PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Wednesday 5 November 2014

Ber'kek ombak rindu' dengan anak2

Hari ni terkenang-kenang pulak beberapa hari lepas saya dan anak-anak lelaki bertungkus-lumus di dapur menyiapkan kek 'ombak rindu' seperti yang di tulis dalam buku resipi dari Chef Hanieliza.

Sebenarnya tak di rancang pun. Tengahari lepas lunch, saya menyiapkan sambal ikan bilis utk di bawa suamiku yang akan ke New Zealand. Lepas masak, rehat2 sambil belek2 buku resipi, terlihat kek dari resipi Chef Hanieliza yang sangat memikat.Bila baca ' eh ni macam senang je ni, beli bahan adunkan sekali dan bahagi tiga bahagian lepas tu letak perisa dan pewarna. Hati berkobar-kobar nak cuba, terus siap2 dan ke kedai bahan kek utk dapatkan beberapa keperluan yang tak cukup. Dok huha huha, lebih kurang jam 6 petang baru start buat.

Seperti biasa, kalau sepah2 dan sibuk2 di dapur, dua org anak lelakiku akan datang menjenguk dan ' bertanya khabar'. Paling best diorang mesti nak tolong sama apatah lagi bila tgok kek nak kena letak pewarna warna-warni, lagilah menarik. Seperti biasa juga memang saya pun suka ajak mereka sama2 comotkan dapur dengan aktiviti masak-memasak dan bakar-membakar kerana inilah salah satu cara saya menghabiskan masa bersama anak2 dengan perkara-perkara yg berfaedah. Mungkin dengan cara ini juga dapat memberikan mereka manfaat dan merangsang minda, cheywahh..

So, rugi rasanya utk saya tidak mencatatkan kenangan indah di dalam blog ini, mana tau masa akan dtg anak2 dah besar dan teringin nak buat kek yg mereka buat masa kecil, bolehla mereka jenguk dan refer di blog ibu mereka, itulah tujuannya, hehe.. jom saksikan gambar2 kami semasa membuat kek dan tak lupa juga, saya akan kongsikan resipi ini seperti berikut:-


KEK OMBAK RINDU

Bahan-bahan: 
250 gm mentega
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanilla
230 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik (di ayak bersama tepung gandum)
100ml susu cair
50 gm serbuk koko
sedikit pewarna hijau, kuning dan merah

CARA MEMBUAT:

1. Mentega dan gula kastor di pukul sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu per satu diikuti dgn esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair. Pukul lagi.
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Campurkan pewarna merah, kuning dan hijau ke dalam 
    setiap bahagian. Kacau rata.
5. Sapukan mentega pada loyang saiz 8 x 5 inci dan lapikkan kertas minyak.
6. Masukkan adunan warna merah ke dalam loyang. Buatkan permukaan yang tinggi rendah.
7. Ayakkan serbuk koko menggunakan penapis teh ke atas permukaan tadi.
8. Ulangi langkah yang sama untuk warna kuning.
9. Letakkan adunan terakhir, warna hijau ke atas permukaan serbuk koko dengan perlahan-lahan.
10. Bakar di dalam oven pada suhu 170'C menggunakan api bawah sahaja selama 50 minit.

TIPS : Masukkan perisa oren utk kuning, strawberry untuk merah bagi tambah perisa.








Selamat mencuba..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...