PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 31 December 2013

Program Cuti Sekolah 'I Luv Surah Asy-Syamms'.




Pada 9-13 December lalu, saya telah menghantar kedua-dua anak lelaki menyertai program cuti sekolah ' I Luv Surah Asy-Syamms' anjuran Tahfidz Centre ILuvQuran. Program ini terbuka untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun..

Saya mengetahui program ini melalui ibu kepada kawan anak sulung saya yg sama belajar di Sekolah Adni. Pn. Zahirah, ibu kepada rakan anak saya telah mnghantar flyers berkenaan program ini melalui group WA sebelum cuti sekolah bermula lagi. Program ini di adakan seminggu bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tghari setiap hari di sekitar masjid & surau kawasan Taman Melawati, Kuala Lumpur.Program ini juga di usahakan oleh Pn Zahirah dan suami en Faiz.

Selain menggalakkan anak-anak menghafal surah Asy-Syamms mengikut kaedah hafalan terkini, mendalami maksud, anak-anak juga di sediakan dengan aktiviti Art & craft dan eksperimen sains yang berkaitan dengan Surah Asy-Syamms. 

Di bimbing oleh beberapa facilitator muda, anak-anakku di lihat bersemangat untuk menghadiri program ini setiap hari tanpa jemu. Tak pernah dengar anakku berkata 'tak mahu pergi' setiap kali saya mengejutkan mereka dari tidur awal pagi untuk mghadiri program ini. Tentu pengisiannya sangat menarik.

Bagi saya, program ini adalah sesuatu yang sangat kreatif untuk memupuk minat anak-anak mencintai, mendalami dan menghafal setiap surah dalam Al-Quran yang di dalamnya juga terkandung penerangan tentang semua perkara termasuk sains dan teknologi. Oleh itu, secara tidak langsung anak-anak mendapat dua ilmu iaitu dapat menghafal surah Asy-Syamms dan belajar sains berkenaan  surah Asy-Syamms.

Di akhir program, anak-anak di pastikan dapat menghafal surah Asy-syamms. 









Tuesday 17 December 2013

Ringkasan mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh.


Bila hadiri seminar keibubapaan tempoh hari, penceramah menympaikan tentang gaya didikan ibubapa Sultan Muhammad Al-fateh membuatkan saya ingin mengetahui dan mengenali lebih dekat siapakah khalifah unggul ini.

Saya mula ke kedai buku untuk mendapatkan koleksi buku berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh.  Untuk permulaan saya mendapatkan buku ini untuk mengetahui latar belakang dan biographi Sultan Muhammad Al-Fateh sebelum mendapatkan karya-karya lain.

Berikut adalah ringkasan mengenai khalifah unggul Sultan Muhammad Al-Fateh daripada buku bertajuk 'Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Konstatinopel' tulisan saudara Abdul Latip Talib.

-Bernama 'Muhammad' yg kemudian di gelar 'Al-Fateh'.

-Sultan yg ke-7 drpd Sultan2 keturunan Turki Uthmaniyah

- Kehebatan :-
        -Attitude
        - kepandaian
        - di kalangan bukan nabi
       - di beri keizinan oleh Allah utk
          menakluk konstantinopel.

- Di serahkan empayar Uthmaniah
 ketika berusia 12 tahun.

- usaha menakluk Konstantinopel di mulakan oleh Saidina Ali pd thn 34 Hijrah. Muawiyah Bin Abu Sufian pd thn 84 Hijrah, Sultan Sulaiman thn 91 Hijrah, Khalifah Harun Al-Rasyid thn 165 Hijrah. Sultan Beyazid pd tahun 1391, 1397 dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan. Akhirnya pd 20 Jamadil Awal tahun 857 Hijrah bsamaan 29hb Mei 1435 Masihi barulah kota Konstantinopel berjaya di tawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

- Kota konstantinopel yg kini di namakan Istanbul, terletak di sempadan antara benua Eropah dgn Asia.

- Umat Islam berusaha menawan kota tersebut krn percaya dgn hadis Rasulluah SAW yg mengatakan Konstantinopel di tawan oleh org islam.

- Selepas 800 tahun hadis itu di ucapkan oleh Rasulluah SAW barulah mnjadi kenyataan.

-Sultan Muhammad Al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kpd Istanbul  lalu mnjadi ibu kotanya.

-Kemudian baginda menakluk Serbia pd tahun 1460 dan Bosnia pd tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Italia, Hungary dan Jerman.

-Kemudian baginda mbuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi mangkat kerana di racun oleh seorang yahudi bernama Maesto Jakopa.

- Sultan Muhammad Al-Fateh mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

"Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yg baik, tentera yang baik dan rakyat yg baik." (Nabi Muhammad SAW)

KETAHUI GAYA DIDIKAN IBUBAPA SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Perkongsian ilmu semasa mnghadiri parenting seminar 'Raising Young Khalifah'..

Kenali khalifah unggul Sultan Muhammad Al-Fateh & ketahui gaya didikan ibubapa baginda..

1) mnjaga keturunan
  - Sultan muhammad mbesar dgn keturunan yg baik2.
- yg menarik, org Turki sgt mnjaga keturunan sehingga gmbar2 moyang mereka di jadikan hiasan dinding di rumah.

2) Membesar dgn wawasan dan jihad
- anak2 perlu di didik utk di LUKIS cita2 nya. Perlu di didik pada otak kanan. Otak kanan = Art & Craft, Drawing.

3) Di besarkan dgn cerita org2 hebat. THE POWER OF STORY TELLING (KUASA MOTIVASI)
- Sebelum tidur, anak2 yg separa tidur mudah menyerap apa yg ibubapa cakap/ nasihat.
- Bacakan buku cerita utk anak2.

4) SIKAP POSITIF Sultan Murad II, ayahanda Sultan muhammad Al-Fateh
- Tidak mnjadi perhatian utama utk mewarisi takhta.

5) Karakter Dominan Mehmed II 'Shehzade' Keras Kemahuan ('DEGIL' YG DI LURUSKAN)
- Sultan Murad tidak menunjukkan riak tidak setuju terhadap anaknya tetapi memanggil org lain utk mngambil tindakan terhadap anaknya. "Telah di rekodkan bahawa Sultan Murad telah memberikan ROTAN kepada guru puteranya (Sultan Muhammad) dan membenarkannya utk merotaninya jika di perlukan."
- memberikan didikan awal dgn Al-Quran, sekiranya anak tidak berminat dgn Al-Quran akan di rotan.

5) Memastikan anak menguasai bahasa asing. Sultan Muhammad Al-Fateh kuasai 9 bahasa.

6) Aspek pemakanan
 - Susukan anak dgn susu ibu kalau boleh sehingga berusia 2 tahun.

7) Belajar berdikari (membuat keputusan sendiri)
   - Kurangkan perkataan NO kpd anak. (cth: anak nak memanjat, biar je..)
  - anak mesti di ajar buat silap, rasa sakit.
  - Jgn hanya anak belajar, galakkan berpersatuan, ber kokurikulum ( iaitu bukan hanya hebat di dlm kelas).

😎 Urus anak secara 'MILITARY CAMP' & mbesar dgn org2 tua / lebih berpengalaman.
  - Biar pengalaman & pemahaman cepat transfer.

9) PENYAIR & PEMIDATO YG HEBAT
   - Didik anak2 kita dgn Aliran sastera, bukan sekadar Aliran Sains.

10) Kaki SUKAN (OUTDOOR ACTIVITIES) dan SENI PERTAHANAN DIRI.
- Ajar anak bersilat, bersukan supaya mereka lebih fokus.

11) AYAH YG MENUNJUKKAN TELADAN
     (Sultan Murad II sibuk di medan jihad)
  - Tidak memaksa anak2, sebaliknya menyemai benih perbincangan.

Semoga Bermanfaat..

Monday 16 December 2013

Program Cuti Sekolah Nov-Dec 2013 AKADEMI BOLA SEPAK AMPAC.




Semasa menghadiri Malaysian Islamic  Children Fair (MICF) tempoh hari, saya sempat singgah ke booth AMPAC untk meninjau program cuti sekolah utk anak-anak. Ampac yang beroperasi di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi telah menganjurkan beberapa program motivasi utk pelajar2 sekolah rendah hingga menengah. Antara salah satu programnya adalah latihan bola sepak dan ia di namakan Akademi bola Sepak AMPAC.

Menurut jurulatih yang juga merangkap Pegawai Promosi Akademi tersebut, program bola sepak cuti sekolah adalah yang pertama kali diadakan pada tahun ini kerana sebelum ini ia diadakan untuk program jangka panjang. Niat asal saya mahu menghantar kedua-dua orang anak bujang saya kerana mereka gemar bermain bola sepak di dalam dan di luar rumah bila kelapangan. Kalau bermain di luar rumah ok lagi, paling tak tahan kalau kedua-duanya bermain di dlm rumah sehingga adik perempuan mereka yg berusia 7 bulan tidak dpt tidur lena di buaian.Tapi apakan daya, mereka hanya mahu menerima kanak-kanak bermula umur 6-12 tahun. Anak kedua Arif baru berusia 4 tahun. Oleh itu, saya hanya menghantar anak sulung Akmal yang berusia 6 tahun ke program tersebut.

Antara salah satu tujuan saya menghantar anak sulung saya ke Akademi ini adalah untuk mengasah / mencungkil bakat anak saya. Mana tahu kecenderungan dan minat anak-anak dalam bidang ini. sebagai ibubapa di waktu mereka masih kecil inilah kita perlu peka minat anak-anak ke arah mana.. kita cuba bola sepak, sekiranya anak tak minat bola sepak, kita cuba badminton pula, kalau anak tak minat sukan badminton, kita cuba squash dan sukan2 lain pula, yang penting anak-anak tidak membuang masa dan menghabiskan masa terluang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

 Program ini berlangsung selama enam hari bermula 2 hingga 6 Disember 2013 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptang. Waktu berlatih di padang adalah di waktu pagi bermula 8.30 hingga 11.30 pagi. Peserta kemudian di bawa ke Akademi untuk rehat, mandi, membasuh sendiri kasut but bola, makan tghari, sembahyang zohor berjemaah dan di sebelah petang di adakan program motivasi.

Antara pengisian program di sebelah petang adalah kelas pemakanan dan nutrisi sihat dan kelas silat. Pada hari Rabu, peserta di bawa ke Universiti Malaya untuk berlatih bersama pasukan bola sepak Universiti Malaya. Macam mana agaknya anak sulungku berlatih dgn pasukan profesional. Teringin nak tgok gmbar mereka tapi sehingga kini belum di upload lagi gmbar aktiviti mereka di facebook utk di kongsikan. Saya pernah minta mereka upload gmbar di facebook dan mereka berkata akan berbuat demikian tapi sehingga kini tidak ada, yg ada adalah pengumuman untuk peserta Akademi Bola Sepak jangka panjang..

Pada hari Khamis, peserta di bawa ke Port Dickson utk program Jati Diri. Peserta-peserta di bawa menaiki bas dan bertolak dari lokasi Akademi di Bandar Baru Bangi seawal jam 8.00 pagi  dan berada di Port Dickson sehingga 4.30 petang. Tak dapat di bayangkan sebenarnya melepaskan anak sulung saya yang baru berusia 6 tahun menyertai aktiviti seumpama ini yang kebanyakan disertai oleh kanak- kanak yang berumur 7-12 tahun. Menurut facilitator, hanya 3 orang peserta berumur 6 tahun dan yang lain- lain berumur 7 tahun ke atas. Sebenarnya saya tak kisah menceburkan anak-anak saya dlm program seperti ini walaupun setengah orang kata anakku masih kecil, saya teringat salah satu tips gaya didikan ibubapa Sultan Muhammad Al-Fateh yang membiarkan anaknya bergaul/berkawan dgn org2 yg lebih tua, faedahnya ialah supaya pelajaran dan pengalaman tu cepat transfer. Itulah yang saya harapkan kepada anak-anak saya agar pengalaman menyertai program ini memberi input baik dan pengalaman yang berguna untuk mereka satu hari nanti.

Pada hari Jumaat iaitu pada hari kelima, aktiviti peserta adalah berlatih di padang untuk perlawanan persahabatan pada hari terakhir iaitu pada hari keesokannya, sabtu. Peserta berlatih bermula jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 tghari. Pada hari kelima program tamat seawal jam 12.30 tghari untuk solat jumaat. Pada hari ke lima ini juga Akademi  telah menganugerahkan sijil kepada peserta-peserta yang berjaya menghabiskan program ini.

Pada hari akhir program iaitu hari Sabtu diadakan perlawanan persahabatan antara Program Cuti Sekolah (PCS) vs AMPAC  team. AMPAC team merupakan pasukan program jangka panjang yang di anjurkan oleh Akademi ini. Semasa perlawanan ini ibubapa di galakkan hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Selain itu ibubapa dapatla tgok macammana permainan anak-anak hasil dari latihan di Akademi ini. Kalau ikutkan, apalah sangat skill yang dapat di pelajari untuk tempoh yang singkat iaitu selama 5 hari latihan. Bagi saya itu semua tak penting, yang penting ialah pendedahan sukan ini kepada anak saya,pengalaman anak saya mengembara ke Port dickson bersama rakan-rakan yang baru di kenalinya, bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa dan yang paling penting program ini turut diselitkan dgn program motivasi untuk mmbentuk jati diri. 

Tapi, apa yg mengecewakan ialah anakku Akmal tak sihat dan demam pada hari terakhir tersebut dan tidak dapat mnyertai perlawanan persahabatan. Punah harapan kami nak tgok Akmal bermain, hehe..Walau bagaimanapun, kami sekeluarga tetap hadir bersama Akmal (walaupun Akmal hanya tertidur sepanjang perjalanan dan perlawanan) untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta lain.

Kesimpulannya, program ini amat baik untuk memupuk minat anak-anak kita dalam sukan bola sepak, memberi pengalaman berguna utk program motivasi dan jelajah selain merancang program yang menarik utk anak-anak di musim cuti sekolah agar masa mereka tidak terbuang begitu saja.




Thursday 12 December 2013

MENGHADIRI KURSUS MENTAL ARITHMETIC.



Pada 31 Oktober lalu, saya telah menghadiri kursus "Mengajar sendiri Mental Arithmetic kepada anak di rumah".

Mental Arithmetic adalah pembelajaran matematik menggunakan kaedah abascus/sempoa serta keupayaan otak kanan.

Semasa terbaca mengenai seminar ini di internet, saya amat berminat utk mengikutinya dan mahu lihat hasil sentuhan saya mengajar sendiri kepada anak2. Saya rasa itu adalah salah satu  cara saya utk menghabiskan masa berkualiti bersama anak2 selain memupuk minat mereka terhadap pelajaran matematik kerana matematik adalah ibu kepada semua subjek.

Semasa mnghadiri seminar tersebut, saya bertemu dan bertukar pandangan dgn beberapa ibubapa yg hadir. Ada yg buat 'homeschool' iaitu mengajar anak2 sdiri di rumah tanpa hntar ke sekolah.. fuhhh.. saya rasa saya masih belum mampu/bersedia mahu mngajar anak2 sndiri kat rumah, nak layan karenah sorang2, hadoyai...so ibubapa yg buat 'homeschool' ni bagi saya amat tabah & hebat. Ada juga ibubapa yg dtg sbb anak2 tak minat matematik, anak2 fobia dgn matematik dsbnya..tgok betapa risaunya ibubapa jika anak tak minat maths dan mereka sanggup mencuba kaedah lain utk mngajar anak bagi memastikan anak2 tersayang kembali minat kpd pelajaran matematik..

Sehari selepas mengikuti kursus ini, saya terus memulakan pembelajaran ini kepada anak2, saya rasa tak perlu di tangguhkan lagi kerana saya sendiri risau saya akan lupa step2 & formula kaedah ini, so masa tgh fresh2 baru lepas belajar terus saya ajarkan pada anak2. Saya sentiasa doakan agar anak2 sentiasa mudah menerima ilmu yg bermanfaat.

Setakat ni saya lihat mereka berdua nmpak enjoy dan berminat, saya harap & berdoa agar minat mereka konsisten dan sentiasa bersemangat, yg penting istiqomah kita utk memberikan yg terbaik utk anak2..

Amin Ya Rabbal Alamin..




Friday 6 December 2013

Set Aktiviti Untuk Bayi



25 oktober lalu sempena umur fira yg ke 6 bulan saya hadiahkan set aktiviti utk bayi berumur 6 -12 bulan. Sebenarnya semuanya kebetulan tatkala saya melayari internet utk melihat-lihat seminar parenting yg akan di adakan pada waktu terdekat.

Saya fikir knp tidak saya memilikinya kerana saya mempunyai bayi berusia 6 bulan & sbg surirumah sepenuhmasa sudah tentulah saya mempunyai banyak masa utk melakukan aktiviti tersebut bersama bayi saya. Pada pandangan saya tak kiralah surirumah atau ibubapa bekerjaya sekalipun yg mempunyai bayi seharusnya memiliki set buku ini kerana kebanyakan aktiviti adalah mudah dan tidak memerlukan kos yg tinggi utk berinteraksi & menajamkan minda anak2 yg di asah sejak bayi.

Sehari selepas menerima set buku ini, saya terus  memulakan aktiviti utk bayi saya. Lihat fira yg kelihatan teruja melihat buku2nya. :)



Wednesday 4 December 2013

PENGENALAN DIRI


PENGENALAN DIRI


Assalamualaikum & salam perkenalan.. Alhamdulilllah impian saya utk menulis di blog sendiri kini menjadi kenyataan. Memulakan kerjaya sebagai surirumah tangga sepenuh masa sejak awal Januari 2013. Memilih untuk bersara setelah 12 tahun bekerja dgn syarikat industri kecil sederhana milik bapa yg fokus kepada bidang teknologi hijau iaitu tenaga solar & angin.

Setelah menamatkan pengajian Diploma Perakaunan, saya memilih untuk tidak menyambung ke peringkat ijazah seperti teman-teman lain sebaliknya lebih berminat untuk membantu perniagaan bapa saya yang baru bermula ketika itu. Saya melakukan banyak tugas antaranya kerja-kerja pentadbiran, perakaunan, pemasaran dan urusan penganjuran 'kursus asas tenaga solar'.

Saya tiada pengalaman berniaga walaupun hampir setiap ahli keluarga menceburi bidang perniagaan, tapi membantu perniagaan bapa juga sedikit sebanyak telah memberikan banyak pendedahan, pengalaman & selok belok dalam urusan perniagaan dan dalam tempoh 12 tahun tersebut sebenarnya banyak ilmu yang telah saya pelajari.

Semenjak bergelar surirumahtangga, saya amat gemar menghadiri kursus2 & seminar keibubapaan untuk mendalami ilmu mendidik anak-anak & cara-cara terkini dlm membesarkan anak-anak di zaman yang penuh mencabar. Selain minat membaca, mencuba resipi baru, melancong dan melayari internet, aktiviti di masa lapang adalah gemar menghabiskan masa bersama keluarga.

Harapan saya apabila terhasilnya blog ini adalah saya dapat berkongsi sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai di luar sana selain catatan saya akan menjadi tatapan dan rujukan buat anak-anak saya satu hari nanti, In syaa Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...