PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 11 November 2014

Hotel LAS ARENAS, Valencia, SPAIN

Semasa berada di Barcelona dan Valencia, penginapan kami di taja oleh syarikat tempat suami bekerja. Semasa di Valencia, kami di bawa menginap ke hotel dan resort bertaraf lima bintang iaitu Hotel Santos Las Arenas. Kurang sedikit kepenatan kami melihat keindahan hotel dan resort ini yang terletak di tepi pantai yang nyaman. Itu belum lagi masuk kat dalam hotel.

Lokasi hotel ini adalah di Eugenia Vines 22-24., Poblats Maritims, Valencia, Spain 46011. Terletak di tengah-tengah Poblats Maritims  dan jarak di antara hotel dan bandar Valencia hanya 4 km sahaja. Hotel moden ini berada di sekitar kawasan tarikan bandar yang popular seperti pantai  Malvarrosa, Oceanografic, Kota Seni dan Sains.Jom tengok gambar2 di hotel dan pemandangan yang di ambil dari bilik penginapan kami.






Pemandangan di waktu petang.



Pemandangan di waktu pagi.




Bersarapan pagi di bahagian luar cafe yang nyaman..





Apa-apa pun hotel ini sangat sesuai  sekiranya kita mahu beristirehat dan menghabiskan masa untuk beraktiviti bersama keluarga kerana segala kemudahan di sediakan di sini. Ianya tidak sesuai sekiranya tujuan penginapan di sini hanya untuk bermalam.

Sekian ulasan saya untuk hotel ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...