Semasa kami berjalan-jalan di Bandar Barcelona, kami singgah makan tengahari di sebuah restoran makanan halal iaitu Restoran
Luna de Istanbul. Menunya sudah tentu tak lain tak bukan makanan arab seperti kebab, nasi arab dan sebagainya. Restoran ini terletak di
Carrer Nou de la Rambla 1, Barcelona. Sederet dengan Restoran ini juga terdapat satu lagi restoran makanan halal iaitu
Restoran Rajah yang menyediakan makanan Pakistan dan masakan Tandoori dari India. So, terpulang nak pilih Restoran yang mana yang menepati selera, apa yang penting dah jumpa
halal food Restaurant at Barcelona City. Pada waktu itu kami memilih untuk menjamu selera di Restoran
Luna de Istanbul kerana menunya yang lebih menarik, sedap dan menepati citarasa.
Sempat lagi pekerja restoran kelahiran Morocco ni bermain dengan Baby Fira. Suka sangat dia dengan budak2 :).
Di harap ulasan ringkas ini dapat membantu dlm mendapatkan lokasi Restoran makanan halal di Bandar Barcelona, Spain.
No comments:
Post a Comment