PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Sunday 9 November 2014

Barcelona,SPAIN Part 3-Costa Rica Premium Outlet

ok, selepas pulang dari melawat stadium dan makan tengahari, kami di bawa ke tempat yang paling digemari kaum2 wanita pula..! nak tau apa dia..? yaaa tepat sekali...!!! sudah tentulah tempat shopping, yeayy!!

Kami di bawa ke Costa Rica Premium Outlet. Kalau nak tahu tempat ni macamana, ianya seperti Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Johor Bharu. Tempat ini menghimpunkan butik2 Authentic Designer yang terkenal seantero dunia seperti Gucci, Burberry, Polo Ralph Laurence, Versace, Coach, Michael Kors dan lain2.Bagi peminat barangan berjenama memang suka la shopping kat premium outlet ni sebab harga di Premium Outlet ni jauh lebih murah dari harga yang terdapat di  butik yang terletak di tengah-bandar-bandar besar. Premium outlet ini juga kini telah melebarkan sayapnya hampir ke seluruh dunia dan ia menjadi tempat yang perlu di kunjungi sekiranya ke luar negara.

Semasa di tiba di sini, tak banyak rupanya gambar kenangan yang di ambil, mungkin terlalu excited nak shopping sampai terlupa nak ambil gambar banyak2. So, setengah dari gambar2 ini adalah ehsan dari kakak saya yang turut serta dalam rombongan ini, so bolehla dapat gambaran sikit macamana Costa Rica Premium Outlet tu, hehe..












Yang tak sangkanya semasa berkunjung ke sana ada rakan2 termasuk kakak saya telah terserempak dengan bekas Perdana Menteri kita, Pak Lah dan isteri yang juga sedang asyik bershopping. Seronok betul tengok diorang dapat ambil gambar bersama tapi saya tak terserempak la pulak, huhu.. apapun takpela, yg penting ada la gambar kenangan kakak saya dan pak lah.

Jom kita ikuti apa aktiviti seterusnya dalam 'Barcelona, SPAIN Part 4'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...