PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Monday 10 November 2014

Barcelona, SPAIN Part 4 - Jom jalan-jalan Bandar Barcelona

Hari ketiga, en suami terikat dengan program yang diaturkan syarikat dan saya mengambil kesempatan itu untuk berehat di Hotel dan berjalan2 di Mall berhampiran hotel bersama baby Firah. Kebetulan hari tu pun badan tak berapa sihat kerana semalam berjalan sehari suntuk di Stadium dan membeli-belah di Premium Outlet. Cuaca hujan semasa di Stadium, membuatkan saya di serang selsema di tambah pula dengan jetlag dan sebagainya, so alangkah baiknya saya berehat saja pada hari itu walaupun kawan2 kata 'La rugi la g melancong, tapi duduk kat hotel jerr.." hehe.. takpela nak buat camne, tak sihat.. mujur ada standby ubat demam dari KL, yang kelakar ubat selsema lupa nak bawa, so meleleh je la, rimas2.. hari ni baru dapat beli ubat selsema di farmasi di tengah2 bandar Barcelona, ha kena la bayar smpai RM40 ringgit untuk satu papan ubat selsema.huhu

Pada hari ke empat adalah aktiviti 'free and easy'. Di kesempatan ini, saya dan suami mengambil peluang untuk berjalan-jalan di Bandaraya Barcelona melihat bandarnya dan keunikan senibina bangunannya. So hari ni sehari suntuk kami meneroka bandar Barcelona sebelum meneruskan perjalanan ke Valencia pada keesokan harinya. Jom kita menjamu mata melihat bangunan menarik di sana.


















 Kami juga sempat menikmati makan tengahari di sebuah Restoran Halal di Bandaraya Barcelona. Untuk mengetahui restoran tersebut, jom baca kisah selanjutnya di 'Restoran makanan halal di Barcelona'.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...