PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Thursday 13 November 2014

SPAIN Part 7 - menikmati nasi pailar di Valencia.

Selepas melawat beberapa tempat menarik di Valencia, kami di bawa ke 'Restorante La Pepica' yang terletak di tepi pantai untuk menikmati makanan popular orang Valencia iaitu Nasi Paila. Apabila di beritahu bahawa nasi paila adalah nasi yang di goreng bersama sotong dan udang, kami tidak was-was untuk menikmatinya kerana di masak dengan makanan laut. Kalau di Malaysia ni, kita panggil dia lebih kurang macam 'nasi goreng seafood'. Cuma beras di Valencia ni agak tebal sedikit so bila kunyah tu rasa kenyal dan makan sedikit pun dah cepat kenyang sebab faktor berasnya yang 'gemuk-gemuk' tu. hehe.. Jom kita tengok macamana rupa nasi pailar..








Setelah menikmati makan tengahari, kami di bawa melawat ke kilang ukiran kaca untuk melihat beberapa ukiran kaca berkualiti tinggi di Valencia. Sepanjang perjalanan ke kilang ini sempat juga snap bangunan unik dan moden di Bandar Valencia.







Selepas melawat ke kilang ukiran, aktiviti terakhir kami pada hari itu ialah kami di bawa menaiki cruise untuk melihat pemandangan lautan atlantik.




Penuh aktiviti kami pada hari ini sampai tak terdaya nak keluar dinner kerana kepenatan.Hanya makan maggi di bilik hotel je sbg makan malam kami pada hari tu. Esok pagi kami perlu check-out awal untuk meneruskan perjalanan ke Madrid menaiki speed train.


okbai.. ;)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...