PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Thursday 4 December 2014

Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan

Minggu pertama cuti sekolah tempoh hari kami terbang ke Kelantan apabila mendapat panggilan kecemasan nenek tersayang jatuh sakit. Pada awalnya, kami mahu pergi berdua sahaja suami isteri kerana ingin menziarahi nenek yang sakit tapi kasihan pula melihat wajah sedih anak-anak yang terpaksa di tinggalkan buat seketika.

Saat-saat akhir kami membuat keputusan untuk membawa sekali kesemua anak-anak bila memikirkan hari tu adalah cuti sekolah. Terus kami menempah tiket penerbangan dan hotel penginapan kami di Kota Bharu. 

Kami menginap di Hotel Perdana kerana hotel ini terletak di belakang hospital KPJ Perdana di mana nenek saya di rawat. Oleh itu, mudah sangat untuk kami berulang-alik berjalan kaki menziarahi nenek ketika itu. Maklumlah kami ke sana menaiki kapal terbang dan tiada kereta untuk ke sana ke mari sekiranya menempah hotel yang agak jauh. Anak-anak pula, kalau menginap di hotel mesti nak yang ada swimming pool supaya mereka dapat bermandi-manda. Oleh itu, pemilihan hotel ini adalah yang terbaik dan tak sangka sebaik sampai, saya sangat tertarik dengan kecantikan hiasan dalaman hotel dan keramahan pekerjanya.

Menurut rakan suami yang tinggal dan bekerja di bangunan KTC (Kelantan Trade Centre) iaitu bangunan berdekatan, rupa-rupanya hotel ini adalah hotel baru yang memulakan operasi sejak setahun lebih yang lalu. Patutla tengok cantik dan serba baru. Yang penting saya sukakan lobi hotel yang memuatkan ruang tamu/ruang menunggu lebih privasi apabila setiap satunya di bina beberapa partition yang memisahkan antara satu sama lain. Begitu juga beberapa ruang makan di Cerana Coffee House yang sangat cantik dan tersusun apabila kami menikmati sarapan pagi keesokan harinya. Kolam renang juga agak besar, luas dan jakuzzi juga di sediakan berhampiran kolam renang.

Jom tengok gambar Hotel Perdana yang sempat di ambil..


















Kat bawah ni gambar bilik penginapan kami dan pemandangan swimming pool dari dalam bilik kami.










Oh ya, di hotel ini di sediakan sejadah dan Al-quran untuk memudahkan beribadah. Iron dan ironboard juga di sediakan so tak perlu nak call housekeeping untuk minta tolong hantarkan iron. Oleh itu hotel ini sangat selesa dan di jamin memuaskan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...