PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 15 April 2014

USA 2012 : San Francisco Part 1

Siapa sangka satu hari nanti saya berpeluang menjejakkan kaki ke negara Uncle Sam iaitu USA di mana negara ini memang  tak pernah saya impikan untuk pergi. Selain perjalanannya yang sgt jauh dan kosnya yang agak tinggi, negara Amerika Syarikat @USA antara senarai negara yang paling bawah ingin saya kunjungi dan lawati, hehe..Oleh kerana suami mendapat 'incentive trip' dari majikannya yang membolehkan saya juga turut serta, mana mungkin peluang keemasan ini di lepaskan begitu sahaja. Inilah sedikit kisah percutian pada tahun 2012 yang ingin saya kongsikan.

Kami berlepas pada 4 Mei 2012 dengan menaiki penerbangan China Airlines. Penerbangan kami transit di Taiwan sebelum meneruskan perjalanan terus ke San Francisco. Penerbangan dari KLIA mengambil masa sekitar 6-7 jam manakala penerbangan dari Taiwan ke San Francisco mengambil masa 13 jam. Perjalanan merentasi lautan pacific yg agak lama, amat membosankan. Kami berlepas dari Taiwan  lebih kurang jam 2 pagi dan apabila sampai di San Francisco, jam menunjukkan hampir pukul 6 petang dan pada waktu itu suasananya telah senja.

Apa yang melucukan, tiga jam sebelum tiba di San Francisco, kami telah di hidangkan sarapan pagi di dalam penerbangan dan apabila tiba di Airport, kesemua rombongan  menaiki bas utk terus di bawa makan malam. Salah seorang rombongan dalam kumpulan kami menjerit "eh tadi kami dah breakfast dlm flight, skrg pegi dinner tapi kami belum lunch lagi ni...!!" hehehe betul juga kan, macam magic dan pelik, dari breakfast, terus dinner, macam tula bila ke negara orang kita mesti menghadapi perubahan waktu.

Di bandar San Francisco, kami di bawa menginap di Hotel Hilton, Union Square. Oleh kerana kami tiba pada waktu malam, sebaik tiba di hotel, kami berehat sepuas-puasnya untuk mengikuti program dan lawatan pada esok pagi.


Pada keesokan hari, selepas sarapan pagi, lokasi pertama yang di bawa adalah ke City Hall, San Francisco.  Kawasan sekitar City Hall  sangat cantik dan kami sempat mengambil beberapa keping gambar kenangan sebelum beredar ke Twin Peaks.





Selepas berada di City Hall, kami di bawa ke San Francisco Twin Peaks di mana di sini adalah kawasan berbukit yang membolehkan kita menyaksikan panorama atau pemandangan  bandar San Francisco. Twin Peaks terdiri dari 2 bukit yang dahulunya di gunakan oleh penduduk asal Amerika untuk meninjau dan berburu.





Setelah di bawa menghirup udara segar di San Francisco Twin Peaks, kami di bawa ke Fisherman Wharf dan seterusnya ke Pier 39 iaitu kawasan tempat makan dan membeli-belah yang di bina di tepi tanjung.Kami di tinggalkan di kawasan tersebut beberapa jam utk aktiviti 'free and easy' sebelum berkumpul semula di Restoran Bubba Gump, Pier 39 untuk makan tengahari.Kami sangat teruja dengan kawasan Pier 39 yang sangat 'happening' dan unik.










Kami lunch di restoran Bubba Gump, Pier 39. Hidangan kami tengahari tu adalah fish and chips dan shrimps and salads. Apapun kami amat tertarik dengan dekorasi restoran Bubba Gump yang sangat kreatif.








Setelah kekenyangan menikmati makan tengahari dan bersembahyang jama' di kaki lima yang agak terlindung dari laluan orang ramai, kami di beri masa untuk bersiar-siar lagi dan membeli-belah di situ sebelum berkumpul ke kawasan jeti yang terletak berhampiran Fisherman Wharf untuk menaiki cruise.Kami menaiki cruise dan dibawa ke sekitar perairan San Francisco termasuk melintasi bawah jambatan terkenal 'Golden Gate Bridge' dan menuju ke Pulau Al-catraz. Menurut cerita tour agen, Pulau Al-catraz adalah pulau yang menempatkan bekas sebuah penjara yang mempunyai sejarah dan ceritanya tersendiri.Ada juga ahli rombongan yang turun di Pulau tersebut untuk melawat Penjara tersebut yang kini di jadikan muzium. Namun, kami tidak berkesempatan berbuat demikian untuk meneroka lebih mendalam sejarah penjara di Pulau tersebut kerana kesuntukan masa.















                                              Al-Catraz Island

Selepas di bawa menaiki cruise dan bersiar-siar di kawasan sekitar, kami kembali ke Pier 39 untuk menikmati makan malam di Restoran Neptune's Palace.





Lihatlah hidangan makan malam kami masa tu, terkial-kial juga la menggigit nak habiskan ketam yang besar tu.

Setelah menikmati makan malam dan singgah di butik Hard Rock Cafe San Francisco untuk membeli t-shirt, kami pun pulang ke hotel untuk berehat sebelum meneruskan lawatan pada hari berikutnya.




1 comment:

  1. Salam.. Kat sana akak pkai sim card tak? Klau pkai bagitahu name sim card tu.. tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...