PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 2 December 2014

SPAIN Part 9 - Hola hola Madrid..!!

Setelah selamat tiba di Madrid, program pertama tentulah menuju ke Stadium Real Madrid. So, excited lah suamiku dan rakan-rakannya yang juga peminat sukan bola sepak dunia. Tapi sayang tak dapat masuk ke dalam stadium, so hanya dapat ambil gambar kenang-kenangan di luar stadium. Masa ni saya tak turun sebab rasa dah puas melawat stadium Nuo Camp di Barcelona rasa dah cukup dah, hehe tapi bila memikirkan nak share gambar-gambar di blog, ku gagahi juga turun mengambil gambar sambil menggendong baby kecilku yang di bawa bersama. Setelah melawat stadium, kami di bawa melawat bandar Madrid dan di beri masa dua jam untuk makan tengahari di bandar sebelum bertemu kembali untuk di bawa ke tempat lawatan seterusnya.

Sebelum berpecah untuk makan tenggahari, tour guide sempat menunjukkan map ke beberapa Restoran makanan halal di Bandar Madrid, mujur salah satu nya tidak jauh, so kami terus menuju ke Restoran tersebut. Lagipun perut pun dah lapar, tunggu apa lagi. Ok restoran halal tersebut akan saya kongsikan dalam entri berikutnya. Sebelum tu, jom kita layan gambar-gambar yang sempat di ambil di bandar Madrid, Spain.














Melawat pameran lukisan di hadapan Hard Rock cafe shop, Madrid.



Semasa di Madrid, kami hanya berlegar dan bersiar-siar di bandar menjamu mata dan membeli-belah. Tiada tempat bersejarah yang kami lawati ketika lawatan ini, hanya 1 hari di Madrid, keesokannya kami akan bertolak ke Cordoba dan seterusnya ke Seville dan bermalam di sana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...