PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 20 January 2015

Festive Hotel, Singapore


Semasa membawa anak-anak ke pertandingan IMA tempoh hari, kami telah menginap di Festive Hotel yang terletak di Resort World Sentosa iaitu kawasan tumpuan pelancong untuk ke Universal Studios Singapore.

Kami memilih hotel ini kerana ia terletak bersebelahan dengan bangunan Resort World Sentosa Convention Centre (RWSCC) di mana pertandingan berlangsung di situ.

Kami tiba di hotel untuk check-in agak lewat sedikit lebih kurang jam 8 malam kerana kesesakan lalulintas di Imigresen Woodlands.

Untuk sampai ke hotel ni, suami menggunakan applikasi wave yang tenyata sangat mudah dan membantu.

Sebaik tiba di hotel, kami melihat kemeriahan orang lalu-lalang di kawasan lobi dan rupa-rupanya, jarak antara hotel ini ke hotel-hotel lain amat rapat dan setiap hotel mempunyai butik membeli-belah dan laluan ke tempat makan, tempat membeli belah di sekitar Universal Studio, sebab tu kelihatan ramai orang lalu-lalang.

Oleh kerana keletihan kami terus check-in masuk kebilik untuk berehat dan membuat persediaan utk anak-anak menyertai pertandingan keesokan hari.


Sebaik masuk bilik, terkejut tgok skrin TV tertera nama sendiri. 









Sepanjang menginap di hotel ini, apa yang boleh saya katakan Festive Hotel ni adalah sebuah hotel yang ringkas tetapi eksklusif.

Ini kerana, susunatur dan hiasan dalaman bilik agak ringkas. Lengkap dengan keperluan asas tetapi tidak mempunyai almari tertutup tetapi menyediakan almari konsep terbuka.

Namun semasa menempah online untuk bilik ini, Hotel ini menyediakan bilik yang pelbagai dari segi saiz dan dekorasi. Kita boleh memilih mana-mana bilik yg agak besar sedikit mengikut keselesaan dan budget.

Apa yang eksklusif ialah hotel ini terletak dalam kawasan Resort World Sentosa iaitu kawasan taman tema yang terkenal. Walaupun biliknya agak ringkas, tapi hotel ini mempunyai kolam renang yang sangat cantik dan dekorasi hiasan dalaman yang moden.











Semasa menempah hotel ini melalui booking.com, kami tidak mengambil pakej sarapan pagi. Walaubagaimanapun tak susah untuk mendapatkan makanan halal semasa menginap di sini kerana terdapat banyak Restoran makanan halal di sekitar ini dan salah satunya ialah Restoran Papamia yang terletak di Pintu masuk hotel dan berhadapan kaunter Receptionist hotel.



Hidangan di Restoran Papamia ini adalah hidangan masakan makanan Malaysia.




Apa-apa pun pengalaman manis menginap di hotel ini tetap menjadi kenangan dan tak mungkin di lupakan. 

Intelligent Mental Arithmetic (IMA) Competition

Sebaik pulang dari percutian pelayaran, kami pulang ke Shah Alam dan selepas selang dua hari kami bertolak ke Singapore untuk memberi sokongan kepada anak-anak yang akan menyertai Pertandingan Mental Arithmetic. Waa rasa mcm bercuti sakan kami cuti sekolah kali ni.

Pertandingan di adakan pada 14 Disember 2014 bertempat di Resort World Sentosa iaitu tidak jauh dari tempat pelancongan terkenal Singapore iaitu Universal Studios.

Aturcara majlis.

Kami bertolak ke Singapore sehari lebih awal dan menginap di Festive Hotel yang terletak bersebelahan dengan Resort World Sentosa Convention Centre (RWSCC) di mana pertandingan di adakan.  Gambar-gambar di Festive Hotel saya catatkan dalam entri 'Festive Hotel'.

Keesokannya, awal pagi, selepas bersarapan pagi di bilik, kami berjalan kaki menuju ke RWSCC untuk mendaftar anak-anak. Suasana sangat meriah kerana di sertai oleh ribuan kanak-kanak dari cawangan IMA seluruh Malaysia dan juga negara-negara lain.


Bergerak menuju ke Dewan Konvensyen.

Pendaftaran.


Selesai mendaftar saya menghantar anak-anak masuk ke Dewan Pertandingan dan mencari no. tempat duduk mereka. Kami di bantu oleh guru2/ tenaga pengajar yang mengawasi pelajar-pelajar di dalam dewan tersebut.




Antara ribuan kanak-kanak dari seluruh negara yang menyertai pertandingan.


Beberapa acara menarik dan persembahan ringkas  di adakan sebelum pertandingan bermula. Ianya bagi menenangkan kanak-kanak yang kelihatan  berdebar untuk pertandingan tersebut. Kami parents pun dah rasa cukup teruja apatah lagi anak2. 

tempat duduk ibubapa di bahagian tepi dan belakang.


 Sekitar jam 10.30 pagi pengacara mengumumkan supaya bersiap sedia dan seterusnya Pertandingan bermula. Lagu rancak mengiringi tempoh masa yang diberikan untuk menjawab soalan sepantas mungkin. Sekiranya lagu itu di tamatkan bermakna masa telah tamat dan kanak-kanak perlu berhenti menulis dan meletakkan pensil di atas meja. Tidak lama kemudian kertas jawapan di pungut untuk disemak oleh panel.

Selesai pertandingan tersebut, ibubapa di benarkan mengambil anak masing-masing di tempat duduk mereka dengan menunjukkan kupon kepada pengawal yang mengawasi ruang pertandingan.

Kami di beri tempoh dua jam untuk keluar makan tengahari dan bersiar-siar di sekitar Resort World Sentosa sebelum kembali semula ke Dewan Konvensyen untuk mengumumkan pemenang dan penyampaian Anugerah. 

Oleh itu, kami mengambil peluang tersebut untuk berjalan2 melawat booth yang di buka di luar dewan dan keluar ke ruang legar Resort World Sentosa untuk menikmati makan tengahari. Sebaik keluar dari Dewan, kami bertembung dengan delegasi dari Palestin yang turut menyertai pertandingan ini. Mereka memberitahu bahawa mereka telah sampai di sini (Singapore) sejak dua hari lepas. Setelah berbual, bertanya khabar tentang keadaan semasa negara Palestin, kami mengambil gambar bersama2.



Bersama delegasi dari Palestin.


Selesai makan tengahari dan hanya beberapa minit sebelum masuk jam 2.00 petang, kami kembali ke Dewan Konvensyen untuk mengikuti acara gilang-gemilang yang di tunggu-tunggu iaitu penyampai hadiah dan trofi kepada pemenang. Pemenang dan penyampaian hadiah di umumkan mengikut kategori. Setiap kategori mempunyai tiga puluh pemenang terbaik (top 30) dan mereka akan di panggil naik ke atas pentas untuk menerima trofi yang agak besar. Pemenang di nilai dari segi kepantasan dan jawapan yang betul. Dan dalam tiga puluh orang tu termasuk tiga pemenang untuk tempat pertama, kedua, ketiga yang akan menerima hadiah dan trofi yang sangat besar melebihi ketinggian pemenang itu sendiri. Kelakar pun ada, tapi itulah pengiktirafan yang di berikan oleh pihak IMA dan penganjur. Apa pun saya lupa nak ambil gambar pemenang bersama trofi masing2 kerana meriba Fira yang sedang tidur.

Oh ya, sebelum pengumuman pemenang top 30, terlebih dahulu pengacara mengumumkan Pusat-pusat Pembelajaran IMA terbaik dari seluruh Malaysia dan Antarabangsa. Tenaga pengajar dan pemilik pusat pembelajaran Intelligent Mental Arithmetic (IMA) ini juga tidak ketinggalan untuk di beri pengiktirafan di atas kesungguhan mereka mengajar, menurunkan ilmu dan melahirkan kanak-kanak genius matematik. Ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat mereka untuk terus berbakti mencurahkan ilmu kepada kanak-kanak supaya lebih minat dan mencintai matapelajaran matematik melalui kaedah/ method mental arithmetic.

Apapun pada hari tu, Akmal dan Arif tak berjaya mendapat tempat antara tiga puluh yang terbaik. Walaubagaimanapun mereka tetap menerima Trofi Merit Award atas kesungguhan dan usaha mereka menyertai pertandingan tersebut. Walaupun tak menang itu bukanlah tujuan utama sebab  Akmal dan Arif baru menyertai kelas Mental Arithmetic ni lima bulan sebelum pertandingan. Yang penting, pengalaman dan pendedahan menyertai pertandingan ini di harap akan lebih menaikkan semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya.

Merit Award yang di terima Akmal dan Arif.

Bergambar di pentas setelah selesai pertandingan.
Sebelum ni ada juga orang tanya kenapa hantar anak belajar Mental Arithmetic kerana kaedah ini biasanya popular di kalangan masyarakat cina dan kaedah ini adalah kaedah tradisional yang jarang di guna pakai pada masa kini.


Jawapan saya adalah kerana ingin memupuk minat anak-anak di dalam subjek matematik dan menggunakan sepenuhnya keupayaan otak kanan mereka yang sangat aktif di zaman kanak-kanak untuk menyerap apa juga ilmu termasuk Mental Arithmetic kerana Mental Arithmetic banyak menggunakan keupayaan otak kanan untuk menguasainya dan di usia kanak-kanak inilah kita merangsang.

Kalau nak cerita pasal otak kanan, panjang pula nak cerita di sini dan sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, eloklah google sendiri. Di waktu lapang di lain masa kalau ada kesempatan akan saya kongsikan tentang keupayaan otak kanan ni.

 Sebenarnya pengetahuan mengenai Mental Arithmetic adalah kerana saya minat membaca bahan bacaan dan blog berkenaan ilmu parenting dan ada seorang ibu yang memperkenalkan kaedah ini sehingga menarik minat saya.

Lagi satu adalah saya ingin meneroka rahsia kejayaan masyarakat cina dalam mendidik anak-anak mereka sehingga menjadikan mereka antara bangsa berjaya. Tak salah untuk kita mencontohi 'success pattern' bangsa lain dan tak perlu kita hanya melihat sahaja kejayaan mereka, tetapi harus mengkaji, meneroka dan mempraktikkan apakah cara yang di gunapakai sehingga terbukti membuahkan hasil sehingga  mereka menjadi bangsa berjaya dan berdaya saing untuk di serapkan dalam diri anak-anak kita asalkan tidak melebihi had dan batas.

Sekian saja coretan saya..


Monday 19 January 2015

STAR CRUISES Krabi

Setelah menghabiskan masa di Phuket dan tiba di kapal lebih kurang jam 10 malam tadi, kami terus tidur untuk mendapatkan rehat secukupnya kerana pagi-pagi esok kami harus breakfast awal dan perlu berkumpul di Auditorium seawal jam 9.00 pagi untuk menaiki bot perantara turun ke Krabi.




menaiki bot perantara menuju ke Krabi.






Sama seperti Phuket, kami di edarkan sekeping Phamplets sebaik check-in di kapal tempoh hari  untuk memilih satu sahaja pakej yang menepati citarasa dan budget kami. Untuk ke Krabi, pilihan pakej tak sebanyak di Phuket, ianya ada sembilan pakej pilihan. Ada pakej snorkelling kerana Krabi merupakan antara pulau-pulau dan pantai tercantik di dunia, so pakej snorkelling ni wajib. Ada pakej melawat ke pulau-pulau kecil di Krabi menaiki speedboat, melawat temple, Snake farm, Elephant Riding (siapa yg tak sempat naik gajah kat Phuket semalam, bolehla naik kat Krabi), pakej Thai Massage dan sebagainya.



 


Baru tiba di Jeti Krabi.


                               
                         



Van dan tourist guide yang membawa kami melawat sekitar Krabi.



Di bahagian lobby di jeti Krabi.

Kami memilih untuk menaiki bot menyelusuri sungai menuju ke laut dan melawat KHAO KANNABNAM yang merupakan sebuah gua yang menjadi simbol Krabi. KHAO KANNABNAAM adalah dua tiang batu kapur setinggi 100 meter, mengandungi gua lengkap dengan Stalactites (pembentukan batu kapur tergantung dari atas siling) dan Stalagtites (pembentukan batu kapur dari lantai gua).






bersiap sedia menaiki speedboat menuju ke gua Khao Kannabnaam.



fira menangis sepanjang naik bot munkin sebab bunyi enjin yg kuat.


boys mestilah happy bab2 nai bot ni, hehehe


Tangga untuk naik ke Gua Khao Kannabnaam.



Pemandangan di dalam gua batu kapur KHAO KANNABNAAM.



Terdapat orang-orang patung yang menggambarkan kehidupan dahulu kala.


Selesai mendaki dan menuruni tangga curam untuk ke KHAO KANNABNAM, kami kembali ke bot dan meneruskan perjalanan air menuju ke Kampung KOH KLANG untuk meninjau aktiviti utama masyarakat setempat yang kebanyakannya adalah nelayan, penternak ikan dan pemandu bot. Kedudukan kampung ini juga tidak jauh dari Hutan Bakau Dara dan kaya dengan tumbuhan alam semulajadi.



Baru tiba di Kg Koh Klang.

Kolam ternakan ikan di kampung Koh Klang.





Setelah melawat kolam ternakan ikan, kami di bawa ke kampung berdekatan dan menaiki 'tut tut' iaitu pengangkutan motor yang telah di ubahsuai menjadi beca untuk bersiar-siar di sekeliling kampung.

Apa yang mengejutkan dan menggembirakan adalah rupa-rupanya majoriti penduduk kampung tersebut adalah muslim dan pemandu tut tut yang membawa kami bersiar-siar juga adalah muslim  bernama Sulaiman.

Rasa seronok tak terkata bila bermusafir dan bertemu dengan saudara seislam. Subhanallah! Masya Allah!

Menurut Sulaiman, sebelum ini, dia mendalami islam dan ilmu agama di Pattani dan pulang ke Kampungnya di sini dan menjadi imam di surau kampung selain bekerja sebagai pemandu tut tut di kampung ini.
Inilah dia Sulaiman.


Kemudian kami di bawa ke kilang batik buatan tangan milik seorang warga tua di kampung ini.

Berjalan menuju ke kilang batik milik salah seorang penduduk kampung.





Bergambar bersama pemilik kilang dan kedai batik di Kampung Koh Klang. Orangnya sangat baik dan peramah walaupun kami mempunyai masalah komunikasi di sana. 


Semasa kami mahu di bawa pulang ke bot, kami melintasi surau kecil di kampung tersebut dan kebetulan azan berkumandang menandakan masuknya waktu zohor. Kami meminta pemandu tut tut untuk singgah sembahyang jamak zohor dan asar di surau tersebut.

Bila masuk melihat surau, teringat surau di kampung nenek di Alor Star. Walaupun surau kecil, ringkas dan serba kekurangan, namun mereka (penduduk kampung) tetap tersenyum dan bahagia kerana suasana semangat kejiranan di kampung masih kukuh umpamanya bertegur -sapa,mengambil berat di antara satu sama lain, bantu-membantu, gotong-royong dan sebagainya.

Ini dapat di lihat apabila sebaik azan selesai berkumandang, kelihatan warga tua dari kalangan penduduk kampung di sini berpusu-pusu menuju ke surau untuk solat zohor berjemaah. Apa yang mengharukan sebaik melihat kedatangan kami, mereka dengan ramah, tersenyum gembira datang menyapa kami, salam dan berpeluk, seolah-olah berbesar hati menyambut kedatangan kami datang ke kampung mereka.
Dengan bahasa siam yang tidak di fahami, mereka menunjukkan arah jalan menuju ke tandas dan tempat mengambil wudhu' serta jari telunjuk mereka menunjuk-nunjuk ke arah tempat lipatan longgokan telekung sembahyang sambil berbisik dalam bahasa siam mungkin ingin memberitahu bahawa sekiranya kami memerlukan telekung, tempatnya adalah di sana.

Apabila ada rakan-rakan mereka yang baru sampai, mereka segera memperkenalkan atau menunjukkan kami kepada rakan2 mereka, dan rakan2 mereka dengan senyum gembira mendekati dan bersalaman dengan kami.

Subhanallah, tunjang dan kekuatan ukhwah sesama muslim tu menjangkaui segala-galanya. 

Rasa sedih dan terharu pun ada kerana walaupun kami tidak memahami percakapan mereka dan mereka tidak memahami percakapan kami, kami di sambut bagaikan saudara jauh datang bertamu.

Wajah mereka, telekung yang di pakai, semuanya sama lebih kurang seperti orang Malaysia. Cuma bahasa sahaja yang berbeza. Seolah-olah berada di negara sendiri.

Bergambar di hadapan surau di Kg Koh Klang.

Salah seorang Imam di surau adalah pemandu tut tut kami, Sulaiman.

Solat berjemaah kaum lelaki di surau kg koh klang.



Kaum wanita mendengar tazkirah sebaik selesai solat zohor berjemaah.

Selesai sembahyang, kami kembali ke bot menuju ke jeti dan menaiki van untuk di bawa ke sebuah restoran makanan halal menikmati makan tengahari. Restoran tersebut adalah Restoran Pak Nam Krabi Seafood.












Setelah menikmati makan tengahari makanan laut, kami bergerak menuju ke bandar Krabi untuk membeli-belah.

Bandar Krabi.


Walaubagaimanapun, kami melihat bandar Krabi adalah bandar yang ringkas. Menurut pemandu pelancong, Krabi bukanlah tempat yang menarik untuk shopping, kalau nak shopping, Phuket adalah antara tempat shopping terbaik dan menarik manakala Krabi adalah tempat untuk merehatkan diri sambil menikmati keindahan pulau-pulau nya yang sememangnya cantik dan indah.

Memang betul apa yang di perkatakan oleh pemandu pelancong. Sebaik tiba di bandar, tidak terlalu banyak kedai2 untuk membeli-belah.

Oleh itu, siapa yang nak merehatkan minda dan snorkelling melihat keindahan alam di dasar laut, Krabi lah tempatnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...