PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Sunday 27 April 2014

USA 2012 : Part 3, LA Hollywood


Sebaik meninggalkan Beverly Hills, kami meneruskan perjalanan ke Hollywood.

Rasa tak sabar nak tengok macamana rupanya Hollywood tu. Oleh kerana kami tiba agak petang, kami tidak dapat masuk ke dalam tempat pembikinan filem, kami hanya dapat bersiar-siar di sekitar bandar Hollywood, Walk of fame, Madame tussaude dan sebagainya.

Sepanjang bersiar-siar dapatlah jumpa dengan Michael Jackson dan Marilyn Monroe tiruan. Hehehehe









Kalau nak bergambar dengan mereka ni kena bayar 1 dolar. Tu la tak berapa banyak ambil gambar dengan selebriti tiruan lain, tak kuasa lah hakak... hehehe, Tapi kawan2 yang ke Universal Studio Beritahu, kat sana free je..




Itu sahaja lah kisah ringkas kami di Hollywood. Selesai berjalan-jalan, kami pun pulang ke hotel untuk berehat sebelum ke meneruskan lawatan hari terakhir kami di Los Angeles keesokannya. Jom ikuti lawatan kami ke LA Disneyland dalam entri berikutnya..

Saturday 26 April 2014

USA 2012 : Part 2, LA Beverly Hills


Setelah kenyang menikmati makan tengahari di Farmers Market, kami di bawa ke Rodeo Drive, Beverly Hills iaitu tempat yang dikatakan kawasan elit dan mewah yang menjadi kediaman selebriti terkenal Amerika.

Dalam hati tertanya-tanya, bagaimanakah rupa Beverly Hills tu..? sebaik tiba, 'oh macam ni Beverly Hills...' Bandarnya simple, bersih dan cantik. Bangunan di sekeliling tidak terlalu tinggi dan kebanyakan kedai adalah butik-butik mewah. Tour guide memberitahu bahawa barang-barang berjenama di sini agak mahal sedikit berbanding di bandar lain sesuai dengan kedudukannya yang terletak di kawasan kediaman elit.Sebelum menurunkan kami untuk sesi bersiar-siar di kawasan ini, tour guide memberitahu, "mungkin kalau nasib kamu semua baik, kamu akan terserempak dengan selebriti2 terkenal Amerika kerana mereka memang membeli-belah di sini.." "oooohhhh" kata kami, hehehehe








Posing je lebih ni, tapi tak beli pun, hihihi


Setelah masa bersiar-siar tamat, kami kembali berkumpul dan menaiki bas untuk ke Hollywood pula. Sebelum meninggalkan Beverly Hills, tour guide sempat menunjukkan kepada kami jalan pintu masuk ke kediaman mewah selebriti terkenal.






Itu sahaja kisah di Beverly Hills. Bye bye Beverly Hills..! jom ikuti kisah selanjutnya di  hollywood.

USA 2012 : Part 1, Los Angeles City Tour

Setelah berehat selama lima hari menulis blog kerana menyelesaikan beberapa urusan, hari ni kita sambung semula perkongsian..

Semasa hampir tiba dari Las Vegas ke  Los Angeles, travel agen membawa dan menurunkan kami di Los Angeles Premium Outlet utk aktiviti shopping. Dalam hati, " hadoi.. baru je semalam shopping, hari ni nak kena shopping lg..." tp bila di fikirkan balik, membeli-belah di US ni mmg sgt berbaloi umpama kita membeli belah groceries di Jaya Jusco, iaitu 'mendapat barang yang berkualiti pada harga yang sgt berpatutan', pernah terfikir, " lepas ni ada rezeki kena datang sini lagi sbb murah.." tapi bila memikirkan kena menempuh perjalanan yang agak panjang dan berada dlm pesawat lama2, serik rasanyaa.. so alang2 dah smpai, shopping ajelah..

Ada juga yang membeli set pinggan mangkuk corelle yg sgt murah di sini, tapi klau nak shopping pinggan mangkuk kena tabahkan hati la nak usung bawa masuk ke dalam flight dan sebagainya. Bila fikir rasa renyah,kami lupakan seketika hasrat nak shopping pinggan mangkuk.



Setelah shopping beberapa barang seperti baju anak2, kasut dan minyak wangi, kami pun meneruskan perjalanan ke Los Angeles yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi perjalanan.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di  Los Angeles. tak sangka, melihatkan bandarnya.. pada pandangan saya, sebenarnya Los Angeles adalah bandar yang simple dan menenangkan. tidak terlalu banyak bangunan tinggi, tapi nama 'Los Angeles' tersangatlah gah. Mungkin LA ni adalah bandar pembuat filem hebat di Hollywood, Beverly Hills yg menjadi kediaman pilihan selebriti terkenal dan bandar yang telah melonjakkan  beberapa nama selebriti, itulah sebabnya Los Angeles menjadi popular.
Kami amat tenang sebaik tiba di sini kerana sudah lari jauh dengan suasana sibuk dan hingar-bingar di Las Vegas.





Setelah check-in di hotel dan berehat pada sebelah malam, esok pagi selepas breakfast, kami di bawa ronda-ronda di Bandar Los Angeles. Jom tengok bangunan-bangunan menarik di Los Angeles.




Selepas itu kami singgah di Farmers Market untuk makan tengahari. Tak sangka, pusing punya pusing pasar kat dalam tu, terselit restoran masakan Singapore yang lebih kurang Malaysia. Namun kami di beritahu oleh peniaga di Restoran tersebut bahawa ayam yang di jual adalah tidak halal kerana tidak di sembelih. Oleh itu, kami memilih makanan seperti roti canai dan kari ikan.





Selepas lunch, kami meneruskan lawatan ke Beverly Hills, jom ikuti entri seterusnya..

Sunday 20 April 2014

USA 2012 : Part 4 , hari terakhir di Las Vegas Premium Outlet

Keesokan harinya iaitu hari terakhir kami di Las Vegas, kami  ke Las Vegas Premium Outlet untuk aktiviti membeli-belah.

Sebelum ke sana kami check-out hotel MGM Grand ke hotel Luxor untuk berkumpul bersama-sama rombongan kumpulan yang extend ke Los Angeles. Manakala kawan-kawan lain yang tidak extend ke LA, di bawa terus ke Airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Selepas check-in di hotel Luxor dan meletakkan beg di bilik penginapan, kami keluar semula untuk bertolak ke Las Vegas Premium Outlet.

Kebetulan kumpulan kami agak ramai dan muat untuk menaiki sebuah bas bandar, maka driver bas tersebut terus menghantar kami ke Premium Outlet tanpa singgah dari stesen ke stesen lain untuk mengambil penumpang lain.



Sampai saja di Las Vegas, bermulalah aktiviti mencuci wallet, hehe.. harga barangan authentic designers di PO Las Vegas tidak jauh beza dengan PO di San Francisco.  Harga barangan selain handbag pun tak berapa mahal,memang sangat2 munasabah.Contohnya di butik Disney, baju tidur kanak-kanak, mainan toy story, model dan bantal kereta Lightning McQueen dll semuanya tak mahal berbanding di Malaysia. Bila di fikirkan balik kenapalah kat malaysia mahal sangat, memanglah salah satu sebabnya di kenakan tax, tapi  harganya tetap tak masuk akal. Seolah-olah mainan tersebut di sasarkan oleh golongan kaya. Hmm apa-apa pun kami tetap enjoy shopping di sini.









Habis shopping, kami terus menuju ke tempat tunggu bas yang kami janjikan kepada driver bas yang membawa kami pagi tadi.Setelah semuanya selamat menaiki bas, kami pun pulang ke hotel penginapan kami iaitu Hotel Luxor yang berbentuk piramid.

Pemandangan dan rekabentuk sekitar hotel ni ala-ala kat padang pasir gitu.Balik hotel sempatlah snap sikit gambar bilik.






Malam tu kami perlu berehat sepuasnya sebelum meneruskan perjalanan ke Los Angeles esok pagi.

Saturday 19 April 2014

USA 2012 : Part 3, makan malam di Restoran Halal di Las Vegas.

Tiba di hotel dari lawatan ke Grand Canyon, kami sempat berehat seketika sebelum keluar semula untuk menikmati makan malam.

Seperti yang di maklumkan, kami akan di bawa ke satu-satunya Restoran Halal yang terdapat di Las Vegas. memang kalau di Las Vegas, restoran satu ni je lah yang menghidangkan halal food. Restoran tersebut adalah restoran Pakistan yang menghidangkan masakan ala-ala arab yang sangat sedap dan menyelerakan. Restoran tersebut adalah Restoran Saffron.




Selesai Dinner, bas menghantar kami pulang ke hotel dan terpulang kepada kami untuk merancang aktiviti seterusnya. Ada yang mahu keluar bersiar-siar untuk membeli-belah dan menghirup udara malam dan ada yang mahu pulang ke hotel untuk berehat. Pada masa tu saya mengambil keputusan untuk bersiar-siar di kawasan kedai-kedai berhampiran hotel. Tidak berapa lama kemudian kami pun pulang ke hotel dan masuk tidur kerana agak keletihan meneroka Grand Canyon siang tadi.

Butik coklat m&m Las Vegas

Susana di dalam butik dan Restoran Harley Davidson, Las Vegas




Ok, jom ikuti aktiviti seterusnya di Part 4. :)

USA 2012 : Part 2 , Hoover Dam dan Grand Canyon, Nevada-Arizona

Hari berikutnya, kami di bawa melawat ke Hoover Dam sebelum meneruskan perjalanan melawat Grand Canyon iaitu antara tempat yang paling di tunggu-tunggu utk di kunjungi.Perjalanan menaiki bas ke Grand Canyon mengambil masa hampir 3 jam dan di dalam perjalanan ke sana, kami singgah di Hoover Dam. Hoover Dam merupakan tempat simpanan air yang membekalkan tenaga elektrik kepada Nevada. Pemandangan di Hoover dam juga boleh tahan, sangat cantik dan memandang takungan airnya, memang sgt menenangkan.







Hoover Dam memperolehi air dari Sungai Colorada dan merupakan sempadan yang memisahkan Nevada dan Arizona iaitu negeri di mana terletaknya Grand Canyon. Oleh sebab itu, di tengah2 Hoover Dam terdapat dua binaan yang menunjukkan jam waktu Nevada dan satu lagi jam waktu Arizona yang lewat 1 jam dari waktu Nevada.




Selepas singgah di Hoover dam, kami meneruskan perjalanan ke Grand Canyon. Sepanjang perjalanan, perasaan sangat teruja dan kagum kerana tidak menyangka di bumi Amerika ini terdapat satu negeri yang keadaannya seperti di padang pasir, kering dan tandus. Saya seolah-olah membayangkan seperti berada di negara Arab. Inilah yang di katakan jauh perjalanan, luas pemandangan, di mana jua kita berada, tetap di bumi ciptaan Allah SWT yang kecantikannya tiada tolok bandingan.




Tibanya kami di Grand Canyon, perasaan agak gayat sedikit kerana keadaan kami yang berada di tempat tinggi dan keadaan bawahnya yang sangat curam memang agak mengerikan. Tapi, pemandangan memang amat menakjubkan, Inilah salah satu keajaiban dunia ciptaan Allah SWT. Kemudian, kami terus menuju ke tarikan utama Grand Canyon iaitu Skywalk. Malangnya, peraturan disitu tidak membenarkan kami membawa kamera untuk mengambil gambar kenangan.Gambar hanya boleh di ambil oleh jurufoto yang di lantik dan gambar tersebut perlu di beli.

Inilah dia ketinggian Skywalk yang  menandingi menara-menara tertinggi terkenal dunia.



Selepas merasai pengalaman merentas skywalk








Pemandangan menakjubkan di Grand Canyon.


Selepas merasai pengalaman di hentian Skywalk, kami bersiar-siar di perkampungan Hualapai Ranch iaitu di sekitar kawasan yang tidak jauh dari skywalk.Di sana terdapat rekabentuk rumah orang asli yang menjadi penempatan mereka.










 Kemudian kami di bawa ke Hualapai Ranch untuk menikmati makan tengahari. Selepas makan tengahari, kami sempat untuk melawat sekitar perkampungan Hualapai Ranch yang merupakan penempatan orang asli Amerika. Selain itu, kami juga dapat mencuba dan di ajar cara bermain beberapa permainan dan senjata seperti memanah, menembak dan sebagainya.














 Setelah semuanya selesai, kami bergerak pulang ke hotel di Las Vegas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...