PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Wednesday 16 April 2014

USA 2012 : San Francisco Part 3

Hari ketiga di San Francisco adalah aktiviti 'free and easy'. Seronok juga aktiviti ini kerana kedudukan hotel kami yang terletak di tengah-tengah bandar iaitu Union Square.

Selepas sarapan pagi, bersama beberapa rakan , kami memulakan aktiviti dengan membeli one-off tiket pusing bandar dengan menaiki kereta klasik terkenal di San Francisco iaitu 'Cable Car'. Seronok merasai pengalaman menaiki 'cable car' tersebut.






Destinasi pertama kami dengan menaiki 'cable car' adalah menuju ke Lombard Street. Lombard Street merupakan jalan berbukit yang sangat unik. Apabila tiba di puncak Lombard Street kita juga berpeluang menikmati pemandangan yang sangat cantik.






Setelah menndaki dan mengeluarkan peluh di Lombard Street, kami menaiki semula Cable car menuju ke Union Square iaitu tengah bandar San Francisco dan juga lokasi hotel penginapan kami. Oleh kerana kami semua sudah tidak sabar-sabar untuk shopping, lokasi tempat shopping yang pertama dan selalu di sebut-sebut tentulah Macy's. Di sekitar Union Square ini terdapat banyak butik berjenama. Butik-butik ini nampak mewah,  tapi apabila kita memasukinya, harga-harga nya adalah sangat berpatutan. Di Macy's Shopping Mall juga, harga-harganya juga sangat berpatutan. Bagi mereka yang pada awalnya tidak merancang atau tidak mahu membeli-belah, pasti 'ter'shopping juga kerana harga-harganya yang munasabah dan mampu di beli contohnya di butik Victoria's Secret.








Selepas ke Victoria's Secret, kami masuk ke butik Coach untuk meninjau-ninjau harga dan pattern terkini untuk handbags. Bukan apa, harga di factory outlet yang kami kunjungi semalam agak murah berbanding di butik dan khabarnya pattern2 di butik adalah lebih terkini berbanding di factory outlet. Itu yang mendorong kami mengunjungi butik Coach di tengah bandaraya San Francisco.

Memang betul pun harga handbag di butik agak jauh ketara mahalnya dari di Factory outlet. Saya juga membatalkan hasrat saya untuk membeli handbag di butik. Cukuplah membeli di factory outlet semalam. Tapi di butik tidak hanya menjual handbags, tetapi terdapat juga kasut, belt dan aksesori wanita. Sedang menunggu rakan lain shopping, suami saya memanggil untuk mencuba kasut jenama 'Coach' yang boleh di gunakan untuk travel.Menurut kawan-kawan lain, mereka telah 'survey' harga kasut tersebut di KL dan harganya mencecah lebih satu ribu ringgit, dan harga  di butik tersebut adalah 90 dollar. Akhirnya, saya 'ter'beli juga kasut tersebut atas galakan suami, hehehe.



                                               Ha, cantik tak...? hehe



Setelah berada beberapa lama di butik Coach, kami pun berpecah kerana masing-masing ingin mencari barang yang ingin di beli. Saya dan beberapa rakan menuju ke Macy's Shopping Mall untuk menyambung aktiviti membeli-belah.







Selepas itu kami berjalan kaki pulang ke hotel dan bertemu dengan rakan yang lain. Ada sesetengah rakan yang telah ke kedai dan kilang jeans Levi's di bandar ini dan memborong hampir 10 helai jeans Levi's yang di pesan oleh rakan-rakan mereka di KL. Jeans tersebut di beli  dengan banyak kerana harganya yang agak murah di sini. Baru saya teringat jeans Levi's berasal dari San Francisco. Terdetik juga mahu ke butik Levi's, tetapi memikirkan keadaan diri yang sangat penat, saya lupakan hasrat untuk menyertai rakan-rakan lain. Pada malam tu, kebanyakannya bergegas keluar semula untuk ke butik Jeans Levis kerana hari itu adalah hari terakhir kami di San Francisco. Esok seawal jam 6 pagi, kami harus bergegas  ke Airport San Francisco untuk berlepas ke Las Vegas.

Ok ikuti kisah seterusnya di Las Vegas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...