PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Monday 7 April 2014

Menghadiri Bengkel Branding kelolaan guru asas blog saya, Puan Nisa Nua



Semalam, Ahad 6 April 2014, tatkala org lain menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga, saya meninggalkan seketika keluarga untuk menuntut ilmu bersama Puan Nisa Nua, guru yang mengajar dan membimbing saya membina blog berpengaruh.

Hati rasa teruja kerana bengkel ni julung-julung kali di adakan dan merupakan penganjuran kali pertama oleh Pn Nisa. Selain ingin mengetahui tips dan perkongsian pengalaman dari Puan Nisa, kedatangan saya tak lain tak bukan adalah untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kerana Pn Nisa  juga adalah antara pengasas ABDR (Akademi Bekerja dari Rumah ) dan WAHM  (Work at home mother)iaitu kerjaya yg  menjadi idaman dan impian isteri dan ibu  masakini.

Antara isi dan intipati yang saya perolehi dari bengkel ini ialah, sebelum memulakan sesuatu iaitu tidak kiralah apa jua pekerjaan yang kita lakukan harus ada NIAT/NAWAITU yang betul , USAHA dan SUBMIT kepada Allah SWT terlebih dahulu sebelum SUBMIT kepada manusia, itu yg Pn Nisa Nua sering tekankan.Niat itu sangat besar impaknya, yg penting niat kerana Allah SWT.

Setiap hari dan setiap pagi sebelum melakukan sesuatu, kerjakanlah solat dhuha dan doa dhuha  agar pintu rezeki terbuka seluas-luasnya utk kita. Utk mendapatkan idea menulis bangunlah jam 4 pagi kerana waktu tersebut adalah waktu tahajjud dan idea datang mencurah2. Jadikanlah ia rutin.

Sekiranya kita mempunya ilham atau  idea untuk menulis, cepat-cepat kita buat catatan kerana dalam kepala kita sebenarnya mempunyai idea bernilai jutaan ringgit, sekiranya kita tidak mencatat, idea tersebut akan pergi begitu sahaja kerana kadang2 Allah SWT bagi sekejap je, lepas tu hilang.Oleh itu membuat catatan sendiri adalah sgt penting sebelum kita catatkan di blog.

Di dalam bengkel tersebut juga diterangkan bagaimana cara utk org kenal  bisnes/perniagaan kita, perniagaan bagaimana yg harus kita pilih dan sekiranya kita ada kepakaran dlm bidang2 tertentu, harus di kembangkan dan siapa yang akan membeli barang-barang kita iaitu sasaran pelanggan.Perniagaan yang bagus adalah perniagaan yang dapat menyelesaikan masalah, memanfaatkan masalah dan sesuatu yang dapat membantu pelanggan. Sentiasa memberitahu pelanggan “perkhidmatan saya ialah…” atau “kepakaran saya ialah…” contohnya Kontraktor, “nak renovate rumah, ok SAYA TOLONG..” sentiasa keluarkan perkataan SAYA TOLONG. 

Apabila sudah mengenal pasti perniagaan yang ingin kita ceburi, barulah diajar cara untuk mendapatkan pelanggan dan menjaga hubungan dengan pelanggan. Bengkel ini juga turut menerangkan tentang logo, warna dan tema perniagaan dan tips pemilihan warna  yang melambangkan perniagaan kita. Pemilihan jenis tulisan juga tidak kurang pentingnya dan semuanya di kupas oleh Pn Nisa.

Pn Nisa juga turut menerangkanperbezaan di antara blog, facebook dan website serta panduan, tips dan cara bagaimana untuk orang sentiasa cari kita di google dan bagaimana untuk menjadikan blog kita menjadi tempat pertama dalam carian google.Menarikkan! tak lupa juga cara untuk ‘tacle’ atau menarik media massa singgah di blog kita dan menjemput kita untuk menjayakan program mereka dan secara tidak langsung turut mempromosikan perniagaan kita.

Oleh itu, sekiranya bengkel ini di adakan lagi pada masa akan datang, ayuh kita datang beramai –ramai untuk merealisasikan impian membina dan mengembangkan perniagaan.

Tahniah Puan/Cikgu Nisa Nua. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...