PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Sunday 18 January 2015

STAR CRUISES Phuket

Lanjutan daripada pengalaman percutian belayar bersama Star Cruises Phuket dan Krabi, ini adalah catatan tempat persinggahan kami di Phuket.

Sebaik check-in dalam kapal Star Cruises, kami telah di edarkan phamplets/brochure yang menyenaraikan pilihan pakej tempat-tempat yang ingin kami lawati di Phuket.

       



Terdapat pelbagai pilihan pakej untuk lawatan  satu hari. Ianya bergantung kepada budget kita juga. Dalam phamplets tu terkandung dalam 10-12 pilihan pakej. Ada pakej naik gajah, pakej pertunjukan kebudayaan Thailand, pertunjukan gajah, monyet, aktiviti shopping bagi mereka yang suka membeli -belah, lawatan ke kuil, massage bagi mereka yang nak merehatkan diri dan lain-lain.

Masa tu kami bersetuju untuk memilih pakej 'Phuket Sightseeing & Shopping'. Mungkin suami saya suka shopping dan dia mencadangkan untuk pilihan tersebut. 

Tempat pertama kami di bawa ke Phuket Premium Outlet. Phuket Premium Outlet ni adalah tempat jualan barangan berjenama yang dijual dengan harga kilang dan sangat berpatutan. Kalau sesiapa yang biasa ke luar negara, mungkin nama premium outlet tu dah biasa di dengari.

Kami di beri masa yang singkat untuk makan tengahari dan membeli-belah di sini. Rasa tak puas shopping kat tempat murah macam ni dalam tempoh yang singkat. Apa2 pun sempat juga la kami sekeluarga makan tengahari fish & chips yang di jual berhampiran dengan cafe Premium Outlet dan sempat juga kami masuk ke beberapa buah kedai dan membeli beberapa pasang baju untuk anak2 yang sememangnya cantik dan berkualiti.
 


baru turun ke tanah dari kapal.

Phuket Premium Outlet.



Selepas itu kami di bawa ke Kilang T-Shirt Phuket. Di sana terdapat T-Shirt2 cenderahati bertulis 'Thailand' dengan harga yang amat berpatutan dan berkualiti. Ada juga T-Shirt Hard  Rock Cafe pelbagai pilihan dan berkualiti di jual di sini. Tapi malangnya saya terlupa dan tak sempat nak ambil gambar sebab singgah sekejap je, maaf ye..

Seterusnya, kami di bawa ke sebuah kedai yang nampak eksklusif iaitu WANG TALANG. Di Wang Talang ni terdapat aksesori dan mutiara sebagai bidang perniagaan utama. Di samping itu mereka juga menjual sutera thailand, barangan dan cenderahati tempatan buatan tangan yang berkualiti untuk di bawa pulang.







Setelah membeli-belah sutera Thailand, kami di bawa ke SRI BURAPA CASHEW NUT FACTORY AND SHOP.  memang teruja bila tengok cashew nut pelbagai perisa yang dijual di kilang ni dengan harga yang berpatutan. Kami beli untuk makan sendiri dan buah tangan untuk keluarga. Masa dah balik bilik cabin, kami makan yang perisa pedas, punya la sedap, pastu rasa menyesal tak borong banyak2 sebab memang kebanyakan perisa sangat sedap. Oleh itu, tempat ni wajib singgah kalau ke Phuket sebab Cashew Nut dia memang sedap. Harus beli banyak2.


Pekerja sedang mengupas kulit cashew nuts.




Akhir sekali bila hari sudah petang dan menginjak ke senja,  kami di bawa ke Promthep Cape untuk melihat panorama indah matahari terbenam di lautan andaman.




Setelah melihat matahari terbenam, kami di bawa ke Pusat membeli-belah berhampiran Patong Beach untuk menikmati makan malam dan seterusnya ke Jeti untuk menaiki bot perantara pulang ke kapal.



Walaupun agak singkat lawatan ke Phuket, kami tetap happy. Keesokannya jam 9 pagi kami harus berkumpul di Auditorium untuk check-out ke Krabi pula. Jom ikuti catatan entri berikutnya 'STAR CRUISES Krabi'.

3 comments:

  1. Assalam Puan..saya singgah disini untuk mendapatkan tips tentang percutian keluarga menaiki star cruise,nak tanya masa di Phuket tu kita akan diberi masa 1 whole day untuk spend time di Phuket ke?Free and easy tour atau ada tourist guide bersama kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Emy Omar. Ya, kita akan di beri masa 1 whole day utk spend time di Phuket. Free and easy pun ada, nak ikut tourist guide pun ada, dia akan bawa ke tempat menarik yg dipilih oleh kita, tak nak turun nak stay je dalam cruise pun boleh. Semuanya ikut kemahuan dan kemampuan kita sbb bila naik cruise tu dia akan bagi itinerary dan 2,3 option utk kita pilih.So, kita pilih apa yg kita suka dan selesa.

      Delete
  2. Salam puan saya ade beberapa soalan, harap puan sudi menjawabnya 😅
    1. Pakej sehari di phuket tu anggaran harganya berapa ya sekepala?
    2. Dalam cruise tu, ada tak money changer?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...