PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Thursday 30 April 2015

KL- Koh Samui melalui jalan darat

16 April lepas, kami berkonvoi bersama enam buah kereta ke Koh Samui melalui jalan darat. Rakan kami encik Del yg lead untuk percutian kali ini.

Perancangan asal, kami perlu berkumpul di RnR Rawang pada jam 2 pagi. Namun untuk mengumpulkan kesemua sekali enam pasangan termasuk anak-anak kecil, akhirnya kami bertolak jam 3.42 pagi dari RnR Rawang menuju ke Bukit Kayu Hitam, Kedah yang merupakan salah satu pintu masuk atau sempadan yang menghubungkan Malaysia dan Thailand.



Kami tiba di RnR Juru untuk berehat dan sembahyang subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit    Kayu Hitam. 





Kami tiba di Bukit Kayu Hitam lebih kurang jam 8 pagi, dan kami singgah ke pejabat ini untuk membeli insurans pihak ketiga terlebih dahulu sebelum memasuki sempadan Thailand. Ini adalah peraturan kerajaan Thailand supaya jika ada apa-apa berlaku di sebelah sempadan sana, kita akan dilindungi. Ini kerana, secara amnya insurans di Malaysia tidak dapat lindungi kemalangan di sana. Setelah semua urusan tersebut selesai, kami menuju ke Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam untuk mendaftar keluar dari Malaysia.







Selesai pendaftaran keluar dari Kompleks Imigresen Malaysia, kami memasuki pula kompleks Imigresen Thailand untuk mendaftar masuk. Apabila mendaftar di Imigresen Thailand, kita perlu parking kereta di tempat yang di sediakan, dan masing2perlu keluar beratur membawa passport masing-masing. Selesai segala urusan kami pun mula memasuki Sadao iaitu nama tempat yg bersebelahan dengan Bukit Kayu Hitam.

Bila tiba di Sadao ni kita tak perlu risau tentang makanan halal sebab terdapat ramai orang islam di sini dan terdapat banyak juga Restoran makanan halal di sekitar sini. Mungkin di sebabkan lokasinya yang berhampiran dengan Malaysia, agama islam tersebar di wilayah ini sehingga ramai penduduknya adalah muslim dan menjalankan perniagaan makanan dan juga perniagaan2 lain.

Kami tiba di Sadao lebih kurang jam 10.30 pagi dan terus menikmati sarapan pagi termasuk makan tengahari. Ini kerana, menu yang di sediakan adalah untuk makan tengahari seperti nasi, sup tomyam, ikan siakap masak limau, sotong goreng tepung dan lain2 masakan Thailand yg sgt popular. So terus order makanan tersebut sebab tak sempat bersarapan di Bukit Kayu Hitam sebentar tadi.

Menurut lead kami utk trip kali ni, En Del, memang urusan di Imigresen perlu di selesaikan awal pagi kerana kalau lewat, orang menjadi lebih ramai untuk berurusan di sana. Sebab tu tak sempat breakfast dan terus brunch (breakfast + lunch) di Sadao ni. Tapi jangan risau masakan di sini sedap dan lebih kurang sama kalau kita makan di Restoran Tom yam Thai di Malaysia.

Selesai brunch, kami meneruskan perjalanan. Inilah routenya yang mengambil masa lebih kurang tujuh jam. Hadoi jauh lagi perjalanan..! 




Melalui lebuhraya tanpa tol di Thailand.

Kami singgah berehat dan sembahyang jamak zohor dan asar di sebuah masjid di Suratthani. 






Kemudian kami meneruskan perjalanan ke jeti yang mengambil masa lebih kurang satu jam untuk menaiki feri menuju ke Pulau Koh Samui. Dari jeti Suratthani ke pulau Koh Samui menaiki feri mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. 



Parking kereta dlm feri seperti menaiki feri di Pulau Pinang. Bezanya di sini penumpang perlu keluar dan mengambil tempat duduk di tingkat atas. Tidak ada seorang pun di benarkan berada di dalam kenderaan ketika feri sedang berjalan.






Sebaik tiba di Koh Samui, kami singgah makan malam di sebuah Restoran Makanan halal sebelum meneruskan perjalanan menuju ke hotel. Kami memilih hotel Ark Bar Beach Resort sebagai tempat penginapan. Gambar-gambar dan ulasan mengenai hotel ini akan saya kongsikan di entri seterusnya.

Tiada aktiviti yang di lakukan sebaik check-in hotel. Kami berehat dan tertidur kepenatan kerana menempuh perjalanan jauh awal pagi dan siang tadi.

Keesokannya, selepas bersarapan dan menunggu rakan-rakan lain berenang di swimming pool, kami berehat di bilik. Di sebabkan anak ketiga yang kami bawa bersama mengalami demam, kami tidak ke mana-mana tempat menarik pada hari itu cuma pada sebelah petangnya bersiar-siar di restoran dan kedai-kedai yang berdekatan dengan tempat penginapan.

Ini antara gambar2nya dan apa yang dapat di lihat, saya katakan pulau koh samui ni seakan-akan pulau Langkawi cuma orang suka ke sini sebab pantainya yang cantik dan jernih serta pemandangan matahari terbenam yang memukau pandangan.







































Setelah tidur lagi satu malam, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur melalui jalan yang sama. Inilah jeti yang kami lalui dan feri yang kami naiki dari Koh Samui menuju ke Suratthani.























Sepanjang berkonvoi suami dan rakan-rakannya berkomunikasi menggunakan walkie talkie. Agak menarik juga dan idea yang baik sebenarnya sebab tak perlu keluarkan belanja besar untuk bil telefon sekiranya kami berkomunikasi menggunakan telefon bimbit. Segala-galanya lancar walaupun telah melepasi sempadan. 







Tiada yang menarik sepanjang percutian tiga hari dua malam kerana percutian kali ini lebih kepada merasai cabaran perjalanan jauh ke Thailand melalui jalan darat dan sebaik tiba, kami lebih banyak berehat menikmati keindahan laut di negara jiran dan tidak banyak tempat-tempat menarik di Koh Samui yang sempat di lawati.

Jika panjang umur dan di murahkan rezeki mungkin kami akan ke sini lagi menaiki penerbangan dan akan meneroka lebih lagi keindahan di Pulau Koh Samui ini. Nantikan entri seterusnya..! :))

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan..

    Berapa harga tiket ferry (kereta) dan (Penumpang) dan ferry company apa yg tuan pakai?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...