PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 20 January 2015

Festive Hotel, Singapore


Semasa membawa anak-anak ke pertandingan IMA tempoh hari, kami telah menginap di Festive Hotel yang terletak di Resort World Sentosa iaitu kawasan tumpuan pelancong untuk ke Universal Studios Singapore.

Kami memilih hotel ini kerana ia terletak bersebelahan dengan bangunan Resort World Sentosa Convention Centre (RWSCC) di mana pertandingan berlangsung di situ.

Kami tiba di hotel untuk check-in agak lewat sedikit lebih kurang jam 8 malam kerana kesesakan lalulintas di Imigresen Woodlands.

Untuk sampai ke hotel ni, suami menggunakan applikasi wave yang tenyata sangat mudah dan membantu.

Sebaik tiba di hotel, kami melihat kemeriahan orang lalu-lalang di kawasan lobi dan rupa-rupanya, jarak antara hotel ini ke hotel-hotel lain amat rapat dan setiap hotel mempunyai butik membeli-belah dan laluan ke tempat makan, tempat membeli belah di sekitar Universal Studio, sebab tu kelihatan ramai orang lalu-lalang.

Oleh kerana keletihan kami terus check-in masuk kebilik untuk berehat dan membuat persediaan utk anak-anak menyertai pertandingan keesokan hari.


Sebaik masuk bilik, terkejut tgok skrin TV tertera nama sendiri. 









Sepanjang menginap di hotel ini, apa yang boleh saya katakan Festive Hotel ni adalah sebuah hotel yang ringkas tetapi eksklusif.

Ini kerana, susunatur dan hiasan dalaman bilik agak ringkas. Lengkap dengan keperluan asas tetapi tidak mempunyai almari tertutup tetapi menyediakan almari konsep terbuka.

Namun semasa menempah online untuk bilik ini, Hotel ini menyediakan bilik yang pelbagai dari segi saiz dan dekorasi. Kita boleh memilih mana-mana bilik yg agak besar sedikit mengikut keselesaan dan budget.

Apa yang eksklusif ialah hotel ini terletak dalam kawasan Resort World Sentosa iaitu kawasan taman tema yang terkenal. Walaupun biliknya agak ringkas, tapi hotel ini mempunyai kolam renang yang sangat cantik dan dekorasi hiasan dalaman yang moden.











Semasa menempah hotel ini melalui booking.com, kami tidak mengambil pakej sarapan pagi. Walaubagaimanapun tak susah untuk mendapatkan makanan halal semasa menginap di sini kerana terdapat banyak Restoran makanan halal di sekitar ini dan salah satunya ialah Restoran Papamia yang terletak di Pintu masuk hotel dan berhadapan kaunter Receptionist hotel.



Hidangan di Restoran Papamia ini adalah hidangan masakan makanan Malaysia.




Apa-apa pun pengalaman manis menginap di hotel ini tetap menjadi kenangan dan tak mungkin di lupakan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...