PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Wednesday 5 November 2014

Barcelona, SPAIN Part 1 - Park Guell

Hola hola Barca..! Kali ni saya nak coret sikit antara tempat-tempat menarik di Barcelona semasa lawatan kami ke Spain pada bulan Mei lepas. Maaf lah ye, terambil masa lama nak ulas tentang percutian kali ni. Asyik tertangguh sebab sibuk nak kumpul gambar. Ada setengah gambar yg cantik ada kat hand phone encik husband, setengah ada kat saya. Macam tu la kalau ambil gambar guna handphone masing2, hehe..

Sebaik tiba di Barcelona kami di bawa bersiar-siar meronda kawasan bandar dan melihat bangunan menarik dan bersejarah di sana.

Antara tempat-tempat  menarik yang kami kunjungi adalah di Parkguell. Parkguell adalah sebuah kompleks taman yang menempatkan bangunan unik yg di rekabentuk oleh seorang arkitek bernama Antoni Gaudi. Ia dibina atau di bangunkan dari tahun 1900 hingga 1914. Ianya terletak di Bukit El-Carmel, Gracia, Barcelona. Parkguell juga merupakan sebahagian dari Unesco World Heritage Site.










Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada pemandangan menarik di sekitar Park Guell. Park Guell juga adalah salah satu 'landmarks' paling popular di Barcelona dan wajib di lawati sekiranya berkunjung ke sini.

Selepas melawat Park Guell, kami terus di bawa ke hotel utk check-in. Oh ya semasa melawat ke sini kami baru je sampai dari Malaysia. Penat, memangla penat, tapi kalau dah minat melancong, memang tak perlu di fikirkan sangat bab penat ni. Oleh itu, keesokan harinya kami di bawa melawat ke tempat kedua di Barcelona, nak tahu ke mana..? teruskan membaca 'Barcelona, SPAIN Part 2.'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...