PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 20 January 2015

Intelligent Mental Arithmetic (IMA) Competition

Sebaik pulang dari percutian pelayaran, kami pulang ke Shah Alam dan selepas selang dua hari kami bertolak ke Singapore untuk memberi sokongan kepada anak-anak yang akan menyertai Pertandingan Mental Arithmetic. Waa rasa mcm bercuti sakan kami cuti sekolah kali ni.

Pertandingan di adakan pada 14 Disember 2014 bertempat di Resort World Sentosa iaitu tidak jauh dari tempat pelancongan terkenal Singapore iaitu Universal Studios.

Aturcara majlis.

Kami bertolak ke Singapore sehari lebih awal dan menginap di Festive Hotel yang terletak bersebelahan dengan Resort World Sentosa Convention Centre (RWSCC) di mana pertandingan di adakan.  Gambar-gambar di Festive Hotel saya catatkan dalam entri 'Festive Hotel'.

Keesokannya, awal pagi, selepas bersarapan pagi di bilik, kami berjalan kaki menuju ke RWSCC untuk mendaftar anak-anak. Suasana sangat meriah kerana di sertai oleh ribuan kanak-kanak dari cawangan IMA seluruh Malaysia dan juga negara-negara lain.


Bergerak menuju ke Dewan Konvensyen.

Pendaftaran.


Selesai mendaftar saya menghantar anak-anak masuk ke Dewan Pertandingan dan mencari no. tempat duduk mereka. Kami di bantu oleh guru2/ tenaga pengajar yang mengawasi pelajar-pelajar di dalam dewan tersebut.




Antara ribuan kanak-kanak dari seluruh negara yang menyertai pertandingan.


Beberapa acara menarik dan persembahan ringkas  di adakan sebelum pertandingan bermula. Ianya bagi menenangkan kanak-kanak yang kelihatan  berdebar untuk pertandingan tersebut. Kami parents pun dah rasa cukup teruja apatah lagi anak2. 

tempat duduk ibubapa di bahagian tepi dan belakang.


 Sekitar jam 10.30 pagi pengacara mengumumkan supaya bersiap sedia dan seterusnya Pertandingan bermula. Lagu rancak mengiringi tempoh masa yang diberikan untuk menjawab soalan sepantas mungkin. Sekiranya lagu itu di tamatkan bermakna masa telah tamat dan kanak-kanak perlu berhenti menulis dan meletakkan pensil di atas meja. Tidak lama kemudian kertas jawapan di pungut untuk disemak oleh panel.

Selesai pertandingan tersebut, ibubapa di benarkan mengambil anak masing-masing di tempat duduk mereka dengan menunjukkan kupon kepada pengawal yang mengawasi ruang pertandingan.

Kami di beri tempoh dua jam untuk keluar makan tengahari dan bersiar-siar di sekitar Resort World Sentosa sebelum kembali semula ke Dewan Konvensyen untuk mengumumkan pemenang dan penyampaian Anugerah. 

Oleh itu, kami mengambil peluang tersebut untuk berjalan2 melawat booth yang di buka di luar dewan dan keluar ke ruang legar Resort World Sentosa untuk menikmati makan tengahari. Sebaik keluar dari Dewan, kami bertembung dengan delegasi dari Palestin yang turut menyertai pertandingan ini. Mereka memberitahu bahawa mereka telah sampai di sini (Singapore) sejak dua hari lepas. Setelah berbual, bertanya khabar tentang keadaan semasa negara Palestin, kami mengambil gambar bersama2.



Bersama delegasi dari Palestin.


Selesai makan tengahari dan hanya beberapa minit sebelum masuk jam 2.00 petang, kami kembali ke Dewan Konvensyen untuk mengikuti acara gilang-gemilang yang di tunggu-tunggu iaitu penyampai hadiah dan trofi kepada pemenang. Pemenang dan penyampaian hadiah di umumkan mengikut kategori. Setiap kategori mempunyai tiga puluh pemenang terbaik (top 30) dan mereka akan di panggil naik ke atas pentas untuk menerima trofi yang agak besar. Pemenang di nilai dari segi kepantasan dan jawapan yang betul. Dan dalam tiga puluh orang tu termasuk tiga pemenang untuk tempat pertama, kedua, ketiga yang akan menerima hadiah dan trofi yang sangat besar melebihi ketinggian pemenang itu sendiri. Kelakar pun ada, tapi itulah pengiktirafan yang di berikan oleh pihak IMA dan penganjur. Apa pun saya lupa nak ambil gambar pemenang bersama trofi masing2 kerana meriba Fira yang sedang tidur.

Oh ya, sebelum pengumuman pemenang top 30, terlebih dahulu pengacara mengumumkan Pusat-pusat Pembelajaran IMA terbaik dari seluruh Malaysia dan Antarabangsa. Tenaga pengajar dan pemilik pusat pembelajaran Intelligent Mental Arithmetic (IMA) ini juga tidak ketinggalan untuk di beri pengiktirafan di atas kesungguhan mereka mengajar, menurunkan ilmu dan melahirkan kanak-kanak genius matematik. Ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat mereka untuk terus berbakti mencurahkan ilmu kepada kanak-kanak supaya lebih minat dan mencintai matapelajaran matematik melalui kaedah/ method mental arithmetic.

Apapun pada hari tu, Akmal dan Arif tak berjaya mendapat tempat antara tiga puluh yang terbaik. Walaubagaimanapun mereka tetap menerima Trofi Merit Award atas kesungguhan dan usaha mereka menyertai pertandingan tersebut. Walaupun tak menang itu bukanlah tujuan utama sebab  Akmal dan Arif baru menyertai kelas Mental Arithmetic ni lima bulan sebelum pertandingan. Yang penting, pengalaman dan pendedahan menyertai pertandingan ini di harap akan lebih menaikkan semangat mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya.

Merit Award yang di terima Akmal dan Arif.

Bergambar di pentas setelah selesai pertandingan.
Sebelum ni ada juga orang tanya kenapa hantar anak belajar Mental Arithmetic kerana kaedah ini biasanya popular di kalangan masyarakat cina dan kaedah ini adalah kaedah tradisional yang jarang di guna pakai pada masa kini.


Jawapan saya adalah kerana ingin memupuk minat anak-anak di dalam subjek matematik dan menggunakan sepenuhnya keupayaan otak kanan mereka yang sangat aktif di zaman kanak-kanak untuk menyerap apa juga ilmu termasuk Mental Arithmetic kerana Mental Arithmetic banyak menggunakan keupayaan otak kanan untuk menguasainya dan di usia kanak-kanak inilah kita merangsang.

Kalau nak cerita pasal otak kanan, panjang pula nak cerita di sini dan sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, eloklah google sendiri. Di waktu lapang di lain masa kalau ada kesempatan akan saya kongsikan tentang keupayaan otak kanan ni.

 Sebenarnya pengetahuan mengenai Mental Arithmetic adalah kerana saya minat membaca bahan bacaan dan blog berkenaan ilmu parenting dan ada seorang ibu yang memperkenalkan kaedah ini sehingga menarik minat saya.

Lagi satu adalah saya ingin meneroka rahsia kejayaan masyarakat cina dalam mendidik anak-anak mereka sehingga menjadikan mereka antara bangsa berjaya. Tak salah untuk kita mencontohi 'success pattern' bangsa lain dan tak perlu kita hanya melihat sahaja kejayaan mereka, tetapi harus mengkaji, meneroka dan mempraktikkan apakah cara yang di gunapakai sehingga terbukti membuahkan hasil sehingga  mereka menjadi bangsa berjaya dan berdaya saing untuk di serapkan dalam diri anak-anak kita asalkan tidak melebihi had dan batas.

Sekian saja coretan saya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...