PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Thursday 30 April 2015

KL- Koh Samui melalui jalan darat

16 April lepas, kami berkonvoi bersama enam buah kereta ke Koh Samui melalui jalan darat. Rakan kami encik Del yg lead untuk percutian kali ini.

Perancangan asal, kami perlu berkumpul di RnR Rawang pada jam 2 pagi. Namun untuk mengumpulkan kesemua sekali enam pasangan termasuk anak-anak kecil, akhirnya kami bertolak jam 3.42 pagi dari RnR Rawang menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah yang merupakan salah satu pintu masuk atau sempadan yang menghubungkan Malaysia dan Thailand.



Kami tiba di RnR Juru untuk berehat dan sembahyang subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit    Kayu Hitam. 





Kami tiba di Bukit Kayu Hitam lebih kurang jam 8 pagi, dan kami singgah ke pejabat ini untuk membeli insurans pihak ketiga terlebih dahulu sebelum memasuki sempadan Thailand. Ini adalah peraturan kerajaan Thailand supaya jika ada apa-apa berlaku di sebelah sempadan sana, kita akan dilindungi. Ini kerana, secara amnya insurans di Malaysia tidak dapat lindungi kemalangan di sana. Setelah semua urusan tersebut selesai, kami menuju ke Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam untuk mendaftar keluar dari Malaysia.







Selesai pendaftaran keluar dari Kompleks Imigresen Malaysia, kami memasuki pula kompleks Imigresen Thailand untuk mendaftar masuk. Apabila mendaftar di Imigresen Thailand, kita perlu parking kereta di tempat yang di sediakan, dan masing2perlu keluar beratur membawa passport masing-masing. Selesai segala urusan kami pun mula memasuki Sadao iaitu nama tempat yg bersebelahan dengan Bukit Kayu Hitam.

Bila tiba di Sadao ni kita tak perlu risau tentang makanan halal sebab terdapat ramai orang islam di sini dan terdapat banyak juga Restoran makanan halal di sekitar sini. Mungkin di sebabkan lokasinya yang berhampiran dengan Malaysia, agama islam tersebar di wilayah ini sehingga ramai penduduknya adalah muslim dan menjalankan perniagaan makanan dan juga perniagaan2 lain.

Kami tiba di Sadao lebih kurang jam 10.30 pagi dan terus menikmati sarapan pagi termasuk makan tengahari. Ini kerana, menu yang di sediakan adalah untuk makan tengahari seperti nasi, sup tomyam, ikan siakap masak limau, sotong goreng tepung dan lain2 masakan Thailand yg sgt popular. So terus order makanan tersebut sebab tak sempat bersarapan di Bukit Kayu Hitam sebentar tadi.

Menurut lead kami utk trip kali ni, En Del, memang urusan di Imigresen perlu di selesaikan awal pagi kerana kalau lewat, orang menjadi lebih ramai untuk berurusan di sana. Sebab tu tak sempat breakfast dan terus brunch (breakfast + lunch) di Sadao ni. Tapi jangan risau masakan di sini sedap dan lebih kurang sama kalau kita makan di Restoran Tom yam Thai di Malaysia.

Selesai brunch, kami meneruskan perjalanan. Inilah routenya yang mengambil masa lebih kurang tujuh jam. Hadoi jauh lagi perjalanan..! 




Melalui lebuhraya tanpa tol di Thailand.

Kami singgah berehat dan sembahyang jamak zohor dan asar di sebuah masjid di Suratthani. 






Kemudian kami meneruskan perjalanan ke jeti yang mengambil masa lebih kurang satu jam untuk menaiki feri menuju ke Pulau Koh Samui. Dari jeti Suratthani ke pulau Koh Samui menaiki feri mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. 



Parking kereta dlm feri seperti menaiki feri di Pulau Pinang. Bezanya di sini penumpang perlu keluar dan mengambil tempat duduk di tingkat atas. Tidak ada seorang pun di benarkan berada di dalam kenderaan ketika feri sedang berjalan.






Sebaik tiba di Koh Samui, kami singgah makan malam di sebuah Restoran Makanan halal sebelum meneruskan perjalanan menuju ke hotel. Kami memilih hotel Ark Bar Beach Resort sebagai tempat penginapan. Gambar-gambar dan ulasan mengenai hotel ini akan saya kongsikan di entri seterusnya.

Tiada aktiviti yang di lakukan sebaik check-in hotel. Kami berehat dan tertidur kepenatan kerana menempuh perjalanan jauh awal pagi dan siang tadi.

Keesokannya, selepas bersarapan dan menunggu rakan-rakan lain berenang di swimming pool, kami berehat di bilik. Di sebabkan anak ketiga yang kami bawa bersama mengalami demam, kami tidak ke mana-mana tempat menarik pada hari itu cuma pada sebelah petangnya bersiar-siar di restoran dan kedai-kedai yang berdekatan dengan tempat penginapan.

Ini antara gambar2nya dan apa yang dapat di lihat, saya katakan pulau koh samui ni seakan-akan pulau Langkawi cuma orang suka ke sini sebab pantainya yang cantik dan jernih serta pemandangan matahari terbenam yang memukau pandangan.







































Setelah tidur lagi satu malam, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur melalui jalan yang sama. Inilah jeti yang kami lalui dan feri yang kami naiki dari Koh Samui menuju ke Suratthani.























Sepanjang berkonvoi suami dan rakan-rakannya berkomunikasi menggunakan walkie talkie. Agak menarik juga dan idea yang baik sebenarnya sebab tak perlu keluarkan belanja besar untuk bil telefon sekiranya kami berkomunikasi menggunakan telefon bimbit. Segala-galanya lancar walaupun telah melepasi sempadan. 







Tiada yang menarik sepanjang percutian tiga hari dua malam kerana percutian kali ini lebih kepada merasai cabaran perjalanan jauh ke Thailand melalui jalan darat dan sebaik tiba, kami lebih banyak berehat menikmati keindahan laut di negara jiran dan tidak banyak tempat-tempat menarik di Koh Samui yang sempat di lawati.

Jika panjang umur dan di murahkan rezeki mungkin kami akan ke sini lagi menaiki penerbangan dan akan meneroka lebih lagi keindahan di Pulau Koh Samui ini. Nantikan entri seterusnya..! :))

Wednesday 15 April 2015

Grand Lexis Hotel, Port Dickson

Salam petang rabu..

Hari ni nak imbas cuti hujung minggu lepas, di mana kami sekeluarga dan keluarga mertua bermalam di Port Dickson.

Hotel pilihan kali ni adalah Grand Lexis iaitu hotel yang di lengkapi kolam persendirian.


Beberapa tahun lepas ada terlihat kawan post di FB berkenaan hotel ni. Masa tu tak sangka kat Malaysia ni ada juga hotel yang di lengkapi kolam persendirian ni. Dalam diam-diam, hati menyimpan hasrat untuk menginap di hotel ni satu hari nanti. Sejak hari tu saya pun mula menabung.. ceyywahh ye la tu.. kihkihkih.. 

Takla.. masa tu dlm hati terfikir InsyaaAllah, one day ada kelapangan masa nak belanja family menginap di hotel ni. Tak berapa lama lepas tu, beberapa minggu sebelum kami ke sana, suami beritahu yang dia nak bawa kami dan ibu bapanya bermalam di hotel ni. 

Kebetulan anak2 baru dapat keputusan peperiksaan yang agak baik, oleh itu kami pun beritahu mereka kita akan tidur di hotel ini sebagai reward atas usaha mereka mendapat keputusan baik dalam peperiksaan. Kami berharap anak-anak akan lebih bersemangat untuk belajar dgn bersungguh-sungguh.

Terdapat beberapa jenis bilik yang kesemuanya bagi saya sangat cantik dan menarik. Namun kami memilih jenis sky pool villa yang kami rasa lebih tertutup dan privasi. Untuk melihat jenis-jenis lain anda boleh lihat di online booking seperti booking.com, Agoda dan lain-lain.

Apa-apa pun jom layan gmbar2 di bilik penginapan kami.










kat mini kitchen seperti gmbar di atas lengkap dgn microwave tau. Kat kabinet pun ada di sediakan dua set pinggan mangkuk dan sudu,garfu. Kat sink ada di sediakan sabun dan span pencuci pinggan mangkuk. Oleh itu kalau berhasrat nak makan2 di bilik, memang di galakkan.

Maknanya sebelum sampai hotel, boleh la tapau makanan2 yg boleh di panaskan dalam microwave macam KFC ke, pizza ke, makanan dalam tin dan lain-lain.

Masa booking bilik ni kami tak ambil sekali dengan breakfast. Pagi tu husband keluar cari roti canai di luar hotel dan air panas just masak kat bilik dan buat je tea dan coffee sendiri sebab pihak hotel pun dah sediakan.






bestkan sambil baring di katil, sambil memandang air kolam yang tenang.



Anak-anak memang seronok la mandi sampai ke senja.







Kat bahagian balkoni, di hamparkan rumput tiruan yang menenangkan.





Pemandangan bilik-bilik hotel yang di lengkapi kolam ni di ambil dari balkoni bilik kami. Cantikkan..


Gambar pemandangan ni di ambil masa nak masuk senja. Baru nampak cantik sebab petang tadi air surut, waktu senja ni air dah naik, so nampak la hotel dan chalet ni macam terapung atas air.




Masa malam tu, kami agak keletihan untuk makan di luar hotel. Oleh itu kami makan di cafe hotel yang sangat indah dan menawan tu. 

Hari tu ialah  jumaat malam sabtu, so tiada buffet dinner, kami hanya order ala carte. Apa yang boleh saya katakan, menu makan malam sangat sedap dan memuaskan sesuai dengan harga yang di bayar, hehehe.. tau sajalah kan makan di hotel, mahalla sikit..

Sementara tunggu makanan sampai, sempatlah snap beberapa gambar cafe hotel untuk tatapan..






Selesai makan malam, kami menuju ke lobby hotel dan naik semula ke bilik untuk tidur. Ini lah lobi hotel Grand Lexis yang ringkas tapi moden.





Keesokan pagi, sesudah breakfast, seperti biasa kami semua akan terjun ke kolam menikmati keseronokan berendam di dalam bilik sehinggalah jam 11 pagi iaitu satu jam sebelum check-out untuk berkemas-kemas.
Kedatangan kami kali ni lebih kepada untuk merasai keseronokan mandi manda di kolam dalam bilik dari menyertai aktiviti2 yang di sediakan pihak hotel. So, duduk dalam bilik je la tak keluar2, hehe..

Banyak aktiviti indoor dan outdoor menarik yang di sediakan pihak hotel. Contohnya seperti di bawah. Sempat saya snap sebelum menujuk ke tempat parking untuk pulang.





InsyaaAllah, ada rezeki kami akan ke sini lagi dan lepas ni ada kesempatan boleh lah cuba aktiviti-aktiviti yang di sediakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...