PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Friday 7 November 2014

Barcelona, SPAIN Part 2 - Camp Nou Stadium

Semalam kami telah melawat Park Guell dan hari ini kami telah di bawa ke Stadium bertaraf lima bintang iaitu Camp Nou Stadium.

So, sangat excited lah kaum2 lelaki dan peminat FC Barcelona nak melawat stadium ni..! Kita org perempuan yang tak berapa nak ambil tahu pasal dunia bola sepak ni, rasa biasa-biasa je, hehe.. dah org bawak, layan je la.. tapi bila dah sampai excited jugak sebab berada di sebuah stadium yang sering mengadakan perlawanan bola sepak bertaraf dunia, lebih-lebih lagi bila di bawa ke bilik sidang media, bilik persalinan dan lain-lain. Dalam hati terdetik, "oo kat sini la pemain bola sepak yang terkenal di mulut husband2 kita tu buat sidang media,mandi, salin baju.." hehehe

Sebelum masuk ke dalam stadium ini, terdapat sebuah museum yang menempatkan piala2, gambar2,keratan2 akhbar serta sejarah bola sepak Sepanyol dan dunia. Kagum juga tengok piala-piala dari tahun 60a, 70an yang di menangi dalam perlawanan berprestij di simpan elok dan rapi. Peminat bola sepak memang akan terimbas sejarah dan kenangan semasa Piala Dunia yang berlangsung pada tahun-tahun sebelum ini. Memang leka la layan gambar-gambar dan piala2 yang terdapat dalam museum ni sehingga terpaksa di panggil utk di bawa melawat ke bahagian stadium yang seterusnya. Apa pun inilah gambar kenangan kami semasa melawat Camp Nou Stadium, Barcelona.
















Maaflah gambar gelap sikit sebab memang suasana dalam museum ni pun gelap. Sessi photography pun ada dalam museum ni, kami pun ambil peluang ambil gambar.





Lepas ambil gambar, kami di bawa masuk ke dalam stadium.






Dua gmbar di atas, Bilik Sidang Media.







Dua gambar di atas adalah bilik Jakuzzi dan bilik persalinan.

Selepas melawat museum dan stadium ni, seperti biasa jalan keluar dia mesti HARUS melintasi kedai cenderahati barangan FCB. Orang lelaki memang nampak teruja utk dapatkan jersi FCB yang ORIGINAL dan siap boleh tempah utk tulis nama kat belakang jersi lagi. Kami orang perempuan seperti biasa, dapatkan 'fridge magnet' dan 'stand plate' sebagai cenderahati dah kira ok dah, terus keluar kedai, huhu..




Lepas melawat stadium dan shopping sedikit barang cenderahati, kami di bawa makan tengahari dan selepas itu di bawa ke tempat shopping lagi. Jom kita tengok Factory Outlet di Spain dalam 'Barcelona, SPAIN Part 3 - Costa Rica Premium Outlet'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...