Ketika di sana kami di bawa melawat ke Torres de Serranos dan L'Oceanografic. Torres de Serranos atau Porta de Serrans adalah salah satu bangunan bersejarah di Valencia dan monumen peninggalan yang paling baik di bandar ini, Manakala L'Oceanographic merupakan kompleks ketiga terbesar di Eropah yang menempatkan lebih 45,000 habitat marin. Keunikan bangunannya di reka oleh arkitek Felix Candela dan di buka pada 14 February 2003.
Selepas menghabiskan masa beberapa jam di sana, kami di bawa melawat dan bersiar-siar di Museu de Les Ciencies Pricipe Felipe.
L'Oceanographic
Museu de Les Ciencies Pricipe Felipe.
No comments:
Post a Comment