PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Monday 19 January 2015

STAR CRUISES Krabi

Setelah menghabiskan masa di Phuket dan tiba di kapal lebih kurang jam 10 malam tadi, kami terus tidur untuk mendapatkan rehat secukupnya kerana pagi-pagi esok kami harus breakfast awal dan perlu berkumpul di Auditorium seawal jam 9.00 pagi untuk menaiki bot perantara turun ke Krabi.




menaiki bot perantara menuju ke Krabi.






Sama seperti Phuket, kami di edarkan sekeping Phamplets sebaik check-in di kapal tempoh hari  untuk memilih satu sahaja pakej yang menepati citarasa dan budget kami. Untuk ke Krabi, pilihan pakej tak sebanyak di Phuket, ianya ada sembilan pakej pilihan. Ada pakej snorkelling kerana Krabi merupakan antara pulau-pulau dan pantai tercantik di dunia, so pakej snorkelling ni wajib. Ada pakej melawat ke pulau-pulau kecil di Krabi menaiki speedboat, melawat temple, Snake farm, Elephant Riding (siapa yg tak sempat naik gajah kat Phuket semalam, bolehla naik kat Krabi), pakej Thai Massage dan sebagainya.



 


Baru tiba di Jeti Krabi.


                               
                         



Van dan tourist guide yang membawa kami melawat sekitar Krabi.



Di bahagian lobby di jeti Krabi.

Kami memilih untuk menaiki bot menyelusuri sungai menuju ke laut dan melawat KHAO KANNABNAM yang merupakan sebuah gua yang menjadi simbol Krabi. KHAO KANNABNAAM adalah dua tiang batu kapur setinggi 100 meter, mengandungi gua lengkap dengan Stalactites (pembentukan batu kapur tergantung dari atas siling) dan Stalagtites (pembentukan batu kapur dari lantai gua).






bersiap sedia menaiki speedboat menuju ke gua Khao Kannabnaam.



fira menangis sepanjang naik bot munkin sebab bunyi enjin yg kuat.


boys mestilah happy bab2 nai bot ni, hehehe


Tangga untuk naik ke Gua Khao Kannabnaam.



Pemandangan di dalam gua batu kapur KHAO KANNABNAAM.



Terdapat orang-orang patung yang menggambarkan kehidupan dahulu kala.


Selesai mendaki dan menuruni tangga curam untuk ke KHAO KANNABNAM, kami kembali ke bot dan meneruskan perjalanan air menuju ke Kampung KOH KLANG untuk meninjau aktiviti utama masyarakat setempat yang kebanyakannya adalah nelayan, penternak ikan dan pemandu bot. Kedudukan kampung ini juga tidak jauh dari Hutan Bakau Dara dan kaya dengan tumbuhan alam semulajadi.



Baru tiba di Kg Koh Klang.

Kolam ternakan ikan di kampung Koh Klang.





Setelah melawat kolam ternakan ikan, kami di bawa ke kampung berdekatan dan menaiki 'tut tut' iaitu pengangkutan motor yang telah di ubahsuai menjadi beca untuk bersiar-siar di sekeliling kampung.

Apa yang mengejutkan dan menggembirakan adalah rupa-rupanya majoriti penduduk kampung tersebut adalah muslim dan pemandu tut tut yang membawa kami bersiar-siar juga adalah muslim  bernama Sulaiman.

Rasa seronok tak terkata bila bermusafir dan bertemu dengan saudara seislam. Subhanallah! Masya Allah!

Menurut Sulaiman, sebelum ini, dia mendalami islam dan ilmu agama di Pattani dan pulang ke Kampungnya di sini dan menjadi imam di surau kampung selain bekerja sebagai pemandu tut tut di kampung ini.
Inilah dia Sulaiman.


Kemudian kami di bawa ke kilang batik buatan tangan milik seorang warga tua di kampung ini.

Berjalan menuju ke kilang batik milik salah seorang penduduk kampung.





Bergambar bersama pemilik kilang dan kedai batik di Kampung Koh Klang. Orangnya sangat baik dan peramah walaupun kami mempunyai masalah komunikasi di sana. 


Semasa kami mahu di bawa pulang ke bot, kami melintasi surau kecil di kampung tersebut dan kebetulan azan berkumandang menandakan masuknya waktu zohor. Kami meminta pemandu tut tut untuk singgah sembahyang jamak zohor dan asar di surau tersebut.

Bila masuk melihat surau, teringat surau di kampung nenek di Alor Star. Walaupun surau kecil, ringkas dan serba kekurangan, namun mereka (penduduk kampung) tetap tersenyum dan bahagia kerana suasana semangat kejiranan di kampung masih kukuh umpamanya bertegur -sapa,mengambil berat di antara satu sama lain, bantu-membantu, gotong-royong dan sebagainya.

Ini dapat di lihat apabila sebaik azan selesai berkumandang, kelihatan warga tua dari kalangan penduduk kampung di sini berpusu-pusu menuju ke surau untuk solat zohor berjemaah. Apa yang mengharukan sebaik melihat kedatangan kami, mereka dengan ramah, tersenyum gembira datang menyapa kami, salam dan berpeluk, seolah-olah berbesar hati menyambut kedatangan kami datang ke kampung mereka.
Dengan bahasa siam yang tidak di fahami, mereka menunjukkan arah jalan menuju ke tandas dan tempat mengambil wudhu' serta jari telunjuk mereka menunjuk-nunjuk ke arah tempat lipatan longgokan telekung sembahyang sambil berbisik dalam bahasa siam mungkin ingin memberitahu bahawa sekiranya kami memerlukan telekung, tempatnya adalah di sana.

Apabila ada rakan-rakan mereka yang baru sampai, mereka segera memperkenalkan atau menunjukkan kami kepada rakan2 mereka, dan rakan2 mereka dengan senyum gembira mendekati dan bersalaman dengan kami.

Subhanallah, tunjang dan kekuatan ukhwah sesama muslim tu menjangkaui segala-galanya. 

Rasa sedih dan terharu pun ada kerana walaupun kami tidak memahami percakapan mereka dan mereka tidak memahami percakapan kami, kami di sambut bagaikan saudara jauh datang bertamu.

Wajah mereka, telekung yang di pakai, semuanya sama lebih kurang seperti orang Malaysia. Cuma bahasa sahaja yang berbeza. Seolah-olah berada di negara sendiri.

Bergambar di hadapan surau di Kg Koh Klang.

Salah seorang Imam di surau adalah pemandu tut tut kami, Sulaiman.

Solat berjemaah kaum lelaki di surau kg koh klang.



Kaum wanita mendengar tazkirah sebaik selesai solat zohor berjemaah.

Selesai sembahyang, kami kembali ke bot menuju ke jeti dan menaiki van untuk di bawa ke sebuah restoran makanan halal menikmati makan tengahari. Restoran tersebut adalah Restoran Pak Nam Krabi Seafood.












Setelah menikmati makan tengahari makanan laut, kami bergerak menuju ke bandar Krabi untuk membeli-belah.

Bandar Krabi.


Walaubagaimanapun, kami melihat bandar Krabi adalah bandar yang ringkas. Menurut pemandu pelancong, Krabi bukanlah tempat yang menarik untuk shopping, kalau nak shopping, Phuket adalah antara tempat shopping terbaik dan menarik manakala Krabi adalah tempat untuk merehatkan diri sambil menikmati keindahan pulau-pulau nya yang sememangnya cantik dan indah.

Memang betul apa yang di perkatakan oleh pemandu pelancong. Sebaik tiba di bandar, tidak terlalu banyak kedai2 untuk membeli-belah.

Oleh itu, siapa yang nak merehatkan minda dan snorkelling melihat keindahan alam di dasar laut, Krabi lah tempatnya.




9 comments:

  1. Maaf nak tnya...utk pakej phuket dan krabi mmg wajib amik ker.kalo nak g jln2 sendiri xleh yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurhafiza, kalau naik starcruise, boleh nak jalan2 sendiri, ambil pakej free & easy..

      Delete
  2. kak...nak tanya...akak gi naik cruise ni ikut travel agency or akak beli direct dgn start cruise? lps tu yg jalan2 kat krabi transportation provided by star cruise or kena arrange sendiri???

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan nur deedee, kami naik star cruise ni melalui travel agency. Masa jalan2 kat krabi ni baru booking under star cruise. All transportation provided by star cruises. Masa kita check in ni pihak star cruise akan spread the brochures untuk kita decide aktiviti yg kita nak buat bila turun di Phuket dan krabi.

      Delete
  3. Assalamualaikum, salam kenal dari blog ceritaejoy.

    Nak tanya, total kos untuk keseluruhan percutian ni berapa ya? 4 hari 3 malam kan?

    ReplyDelete
  4. assalamu 'alaikum.
    sy dan keluarga telah pergi ke krabi (kebi) dan phuket (bukit) 2 kali dengan memandu kereta sendiri.sy boleh sikit2 berbahasa siam (nit noi phut tgai), secara kebetulan bahasa ibunda sy. jadi sy dapat atasi masalah bahasa/komunikasi dan dapat advantage beli barang2 dan makanan dengan harga warga tempatan (>50% lebih nurah dari pelancung2 terkena). pertamanya awal tahun 90an (masa itu pantai au nang masih perkampungan nelayan & tiada rumah batu) dan 2015.seronok ke sini kerana ramai penduduk2 di kawasan ini melayu berugama islam, jadi senang dapat makanan islam; phuket (30% islam) dan krabi (87% islam). dulu kawasan pemerintahan kedah adalah hingga nakhonsrithamarat (ligor) dan termasuk kawasan ini, masa itu ohuket dikenali sebagai ujung salang.
    cara2 pergi ke krabi;
    1. direct flight ke krabi, kemudian ambil teksi ke pantai au nang. ingat; kos inap dan makan agak mahal (30% lebih dari di pekan krabi).
    2. ambil bas terus ke >hatyai, dan kemudian ke krabi.
    3. pandu kereta sendiri terus ke krabi via hatnyai. hanya +- 1,500km dari shah alam.tiada masalah kerana papan2 tanda banyak dan dalam bahasa inggeris dan penandu2 thai lebih bersopan (kecuali di bandar hatnyai). advantages;
    1. termurah, 2. jadual dan destinasi2 ikut selera sendiri. 3. dapat inap/makan dengan lebih murah di pekan krabi (banyak hotel2 dll 'tarikan' di krabi yang lebih murah dari au nang). krabi ke au nang hanya 9km (<10minit) dan banyak angkut awam.
    3. boleh pandu ke phuket (150km/2jam) saja, tapi jangan stay disana; kosnya 50% lebih tinggi dari di krabi. tapi pantai2 di phuket (pantai2 patong, katak dll) dipenuhi oleh farang mandi bogel. sesiapa yang lebih lasak, boleh pandu hingga chiengrai (2 hari dan 2 malam) dan boleh beli isteri semuda 15tahun direct dari ibubapanya dengan harga rm700-00 (tidak tetmasuk caj/kos broker!).
    4. hotel2 di krabi boleh urus pakej2 tour dan angkut disediakan.
    masa2 sesuai;
    jangan pilih 20 fisember - 2 januari, cuti panjang ini ada ramai pelancung2 dari luar dan dalam negara thai datang ke au nang dan mungkin bilik2 hotel penuh ditempah!

    orang2 thai (melayu dan buddha seronok kita lawat mereka. demi mudahkan komunikasi, belajar dulu bahasa thai, dari internet pun boleh!

    cadangan;
    anda tidak perlu pergi/pandu jauh2, banyak destinasi yang sama menarik tapi lagi dekat dan senang seperti di patani dan satun (setul) di mana terdapat lebih ramai orang2 melayu/islam. kos inap dan makan jua lebih murah.

    sesiapa minat nak kobgsi pengalaman sy, hubungi sy (hp/whatapp) nombor 60192176905.

    jauh perjalanan luas pandangan
    bahasa itu kunci ilmu, budaya & keseronokan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, terima kasih en shariff. saya dan keluarga bercadang mahu ke sana pada bulan September nanti.

      Delete
  5. beli gadis muda..mcm pelik je bunyinya..beli tu mksdnya kawin ke ape?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...