PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Sunday 21 December 2014

Tempat makan popular di Pulau Pinang

Berhari-hari lamanya masa di ambil untuk update blog sebaik pulang dari percutian. Semuanya gara-gara keletihan dan kesibukan dengan aktiviti keluarga yang kebetulan berlangsung selepas itu. Last entri tempoh hari berkenaan hotel penginapan kami di Penang yang kami bermalam sehari sebelum memulakan pelayaran ke Phuket dan Krabi. Entri kali ni nak share berkenaan tempat makan yang sempat kami singgah sepanjang satu hari satu malam di sini. Walaupin hanya tiga sahaja tempat makan atau Restoran yang sempat kami singgah, tapi tempatnya mmg sangat terkenal bukan sahaja dari kalangan orang Penang sahaja tapi orang luar pun dah tau. hehe..

Sebaik tiba agak petang sedikit di Penang, dan di bawa suami berjalan-jalan di sekitar kampus USM, mungkin untuk mengimbas kembali kenangan zaman belajar dia dulu2, hehe, kami mengambil keputusan untuk makan malam terlebih dahulu sebelum check-in hotel. Suami dengan bantuan 'google map' gigih mencari Restoran Hameediyah yang sememangnya sangat popular, jenuh juga pusing2, akhirnya sampai juga tempat di tuju. Restoran ni mmg sangat popular tapi rasanya sepanjang ke Penang ni saya tak pernah singgah dan inilah kali pertama.




Bila dah sampai ke sini jangan confuse dengan signboard baru dan lama  kerana kedua-duanya adalah restoran yang sama. Yang signboard lama tu adalah restoran asal dan signboard baru tu adalah tambahan kerana mungkin kerana sambutan pelanggan yang amat menggalakkan.

Menunya sama seperti restoran mamak yang lain tetapi keistimewaan adalah nasi beriani nya yang sangat sedap. Menu malam itu kami memilih untuk makan nasi beriani dan anak2 memilih untuk menjamu selera dengan roti nan cheese.


tak lupa juga minuman manggo lazzy yang sangat enak tapi lupa nak snap masa baru sampai, sempat snap mas anak dara kecil tengah sedap menghirup.


Ini antara menu yang terdapat di Restoran Hameediyah yang terletak di Campbell Street, Georgetown, Penang.



dan sudah tentulah bila dah popular memang confirm makanannya sangat sedap. Yaa.. itulah yang kami rasai. Cuma murtabak dia je tak dapat rasa sebab dah kenyang. Insyaa Allah kalau ke Penang akan datang lagi ke Restoran ni dan kita cuba murtabak pula kan.

Selain tu, saya amat tertarik dengan dekorasi kertas dinding di Restoran ini yang mengimbau nostalgia sejarah awal penubuhannya. Wahh.. sejarah awal penubuhan lagi, kikiki.. memang perniagaan dan resipi turun-menurun, rasa yang sangat konsisten, mungkin sebab itu restoran ni dapat kekal lama dan sentiasa di cari oleh pengunjung. Semoga Restoran ini terus sukses. Jom kita tengok gmbar2 dalam Restoran Hameediyah..





Selesai makan malam di Restoran Hameediyah, kami check-in hotel dan berehat. Keesokannya kami tidak mengambil pakej sarapan di hotel sebaliknya kami bersarapan  di kawasan pasar Taman Tun Sardon, Glugor, Pulau Pinang.

Sarapan pagi kat sini memang best sangat2 sebab pelbagai jenis kuih-muih, nasi2, roti canai, tose dan sebagainya di jual di sini. Memang macam2 ada.. Sebelum kahwin dulu, abah saya pernah bawa breakfast disini dan abah cakap kuih tradisional kat sini pun memang di masak atau di bakar menggunakan kaedah lama atau tradisional iaitu pakai dapur kayu api dan sebagainya sebab tu special dan sedap.Abah cakap tempat makan ni dah lama dari zaman dia belajar kat USM, mungkin sebab tu dia tahu.Tapi sekarang ni mungkin tak dah kot sebab orang-orang lama dah takde.. tapi kepelbagaian dan banyak pilihan memang terus kekal la kat tempat makan ni. 

Lepas tu pula bila dah kahwin, suami pulak ajak breakfast kat sini bila kami ke Penang. Walaupun suami orang nogori, dia belajar kat USM selama lima tahun sebab tu dia tahu tempat ni. So, kalau dah dua orang bagitau tempat ni sedap dan best, memang betullah tu, hehehe.. Jom kita layan gambar- gambar sekita waktu pagi di medan selera pasar Taman Tun  Sardon, Glugor, Penang.








Walaupun tempatnya berhampiran pasar, tapi jangan risau lah sebab tempatnya bersih dan sentiasa di jaga dan di pantau pihak majlis perbandaran pulau pinang. Semasa sedang menjamu selera, kami juga di hidangkan dengan alunan muzik lagu yang sangat sedap di alunkan oleh pemuzik jalanan di situ.


Oh ya, kalau nak ke sini, tempat makan atau medan selera ni terletak bersebelahan dengan bangunan ni iaitu Pasar & Balai Rakyat Glugor, Taman Tun Sardon.


Ok itu sahaja berkenaan breakfast di sini.

Lagi satu tempat yang sempat kami singgah sebaik sahaja pulang dari pelayaran ialah di kawasan Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang. Restoran ini ialah Restoran Kapitan. Restoran ini banyak kali juga kami singgah makan sebelum atau selepas kami pulang dari kampung arwah nenek di Alor Star sebab tak jauh dari Lebuhraya Utara-Selatan PLUS.

Keistimewaan restoran ini selain nasi beriani ayam bakarnya yang sangat sedap, ia di hidangkan ala claypot panas2 yang sememangnya membuka selera. Tapi, persinggahan kami masa tu kami tak memilih hidangan claypot, hanya hidangan di pinggan sahaja. Lupa agaknya masa tu kot, apa-apa pun boleh la cuba restoran ni kalau ke Penang atau ke utara semenanjung. Gerenti berbaloi la..!





Selamat menjamu selera..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...