PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Thursday 4 December 2014

KLIA 2 yang selesa dan teratur

Pertengahan November lalu, saya dan anak-anak ke KLIA2 untuk mengambil encik suami yang baru pulang dari outstation. Selalunya suamiku akan pulang sendiri ke rumah menaiki teksi airport tapi hari tu dia minta kami ambilkan, lagi pun dia kata "boleh jalan2 sekali kat sini, hari tu teringin sangat nak tengok KLIA2". Betul juga, sejak KLIA2 di buka, memang tak berkesempatan singgah di sana, hanya dengar cerita dari kawan2 je, ada yang cakap "sangat cantik" ada yang cakap "ala macam shopping mall" dan ada juga pengalaman kawan yang tertinggal flight gara-gara leka bersiar-siar di KLIA2. Dalam hati tertanya2, "ish macamana ye KLIA2 tu, bila la nak pegi ni", so hari tu dapatlah singgah dan bersiar-siar di sana sambil menunggu ketibaan encik suami.

So,sesiapa yang belum berkesempatan singgah, inilah dia KLIA2 yang dibuka bersebelahan KLIA yang menempatkan penerbangan domestik dan Air Asia. Cantik juga, memang betullah ala2 shopping complex.


















Apa yang menariknya di KLIA2 ni, Restoran-restoran yang popular antaranya seperti KFC, Mc donalds, Marrybrown dan lain2 di buka di dua tempat iaitu di bahagian Perlepasan dan Ketibaan, oleh itu sekiranya kita nak berlepas ke satu destinasi atau kita sedang menunggu ketibaan seseorang dan ingin menjamu selera, tak perlu pergi jauh-jauh, hanya duduk makan sambil menunggu di balai berlepas/ketibaan. Menarik kan..hehe

Itu saja ulasan saya setakat ini kerana baru pertama kali visit, lepas ni kalau berpengalaman berlepas atau tiba di sini, akan di ulas lagi dalam entri berikutnya. Terima kasih kerana membaca..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...