Sebaik tiba di Barcelona kami di bawa bersiar-siar meronda kawasan bandar dan melihat bangunan menarik dan bersejarah di sana.
Antara tempat-tempat menarik yang kami kunjungi adalah di Parkguell. Parkguell adalah sebuah kompleks taman yang menempatkan bangunan unik yg di rekabentuk oleh seorang arkitek bernama Antoni Gaudi. Ia dibina atau di bangunkan dari tahun 1900 hingga 1914. Ianya terletak di Bukit El-Carmel, Gracia, Barcelona. Parkguell juga merupakan sebahagian dari Unesco World Heritage Site.
Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada pemandangan menarik di sekitar Park Guell. Park Guell juga adalah salah satu 'landmarks' paling popular di Barcelona dan wajib di lawati sekiranya berkunjung ke sini.
Selepas melawat Park Guell, kami terus di bawa ke hotel utk check-in. Oh ya semasa melawat ke sini kami baru je sampai dari Malaysia. Penat, memangla penat, tapi kalau dah minat melancong, memang tak perlu di fikirkan sangat bab penat ni. Oleh itu, keesokan harinya kami di bawa melawat ke tempat kedua di Barcelona, nak tahu ke mana..? teruskan membaca 'Barcelona, SPAIN Part 2.'
No comments:
Post a Comment