PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Thursday 11 December 2014

Bayview Hotel Georgetown, Penang, Malaysia

Alhamdulillah malam tadi kami selamat pulang ke rumah dari percutian star cruise dari Penang ke phuket dan Krabi kemudian pulang semula ke Penang. Hari ni baru berkesempatan untuk membuat ulasan dan catatan. So, sebelum memulakan catatan pengalaman pelayaran, saya nak masukkan dulu gambar-gambar hotel penginapan kami di Penang sehari sebelum belayar ke Phuket dan Krabi. Kami perlu bermalam satu hari di Penang kerana sekiranya kami bertolak pada hari yang sama dari Shah Alam memang tak sempat nak check-in. Oleh itu adalah lebih baik kita bertolak satu hari lebih awal sekiranya kita tinggal di luar Penang untuk mengelakkan rushing.

Kami memilih hotel Bayview kerana lokasinya yang berhampiran / berdekatan dengan jeti. Ini memudahkan kami untuk terus ke jeti keesokan harinya tanpa melalui kesesakan lalu lintas dan sebagainya.Sebaik saja check-out lebih kurang jam 12.00 tengahari, tak sampai lima minit kami dah sampai jeti dan tempat letak kereta yang di sediakan khusus untuk orang ramai yang akan bercuti menaiki kapal, feri ke pulau-pulau. Tempatnya juga selamat, tertutup, mempunyai pengawal keselamatan dan yang penting tidak jauh dari jeti. Hanya berjalan kaki sikit je.

Berbalik kepada cerita hotel tadi, hotel ini sangat selesa, mempunyai kolam renang bersaiz sederhana dan mempunyai jakuzzi yang terletak bersebelahan kolam renang. Sangat sesuai untuk percutian pendek seisi keluarga. Selain berdekatan dengan jeti, hotel ini juga berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah dan menarik di sekitar Georgetown, Pulau Pinang. 

Semasa menginap di hotel ini kami tidak mengambil pakej sarapan kerana ingin keluar sendiri mencari tempat makan menarik di sekitar Georgetown atau Glugor. Pagi itu kami bersarapan di Taman Tun Sardon, Glugor. Ulasan sarapan pagi ini  akan saya kongsikan dalam entri 'Tempat makan popular di Pulau Pinang'.

Jom tengok gambar-gambar di hotel Bayview, Georgetown, Penang..



















Yang best, kolam renangnya tidak terdedah kepada panas terik kerana kedudukannya yang terlindung di balik bangunan hotel membuatkan kita dapat berenang dalam keadaan yang nyaman dan sejuk. 

Sebaik mandi-manda di swimming pool, kami bersiap-siap untuk check-out hotel dan terus menuju ke jeti. Untuk mengikuti pengalaman pelayaran saya, jom ikuti penulisan saya di entri berikutnyaa.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...