sama macam naik flight, cuma kalau kat dalam flight kita tengok dari tempat duduk kita, kalau kat atas kapal ni, kita tengok kat tv je dalam bilik dgn suasana santai. Oh ya, lagi satu channel pula memaklumkan tentang program2 yang akan berlangsung di atas kapal. So tiada alasan la untuk kita tertinggal program2 menarik atas kapal, selain di maklumkan di STAR NAVIGATOR, ia juga terpampang di Skrin TV di dalam bilik.
Peta menunjukkan kapal (objek berwarna ungu) masih berada di Jeti Penang. |
kapal kami dah bergerak dan sedang melintasi perairan di Langkawi. |
Maklumat jadual program yang sentiasa tertera di screen TV. |
Selesai menguruskan diri dan anak bongsu, kami berdua pun menuju ke Deck 9 untuk join husband dan dua anak mandi-manda di swimming pool. Rupa-rupanya masa naik kat Deck 9 tu bukan main meriah lagi dengan kebanyakan tetamu telah mula berkumpul untuk bersiar-siar dan menikmati hidangan barbeque yang di hidangkan di sekitar kawasan kolam renang. Baru teringat, husband cakap barbeque dinner akan bermula jam 6 petang hingga 9 malam.Memang meriah dan santai sangat. Aneka hidangan di sediakan dari makanan barat, barbeque, aneka kek dan dessert. Persembahan band yang memainkan lagu-lagu rancak dan sentimental, diiringi keriuhan suara kanak-kanak yang seronok bermandi-manda di kolam renang dan suasana nyaman dan sejuk di tiup angin di tengah lautan. Sampai sekarang teringat-ingat kemeriahannya. Saya rasa inilah sambutan dan jamuan Selamat Datang yang di sediakan pihak pengurusan kapal untuk meraikan tetamu-tetamunya.Memang terbaik.
Mujur saya sempat mengambil gambar suasana kemeriahan barbeque dinner pada petang yang indah itu..
Mujur saya sempat mengambil gambar suasana kemeriahan barbeque dinner pada petang yang indah itu..
Sambil kita menikmati barbeque dinner, anak2 enjoy mandi di swimming pool dan jakuzzi. Budak-budak tak kisah sangat bab makan2 ni, yang penting dapat mandi swimming pool.. |
Rakan-rakan yang baru di kenali di atas kapal. Best juga naik kapal ni, boleh kenal dengan kawan baru. |
Lagi hidangan kek dan dessert. Bila habis je, chef akan tambah kek dan dessert yang jenis lain pulak. Heaven for the food lover, hehehe |
Kita dah hampir kenyang menikmati hidangan, anak-anak masih seronok mandi-manda dan tak mahu keluar dari jakuzzi ni, hadoi.. |
Selesai makan dan mandi-manda, kami pun balik bilik cabin berehat2. Time tu pun dah nak dekat jam 9 malam. Kalau yang bujang-bujang tu bolehlah ke Auditorium tengok show. Bagi saya yang bawa anak-anak kecil ni terus balik bilik je la berehat sebab penat. Lepas dah tidurkan anak-anak, saya pun tertidur sekali manakala en husband pergi ke Auditorium menyaksikan program show dan seterusnya menikmati supper yang di sediakan dari jam 11. 30 hingga 12.30 malam. Baru kenyang je menikmati barbeque dinner, ada hidangan supper lagi. Betullah kata kawan saya yang pernah naik cruise awal tahun hari tu, dia kata " Masa naik cruise tu memang kau akan kenyang sentiasa sebab asyik ada makan2 je" huhuhu
Anak-anak teruja ada katil double storey sebab kat rumah takde, huhuhuhu |
Apa yang menarik, semasa berlegar-legar di sekitar lobby ialah saya tertarik dengan gambar-gambar Kapten dan pihak Pengurusan yang di pamerkan. Kagum seketika apabila pihak pengurusan daripada Kapten, Pegawai Tinggi, Pegawai Kanan, Penyambut Tetamu, Pekerja, Chef dan kakitangan lain, semuanya adalah terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara. Oleh itu, tak hairanlah sekiranya sebaik sahaja kita menjejakkan kaki ke atas kapal ni, kita akan di sapa oleh kakitangan kapal yang memakai tag nama dan negara asal mereka. Kadang-kadang wajah macam melayu, tapi bila tengok tag nama, mereka berasal dari Filipina, Indonesia dan Myanmar. India dan China pun ada tak ketinggalan. Tapi jangan risau, walaupun berasal dari pelbagai negara, kakitangan2 ni sangat baik, komited kepada kerja dan sentiasa membantu. Mereka akan sentiasa senyum pada kita dan akan tegur kita sekiranya kita memerlukan bantuan.
Bila di fikirkan, nmpak macam seronok kesemua kakitangan ni bekerja dalam kapal ni, mesra seolah-olah seperti satu keluarga. Memang bila tengok keakraban dan kerjasama antara mereka umpama pekerja SATU ASIA. Gabungan pekerja dari seluruh Asia, cuma Kapten je yang saya perasan dari Sweden. Huhu..
Pekerja-pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang terbaik akan di pamerkan di dinding lobi kapal.
Tiba-tiba rasa bangga bila Chef yang menguruskan dapur kabin adalah Chef dari Malaysia. Muhammad Quzair nama dia. |
Teruja bila sampai ke Daycare ni, memang pelbagai aktiviti dan program di sediakan untuk kanak-kanak. So, sesiapa yang ada rancangan nak bercuti dengan Star Cruises, bawa je anak-anak tu. Anyway cantik sangat dekorasi di Daycare ni, jom tengok kat gambar2 ni..
Sesiapa yang nak workout dan kemudian memanjakan diri di Spa, sinilah tempatnya, tingkat paling atas sekali..
Paling best, lepak, jalan2 sambil menyedut udara segar di tengah lautan kat bahagian atas ni, walaupun agak gayat tapi amat mendamaikan..
Kat bahagian tengah lif ada board yang menerangkan tentang tempat-tempat di setiap tingkat dan lokasi di mana kita berada. So, kalau nak ke mana-mana refer kat situ je pun boleh.
Gambar di bawah ni adalah mini Auditorium dimana segala program pertunjukan, pementasan, taklimat dan sebagainya akan di adakan di sini. Selain itu, Auditorium ini menjadi tempat menunggu yang selesa kepada tetamu sementara menunggu bot perantara yang akan membawa kami ke daratan untuk ke Phuket dan Krabi.
Bila dah selamat naik bot perantara, sempat snap gmbar kapal..
Alhamdulillah sampai di Jeti Phuket untuk jalan2 sekitar Phuket sampai malam. Ok, catatan perjalanan di Phuket dan keesokannya di Krabi akan saya kongsikan di entri 'STAR CRUISES Phuket' dan STAR CRUISES Krabi'.
Oh ya, masa malam sebelum bertolak pulang ke Penang, selepas menikmati makan malam, Fira tiba-tiba mengerang (menjerit) kesakitan apabila tangan kirinya di angkat, seolah-olah terseliuh. Husband yang merasa risau segera membawa Fira ke Klinik di Deck 1. Masa kami sampai, baru kami dapat melihat keadaan Klinik / Medical Center di dalam kapal. Memang lengkap macam klinik di atas daratan, siap ada doktor dan nurse lagi yang sedang menunggu. Kos rawatan juga berpatutan dan takdela nak caj terlalu mahal kecuali rawatan selepas jam 10 malam adala extra charge sikit, itu normal la.. so kalau nak tengok macamana rupa klinik dalam kabin, jom tengok gmbar2 ni, hehe..
Keesokannya, apabila kami cuba angkat lagi tangan kiri Fira, dia dah tak menjerit kesakitan. Alhamdulillah Fira dah sembuh.. lega kami semua, mungkin tangan dia terseliuh malam tadi.
Selepas breakfast, kami bersiar-siar di sekitar Photo Gallery. Saja tengok2 mana tau ada gambar-gambar kami sekeluarga yang terselit. Bila tengok2 gmbar orang, terperasan ada gambar kami sekeluarga, so beli je la dengan harga yang sangat berpatutan. Terpulang pada kita sebenarnya, nak beli ke tak, kalau tak nak beli pun takpe.
Sekalung tahniah buat pengurusan dan kakitangan kapal Star Cruises Libra yang menjaga dan menghiburkan kami sepanjang empat hari tiga malam. Memang percutian yang tak mungkin di lupakan dan berani saya katakan ianya adalah percutian yang berbaloi dan lain dari yang lain.
Kepada yang berhasrat nak cuba percutian ni, nasihat saya, teruskanlah, memang terbaik.
Setakat ini sahaja catatan pengalaman percutian pelayaran saya. Semoga mendapat gambaran dan informasi yang berguna.
Babai..
Tata..
Salam kak..thanks yek..entry yg sgt best. Saya pun bulan 8 ni nak naik cruise ni jgk..lepas baca entry akak ni lagi tak sabar..hehehe. XD
ReplyDeleteSalam Farrah, memang best, mmg kena pergi..!! :))
DeleteSalam kak..thanks yek..entry yg sgt best. Saya pun bulan 8 ni nak naik cruise ni jgk..lepas baca entry akak ni lagi tak sabar..hehehe. XD
ReplyDeleteHi...salam kenal.
ReplyDeleteSy agak berminat nak ikut cruise tp sy mabuk laut. Mcm tak logik kan kalau nak telan ubat setiap hari. Errrr soalan saya...hihihi rasa mabuk tak kat atas tu?
Salam perkenalan Liza, alamakk.. kalau bab mabuk laut tu tak tau nak jawab mcmana, haha..sbb alahan masing2, tapi rasanya ok kot sebab atas cruise ni takdelah rasa terumbang ambing sgt, stable je.. mgkin sebab besar..
DeleteSalam kk, sy akn ke sana pd bln mei ni
ReplyDeleteNk tnya akk, kt atas tu pakai telco apa ya? N ada wifi x? Hehe
Sblm lupa, thanx for sharing :)
DeleteThanks sharing..best sgt.. tertarik.. boleh tau berapa kos naik kapal ni?
ReplyDeletemasa kami booking hari tu tak silap, lebih kurang RM 1,000 to RM1,100 seorang, beli masa MATTA Fair ada promotion.. ;))
DeleteSalam perkenalan.. kat atas tu tak ingat pakai telco apa, tapi Wifi berbayar, takde Wifi free dik.. hehe
ReplyDeletesalam, maaf lambat reply, tak perasan.. boleh layari starcruise website dan travel agen yg menawarkan percutian cruise ni. Ada beberapa pakej percutian 3H2M, 4H3M beserta tempat2 yang akan di singgah.. boleh pilih ikut kemahuan dan kemampuan kita. t.kasih atas pertanyaan.
ReplyDeletePerkongsian yang berguna..Thanks for sharing.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteakak.. nak tanya aktiviti dye mmg dah diaturkan dah yea.. kalau nak travel seorg2 ok x rasanya.. sbb mcm nk try mcm best jea.. nk tenangkan fikiran..
Waalaikumsalam, boleh juga, tiada masalah.. jaga diri ye
Deletesama2
ReplyDeleteassalam kak,dlm cruise tu ada x bilik utk solat @ surau kecik??sebab sy ni travel solo je pastu sy ni x amik pakej "kabin"..pastu toilet ada x selain toilet dlm kabin tu??
ReplyDeleteBestnya entry ni, gambar pun banyak, tak sabar rasanya nak naik cruise camni gak
ReplyDeleteSalam.. tumpang tanya, semua facilities dlm cruise ni FOC ke? Cth: spa, gym, foods, daycare dll??
ReplyDeleteThanks for sharing. We r going on 1st July 2017. Hope everything wl be ok...
ReplyDeleteSis , ada had umur ke untuk bawa anak anak saya ada baby skrg umur 2 bulan nak travel by cruise bln 9 nanti
ReplyDeletetq entries nie sangat berguna dan membantu
ReplyDeletenk tnya d phuket tu kita kena tukar matawang laaaa kan atau mereka terima MYR