PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Wednesday 3 December 2014

SPAIN Part 12 - Restoran Halal di Cordoba

Sebaik sampai di Cordoba dan sebelum di bawa melawat ke bekas masjid Cordoba, kami di beri masa selama 1 jam setengah untuk makan tengahari di kedai-kedai berhampiran. Mati kutu jugakla kami kerana tidak mendapat sebarang guide dari tour guide mengenai lokasi makanan halal yangg terdapat di sini kerana tour guide yang membawa kami juga tidak pasti tetapi memberitahu bahawa memang ada Restoran makanan halal di sini. So, kami dengan inisiatif sendiri berjalan mencari Restoran halal berdekatan.

Jalan punya jalan sehingga hampir penat, akhirnya kami terjumpa sebuah restoran halal tak jauh dari lokasi kami berpecah. Seperti biasa sudah tentu menunya adalah  makanan arab, tak kisahla asalkan dapat memenuhi perut kami yang sudah kelaparan. Nama Restorannya adalah Restoran Kebab Hut. Lokasinya adalah di Avenida del Doctor Fleming, 9, Cordoba, Andalusia 14004. No telefon untuk di hubungi +34 957 944 901.




Selesai menjamu selera dan melawat bekas masjid Cordoba, kami meneruskan perjalanan ke Seville dan bermalam di sana. Jom baca entri seterusnya SPAIN Part 13 - Dari Cordoba ke Seville.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...