PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Friday 15 May 2015

TH Hotel & Convention Centre (Hotel Tabung Haji), Alor Star, Kedah.

Semasa bertolak pulang dari Koh Samui, kami tiba di imigresen sempadan Bukit Kayu Hitam lebih kurang jam 12 tgh malam. Kami mengambil keputusan untuk berehat dan bermalam di Alor Star.

Dengan bantuan kawan suami yang tinggal di Alor Star, dia mencadangkan kami agar bermalam di Hotel Tabung Haji atau lebih di kenali sebagai TH Hotel & Convention Centre yang terletak di Kepala Batas, iaitu berhampiran dengan Lapangan Terbang Alor Star.

Mula-mula agak berat untuk menginap di hotel ni memandangkan agak jauh dari bandar Alor Star. Hasrat di hati nak singgah di Pekan Rabu pada keesokan hari. Walaupun kalau di ikutkan tak la jauh sangat dari hotel ni nak ke bandar Alor Star dengan menaiki kereta, tapi kalau boleh nak hotel yang kita boleh jalan kaki je ke Pekan Rabu. hehe

Tapi rupa-rupanya ada hikmahnya.Sebaik tiba, saya teruja dengan keselesaan dan ketenangan di hotel ni. Dekorasi yang simple dan menarik.

Hotel yang sangat cantik dengan harga yang sangat berpatutan. Di bina ditengah-tengah sawah bendang yang luas memukau pandangan..

 Jom layan gambar2 di Hotel Tabung Haji.







Cantik dan selesa kan bilik dia.. gambar di bawah ni adalah lorong dari bilik ke bilik yang sangat tenang..



Receptionist

Ruang menunggu yang selesa.





Iron dan Iron board juga di sediakan di hotel ni.





berkenan sangat dengan dekorasi ni, simple dan eksklusif.

Hidangan sarapan pagi menyediakan menu tempatan yang sangat sedap.


Di kawasan swimming pool yang tenang.







Di kelilingi pemandangan sawah bendang..

 Lagi satu, teringat-ingat keramahan pekerja-pekerja hotel yang sentiasa memberi senyuman dan menghulurkan bantuan. Memang setahu saya, orang utara ni memang ramah2 dan suka berkawan. Saya tahu la sebab saya pun org utara, kikiki...

Oleh itu, siapa2 yang bercadang nak menginap di hotel ni, memang di alu-alukan, sangat selesa dan menenangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...