PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Friday 11 April 2014

Percutian ke Hong Kong & Shenzhen Part 3


buat anda yang terlepas membaca coretan sebelum ini, sila klik Percutian ke Hong Kong & Shenzhen Part 2

Sebaik kami turun dari train, kami terlihat seorang lelaki pertengahan umur sedang menggunting kertas dengan pantas sambil beberapa pelanggan berdiri dihadapannya seorang demi seorang. Rupa-rupanya lelaki ini di kenali sebagai 'Liu Qipei' dan mempunyai kebolehan luar biasa menyalin/meniru wajah pelanggan menggunakann gunting dan kertas. Liu Qipei akan menggunting mengikut bentuk wajah pelanggan yang akan berdiri di hadapannya. Apa yang mengagumkan, hasil yang di perolehi adalah dalam jangka masa 10 saat, dan peratus kesamaan adalah 99%!! apalagi, kami sangat2 excited dan cepat2 beratur untuk mendapatkan hasil seni yang jarang-jarang Allah SWT kurniakan kepada manusia, hanya insan-insan terpilih sahaja.. tak percaya..!!? jom kita lihat gambar-gambar di bawah :)



sama tak?? hehe.. untuk girl memang dia buat semua bulu mata lentik walaupun bulu mata kami takdela lentik sangat.. jom tengok gambar kawan kami dan tgokla betapa kami semua beratur nak dapatkan hasil seni tangan Liu Qipei, yang pasti apa yang melucukan adalah sambil dia menggunting dan melihat wajah kami sekali-sekala, mulutnya akan ternganga dan terherot-herot, membuatkan kami semua ketawa terhibur.. :D







Bila kami menghampiri ruang jualannya, kami melihat beberapa keratan akhbar mengenai keunikan seni luar biasa Mr Liu Qipei yang telah menarik perhatian beberapa pemimpin negara dan selebriti di China. Liputan mengenai Mr Liu pula pernah mendapat liputan media TV3 dari Malaysia. Oleh itu tak hairanlah bila Mr Liu turut meletakkan gambar bersama kru penggambaran TV3 dan pengacara terkenal Nurul Shuhada Nurul Ain di meja jualannya.




Percutian kami ke HK-Shenzhen sangat pendek iaitu hanya selama 4 hari 3 malam. Oleh itu tidak banyak tempat menarik yang sempat kami lawati. Pada sebelah petang selepas lunch ialah aktiviti free & easy dan kami mengambil peluang untuk berjalan kaki ke tempat shopping yang tidak jauh dari hotel penginapan kami iaitu Panglin Hotel. Di sebabkan kami pergi pada bulan Januari dan Chinese new year semakin hampir, keadaan tersangatlah sesak dan sangat ramai kerana penduduk tempatan juga mula keluar membeli-belah untuk persiapan Tahun Baru Cina. Namun kami ambil juga kesempatan untuk membeli belah kerana di beritahu bahawa barang2 di Shenzhen adalah jauh lebih murah berbanding di Hong Kong yang akan mula kami lawati pada keesokan hari..





Pada keesokan hari sebelum bertolak ke Hong Kong, selepas breakfast kami sempat naik ke bahagian paling atas hotel untuk mengambil gambar pemandangan bandar Shenzhen.



Ok, jom ikuti catatan perjalanan & gambar2 di Hong Kong dalam Percutian ke Hong Kong & Shenzhen Part 4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...