PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Wednesday 16 April 2014

USA 2012 : San Francisco Part 2

Hari kedua di San francisco, kami menuju ke tempat yang di tunggu-tunggu iaitu mercu tanda bandar San Francisco yang sudah tidak asing lagi iaitu Golden Gate Bridge.

Selepas sarapan pagi, kami di bawa ke sana dan di minta oleh Tour Guide untuk berjalan kaki di sepanjang Golden Gate Brigde tersebut.Tour Guide mengatakan bahawa kami akan di anugerahkan sijil dari Datuk Bandar San Francisco sekiranya menyertai misi berjalan kaki di jambatan tersebut.

Alang-alang sudah sampai dan juga ingin merasai pengalaman, kami berjalan beramai-ramai. Lagipun apa salahnya, kiranya ini adalah senaman selepas bersarapan pagi.









Setelah melawat, berjalan kaki dan mengambil gambar beramai-ramai sepuasnya di Golden Gate Bridge, kami di bawa melawat ke Sauselito yang merupakan salah satu tugu yang terletak bersebelahan dengan Golden Gate Bridge.



Selepas bersiar-siar, kami di bawa ke hotel untuk makan tengahari sebelum ke program seterusnya iaitu program yang sentiasa di nanti-nantikan oleh kaum wanita iaitu program shopping di Factory Outlet. Sekiranya kita ke Eropah atau USA, rugi rasanya kalau tak singgah ke factory outlet yang menghimpunkan barangan jenama terkenal pada harga yang sangat berpatutan. Kali ini di San Francisco, kami ke factory outlet yang di kenali sebagai Vacaville Premium Outlet.

Seperti biasa, sebaik sampai di Vacaville Premium Outlet, hampir kesemuanya berpusu-pusu menuju ke butik Coach utk membeli handbag. Bila melihat harga yang di tawarkan adalah jauh sangat murah berbanding di Malaysia, tak hairan lah bila ada ahli kumpulan rombongan kami memborong lebih dari 10 handbag jenama 'Coach' utk di bawa pulang. Tak tau pula samada mahu menjual semula atau di beli utk koleksi sendiri. yang penting semua puas hati dan gembira dapat memiliki handbag jenama 'Coach' yang di idam2kan dengan harga yang murah.







Selepas ke butik 'Coach', kami pun keluar masuk ke butik-butik jenama lain utk membeli-belah. Apa yang pasti, kasut dan wangian berjenama di jual dengan harga yang sangat berpatutan.Saya turut membeli wangian berjenama kerana memikirkan harganya yang agak mahal jika mahu di beli di Malaysia.

Setelah hampir tiga jam masa yang di berikan untuk kami membeli-belah tamat, kami semua berkumpul sehingga bas persiaran kami tiba untuk di bawa ke hotel dan berehat. 

Jom ikuti kisah seterusnya di USA 2012: San Francisco Part 3.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...