PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 12 May 2015

Ark Bar Beach Resort, Koh Samui

Rentetan dari catatan tentang KL-Koh Samui melalui jalan darat tempoh hari, tak lengkap rasanya tidak kongsikan resort tempat penginapan kami selama tiga hari dua malam.

Semasa tiba di Koh Samui, kami menginap di Ark Bar Beach Resort, sebuah resort bertaraf tiga bintang yang terletak di Chewang Beach, Koh Samui. 

Penginapan di sana boleh di katakan agak selesa dari segi bilik dan tandas, tapi dari segi ketenangan agak kurang menjelang malam minggu kerana party di adakan di kawasan swimming pool yang juga berdekatan dengan bilik kami mengundang rasa bising yang tak berkesudahan sehingga tengah malam. Mujur kebisingan itu tidak berlanjutan sehingga ke malam berikutnya.

Sebelum tu, adalah lebih baik saya kongsikan dulu gambar bilik penginapan kami dan kawasan sekitarnya.


Abaikan lah ye gambar baby saya yang kebetulan demam pada hari tu.


















Ini antara pemandangan dari bilik kami semasa menginap di resort ni. Untuk pengetahuan, resort ini adalah bangunan tiga tingkat, tapi tiada kemudahan lif, hanya tangga sahaja.

Oleh itu siapa yang bawa anak kecil atau orang tua, eloklah request bilik di ground floor untuk lebih mudah.

Yang menarik, resort ini sangat berdekatan dengan pantai berpasir putih dan berdekatan dengan tempat makan yang berbagai pilihan dan pusat membeli-belah.

Bila breakfast pula, tiada buffet breakfast di sediakan, kita hanya boleh order beberapa menu daripada senarai menu yang di sediakan.

Itu saja yg dapat di perkatakan mengenai resort ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...