PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Thursday 4 December 2014

SPAIN Part 14 - Granada destinasi terakhir di bumi Spain.

Setelah bermalam selama satu hari di Seville, pagi berikutnya kami bertolak ke Granada. Hati kami semua sangat-sangat teruja kerana sudah tentu Granada merupakan tempat yang harus di lawati selepas kami melawat Cordoba tempoh hari. Dan yang pasti dua tempat ini iaitu Cordoba dan Granada sangat sinonim dengan pelancong muslim yang berkunjung ke Spain kerana ingin melihat dan mengimbas kembali kota yang pernah menjadi kawasan pemerintahan orang islam atau di kenali sebagai 'Moorish' di Sepanyol.

Sebaik sampai di Granada, kami melewati bandarnya sebelum menuju ke Istana Alhambra yang terletak bukit La Sabica,Granada. Istana ini merupakan monumen penting yang menjadi bukti sejarah kejayaan islam di Sepanyol. Teringat sebelum meninggalkan tanahair untuk melancong ke Spain, ayah saya sempat berpesan supaya jangan lupa melawat Istana Alhambra, sebab istana ni cantik sangat umpama taman-taman syurga. Bila abahku dah cakap macam tu, rasa lagi berkobar-kobar nak melawat Istana Alhambra ni. Abah berpesan macam tu sebab masa zaman belajar dulu dia pernah melawat ke Istana Alhambra ni, sebab tu dia bagitahu tempat ni wajib ziarah, So, jom kita tgok gambar-gmbar di sekitar Istana Alhambra.
















Pemandangan bandar Granada dari perkarangan Istana Alhambra.



Gambar di bawah adalah sebahagian daripada menara tentera dalam Istana Alhambra yang di bina oleh kesultanan nasriyd Granada pada tahun 1300 dan merupakan bangunan terawal di bina dalam Istana Alhambra.






Gambar di bawah merupakan kota pertahanan Al-hambra, kota ini bagi mempertahankan istana raja dan merupakan menara tertinggi di  Granada.



Setelah melawat Alhambra, kami di bawa ke satu kawasan perumahan berbukit berhampiran untuk menyaksikan keindahan  pemandangan Istana Alhambra dari lokasi tersebut. Gambar di bawah tersergam indah Istana Alhambra.



Selesai berjalan-jalan melawat kawasan perumahan penduduk yang sangat unik dan nostalgik serta mengambil gambar pemandangan indah Istana Alhambra dari perkampungan tersebut, kami bertolak pulang ke Seville untuk berehat dan bermalam satu malam disana sebelum pulang semula ke Madrid pada keesokan harinya menaiki keretapi laju dan bermalam satu malam di Madrid, seterusnya bertolak pulang ke tanahair.

Setakat ini sahaja coretan saya sepanjang pengembaraan di bumi  Spain dan terima kasih kerana sudi membaca coretan ini yang di tulis sehingga 14 episod,cheywah 'episod' macam cerita drama la pulak, hehe.. Semoga terhibur dan bermanfaat.

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt sis. Terima kasih atas perkongsian. Seronoknyer melihat gambar gambar di atas. Jika tak keberatan boleh minta intenary sis ke spain? afifah_sky90@yahoo.com. In sha Allah saya bercadang untuk ke spain soon.

    ReplyDelete
  2. Slots & Live Casino Site: Review and Bonus Offer - LuckyClub
    We can all agree that Slots & Live Casino is the best online casino that You have luckyclub.live the option of having to deposit and play over 20 000 of their games

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...