PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Thursday 13 November 2014

SPAIN Part 8 - Perjalanan dari Valencia ke Madrid menaiki high speedtrain.

Selama tiga hari dua malam kami berada di Valencia, hari berikutnya kami meneruskan perjalanan ke Madrid dengan menaiki keretapi laju. Perjalanan dari Valencia ke Madrid mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam. Sepanjang perjalanan sempat juga snap beberapa pemandangan menarik. Tapi sayang, kami ada melintasi satu sungai yang sangat cantik tapi tak sempat nak capai kamera dan ambil gambar, laju betul keretapi yang kami naik ni, hmm..


Suka tengok anakandaku Musfirah yang tak meragam sepanjang pengembaraan kami di bumi Spain, nak tau apa petuanya.. senang je, bagi je biskut, diamlah dia. hehe..


Suasana di railway station..




 Pemandangan menarik sepanjang perjalanan..






Alhamdulillah, selamat sampai Madrid.

SPAIN Part 7 - menikmati nasi pailar di Valencia.

Selepas melawat beberapa tempat menarik di Valencia, kami di bawa ke 'Restorante La Pepica' yang terletak di tepi pantai untuk menikmati makanan popular orang Valencia iaitu Nasi Paila. Apabila di beritahu bahawa nasi paila adalah nasi yang di goreng bersama sotong dan udang, kami tidak was-was untuk menikmatinya kerana di masak dengan makanan laut. Kalau di Malaysia ni, kita panggil dia lebih kurang macam 'nasi goreng seafood'. Cuma beras di Valencia ni agak tebal sedikit so bila kunyah tu rasa kenyal dan makan sedikit pun dah cepat kenyang sebab faktor berasnya yang 'gemuk-gemuk' tu. hehe.. Jom kita tengok macamana rupa nasi pailar..








Setelah menikmati makan tengahari, kami di bawa melawat ke kilang ukiran kaca untuk melihat beberapa ukiran kaca berkualiti tinggi di Valencia. Sepanjang perjalanan ke kilang ini sempat juga snap bangunan unik dan moden di Bandar Valencia.







Selepas melawat ke kilang ukiran, aktiviti terakhir kami pada hari itu ialah kami di bawa menaiki cruise untuk melihat pemandangan lautan atlantik.




Penuh aktiviti kami pada hari ini sampai tak terdaya nak keluar dinner kerana kepenatan.Hanya makan maggi di bilik hotel je sbg makan malam kami pada hari tu. Esok pagi kami perlu check-out awal untuk meneruskan perjalanan ke Madrid menaiki speed train.


okbai.. ;)




Wednesday 12 November 2014

SPAIN Part 6 - Jalan-jalan bandar Valencia

Hari kedua  kami di bawa ke tempat-tempat menarik di Valencia, Spain. Valencia juga di kenali sebagai City of Arts and Sciences. Terdapat banyak bangunan moden dan unik sepanjang jalan antaranya Railway Station, Town Hall, Virgin Square dan lain-lain.

Ketika di sana kami di bawa melawat ke Torres de Serranos dan L'OceanograficTorres de Serranos atau Porta de Serrans adalah salah satu bangunan bersejarah di Valencia dan monumen peninggalan yang paling baik di bandar ini, Manakala L'Oceanographic merupakan kompleks ketiga terbesar di Eropah yang menempatkan lebih 45,000 habitat marin. Keunikan bangunannya di reka oleh arkitek Felix Candela dan di buka pada 14 February 2003.

Selepas menghabiskan masa beberapa jam di sana, kami di bawa melawat dan bersiar-siar di Museu de Les Ciencies Pricipe Felipe.














L'Oceanographic







  
Museu de Les Ciencies Pricipe Felipe.



Setelah penat meronda, kami di bawa makan tengahari di sebuah restoran tepi laut yang terletak berhampiran dengan hotel penginapan kami. Hidangan makan tengahari kami ialah makanan popular di Valencia iaitu Nasi Paila. Nak tahu macamana rupa nasi paila, jom teruskan membaca entri seterusnya..

Tuesday 11 November 2014

Hotel LAS ARENAS, Valencia, SPAIN

Semasa berada di Barcelona dan Valencia, penginapan kami di taja oleh syarikat tempat suami bekerja. Semasa di Valencia, kami di bawa menginap ke hotel dan resort bertaraf lima bintang iaitu Hotel Santos Las Arenas. Kurang sedikit kepenatan kami melihat keindahan hotel dan resort ini yang terletak di tepi pantai yang nyaman. Itu belum lagi masuk kat dalam hotel.

Lokasi hotel ini adalah di Eugenia Vines 22-24., Poblats Maritims, Valencia, Spain 46011. Terletak di tengah-tengah Poblats Maritims  dan jarak di antara hotel dan bandar Valencia hanya 4 km sahaja. Hotel moden ini berada di sekitar kawasan tarikan bandar yang popular seperti pantai  Malvarrosa, Oceanografic, Kota Seni dan Sains.Jom tengok gambar2 di hotel dan pemandangan yang di ambil dari bilik penginapan kami.






Pemandangan di waktu petang.



Pemandangan di waktu pagi.




Bersarapan pagi di bahagian luar cafe yang nyaman..





Apa-apa pun hotel ini sangat sesuai  sekiranya kita mahu beristirehat dan menghabiskan masa untuk beraktiviti bersama keluarga kerana segala kemudahan di sediakan di sini. Ianya tidak sesuai sekiranya tujuan penginapan di sini hanya untuk bermalam.

Sekian ulasan saya untuk hotel ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...