PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 11 November 2014

Perjalanan Barcelona - Tarragona - Valencia, SPAIN

Hari berikutnya kami meninggalkan Barcelona untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Valencia. Perjalanan menaiki bas kami mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah dan mungkin  lebih sedikit kerana kami singgah di Bandar Tarragona.

Apa yang menarik di bandar Tarragona ye..? Tarragona tidaklah terkenal seperti beberapa bandar lain di Spain, namun kewujudannya tidak harus di pandang remeh kerana Tarragona ini juga menyimpan cerita dan sejarahnya yang tersendiri.

Beberapa monumen peninggalan sejarah yang masih berbekas di kota Tarragona ini menjadi bukti yang kota ini pernah di jajah oleh bangsa dan peradaban Romawi. Romawi warisan arkeologi Tarraco juga telah di akui sebagai salah satu dari tujuh keajaiban Catalonia (Sepanyol).

Pada 30 November 2000, pihak komiti UNESCO telah memutuskan untuk memberi penghargaan warisan arkeologi dari Tarragona dengan status Warisan Dunia.

Jom kita lihat dan menghayati monumen menarik di Kota Tarragona, Spain..















Selepas beberapa jam melawat kota ini kami meneruskan perjalanan ke Valencia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...