PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 7 January 2014

Raudhah Adni yg pasti di ingati selalu..



Hari ni hari kelima saya berulang-alik menghantar anak-anak dari KL ke shah Alam. Mengikut perancangan kami sepatutnya berpindah dari KL ke shah Alam pada penghujung tahun 2013 sebelum sessi persekolahan anak2 bermula kerana anak2 telah kami daftarkan bersekolah di shah Alam kerana mengikut perancangan kami akan menetap di sini pada  december 2013. Namun, di sebabkan proses pengubahsuaian rumah tidak dpt disiapkan dlm tepoh tersebut, kami terpaksa menunda hari pindah pada 11 januari 2014.

Hari ni 8 januari 2014, bermakna lagi 3 hari saya akan meninggalkan kota atau daerah tempat saya di besarkan dan berhijrah serta memulakan kehidupan baru di Shah Alam. Perasaaan saya tentulah sedih bercampur gembira. Sedih mestilah kerana saya sudah amat biasa dengan kawsan Keramat , berdekatan dengan rumah ibubapa dan selama 5 tahun setengah kami besarkan anak-anak di sini. Gembira adalah kerana impian untuk tinggal di rumah sendiri menjadi kenyataan. Alhamdulillah, setiap org mempunyai keinginan untuk tinggal di rumah sendiri tak kisahlah rumah tu besar atau kecil yg penting di rumah tersebutlah kita membina keluarga dan mendidik anak-anak kita. Berhijrah ke tempat baru pun bukan masalah bagi saya kerana Rasullulah SAW sendiri sukakan umatnya yg berhijrah, tak kisah berhijrah dari segi apapun.Alhamdulillah diatas segala nikmat dan rahmatNya, semoga Allah kurniakan kebahagiaan ini kepada org lain juga..

Cuma beberapa hari ini saya terkenangkan sekolah lama anak-anak yang banyak memudahkan urusan saya dlm mendidik anak-anak sembahyang, membaca dan menghafal Al-Quran. Sekolah tersebut adalah Tadika Raudhah Adni yg terletak di  Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Cuti sekolah lalu, saya sudah mula lebih tegas dan serius dlm mengajak dan mendidik anak sulung saya Akmal mendirikan solat dan membaca Al-Quran. Apatah lagi Akmal akan mencapai umur 7 tahun pada tahun 2014. Memang agak mencabar kerana dalam usia Akmal yg masih seronok bermain, tiba-tiba saya menyuruhnya berhenti dan dan mengajaknya solat berjemaah bersama saya. Sekiranya suami ada di rumah, kami akan berjemaah bersama-sama atau suami akan membawa anak-anak lelaki kami, Akmal & Arif berjemaah di masjid. Sekiranya suami tiada di rumah, Akmal akan berjemaah bersama saya atau pun sembahyang berseorangan di bawah pemantauan saya dan bacaan sembahyang perlu di baca dgn kuat untuk memastikan bacaannya betul. Kadang2, adik Akmal, Arif yang akan masuk umur 5 tahun akan bjemaah sekali bergantung pada mood. :)

Saya juga telah membeli buku panduan dan cara solat untuk lelaki untuk mengajar anak-anak lelaki saya. Ye.. walaupun kita sendiri telah bertahun-tahun solat, sebenarnya sekali-sekala kita perlu rujuk balik buku panduan, mana tahu sebelum ni ada beberapa kesilapan yang tidak kita sedari selain dpt memantapkan lagi solat kita. Tapi apa yg mengejutkan, Akmal dan Arif sangat lancar membaca bacaan -bacaan dalam sembahyang tanpa perlu di ajar lagi. Cuma saya perlu perbetulkan sedikit2 shaja sekiranya ada ayat-ayat yg mereka tersasul atau terlupa. Sebelum ini saya, pernah dengar mereka membaca bacaan dlm sembahyang tp wktu tu saya dengar betul2 dari awal solat hingga akhir. Bab Azan dan iqamat, sebelum ini biasanya Akmal & Arif akan bergilir-gilir buat. Dalam hati, saya rasa bersyukur kerana tadika Raudhah Adni betul membimbing anak-anak saya dalam solat, Al-Quran dan hadis. Saat-saat begini, mmg saya terkenangkan sekolah Adni.

Memang orang cakap yuran di Tadika Adni ni mahal, mmg tidak di nafikan.. Apatahlagi lokasinya di Bandar kuala Lumpur, biasanya kita sendiri pun sudah sedia maklum.  Namun, saya dan suami berasa sangat berbaloi apabila didikan awal anak kami di semai dengan nilai2 rohani dan Islam yang syumul. Tugas kami sekarang adalah untuk mengekalkan ilmu dan amal yg telah mereka pelajari di Adni sehingga mereka mampu bergerak dan memandu sendiri hala tuju mereka dalam kehidupan.

Antara gambar2 kenangan Akmal & Arif di Raudha Adni.












1 comment:

  1. Alhamdulillah... sonok ikha dah jd housewife.. blh urus anak2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...