PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 14 April 2015

M Suites Hotel, Johor Bahru

Oh maaflah mengambil masa yang lama untuk meng'update' hotel penginapan seterusnya. Sebaik pulang dari Singapore dan bersiar-siar di kawasan membeli- belah sambil melawat masjid Sultan di Arab Street, kami bertolak ke Singapore lebih kurang jam 6 petang. Setelah menempuh trafic jam di Imigresen Woodlands, kami menuju ke hotel ini iaitu M Suites Hotel di Johor Bahru. 

Kami berhasrat untuk tidur satu malam bagi menghilangkan penat sebelum bertolak balik ke Shah Alam keesokan hari. 

Kami mengenali dan memilih hotel ini melalui rakan-rakan dan kali ini dapat merasai pengalaman menginap di hotel ini.




Hotel ini lebih kurang sama seperti hotel-hotel lain, cuma kelainannya, bilik hotel ini agak luas dan ada menyediakan ruang dapur yang sangat selesa lengkap dengan peti sejuk untuk kemudahan tetamu. Memang agak mudah bagi kami yang ada anak kecil untuk membasuh botol susu kerana di lengkapi sinki di dapur mini tersebut tanpa perlu kita membasuhnya di bilik mandi.

Gambar yang di ambil dari laman facebook hotel, gara-gara ter delete gmbar mini kitchen.


Selain itu terdapat mini ruang tamu yang menempatkan sofa dan meja kopi untuk tetamu beristirehat, sekaligus menjadikan hotel ini lain dari yang lain.






Hotel ini juga mempunyai kolam renang yang luas, di lengkapi dengan gelungsur dan mushroom shower untuk hiburan kanak-kanak dan orang dewasa.






Pada keesokannya kami berpeluang breakfast di cafe dan sarapan pagi yang di sediakan juga sedap, menarik dan pelbagai. Insyaa Allah jika ke Johor lagi selepas ni, pasti hotel ni menjadi pilihan utama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...