PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Saturday 19 April 2014

USA 2012 : Part 1, Las Vegas yang menyesakkan

Awal pagi berikutnya, kami bersarapan seawal enam pagi untuk mengejar flight ke Las Vegas lebih kurang jam 9 pagi. Mengambil kira masa berkumpul,memasukkan luggage ke dalam bas, masa perjalanan dari hotel ke airport dan sebagainya, tour agent sentiasa mengingatkan kami agar keluar awal. Seawal 6 pagi juga tiada apa sangat hidangan breakfast yang di sediakan pihak hotel, hanya roti, buah-buahan dan minuman. Mungkin tukang masak pun masih lena di buai mimpi agaknya time tu, heheh..

Pagi itu kami berlepas ke Las Vegas dengan penerbangan Virgin. Penerbangan dari San Francisco ke Las Vegas mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Semasa di ruang udara, sempat juga saya mengambil gambar pemandangan yang sangat cantik ciptaan Allah SWT. Baru saya tahu, rupanya Las Vegas di kelilingi kawasan gurun yang kering dan tandus seolah-olah gurun sahara. Hadui, rasa macam kat alam lain pun ada masa lihat pemandangan dari atas. Sangat cantik dan mendamaikan.
 






Mengapa saya katakan 'Las Vegas yang menyesakkan' ialah sebaik kami tiba dan melepasi pemeriksaan imigresen, kami seperti di sambut dengan puluhan atau ratusan slot mesin judi dan kasino yang sentiasa ada di mana-mana. Oleh itu tak hairanlah Las Vegas terkenal dalam industri perjudian, perbelanjaan dan hiburan. Bukan itu saja, sesampai saja di hotel juga terdapat ratusan slot mesin judi yang menjadi tempat laluan keluar masuk hotel kami dan laluan kami menikmati sarapan pagi. Selain terdapat ratusan slot mesin judi yang menyemakkan, dan puluhan manusia yang sedang sibuk bermain judi serta bunyi muzik dan lagu yang di pasang kuat, memang menambahkan lagi kesesakan fikiran.
Ok kita lupakan seketika tentang itu dan berbalik kepada ketibaan kami di Las Vegas,



Ketibaan kami di Airport Las Vegas di sambut dengan kenderaan 'hummer' yang di tugaskan untuk membawa kami ronda-ronda di sekeliling bandar Las Vegas sebelum di hantar ke hotel. Di sebabkan bandar Las Vegas tidaklah sebesar mana, malah airportnya pun sangat dekat dengan bandar dan hotelnya pun sangat dekat dengan airport, kami di bawa pusing-pusing dan seterusnya di bawa ke hotel utk check-in.

Kami menginap di hotel MGM Grand. MGM Grand merupakan salah satu hotel terbesar di Las Vegas dan mempunyai 6000 bilik kesemuanya. Hotel inilah yang saya ceritakan tadi, dimana terdapat ratusan slot mesin yang menyesakkan jiwa. Oleh kerana kunjungan kami ke Las Vegas adalah sebagai tempat persinggahan/penginapan untuk ke Grand Canyon dan Hoover Dam, segalanya kami harungi juga. Mujur hanya tiga malam. Itupun kami rasakan agak lama.










Sebaik tiba di hotel dan menikmati makan tengahari, kami berbual-bual sesama sendiri dan mengambil keputusan untuk tidak ke factory outlet seperti teman2 lain kerana ingin berjalan-jalan di sekitar hotel. Pada sebelah malam selepas dinner di restoran Smith n Wollensky berdekatan, kami mengambil kesempatan berjalan kaki bersiar-siar di bandar menyaksikan sendiri bandar Las Vegas di waktu malam.







 Kami meneruskan perjalanan malam ke Hotel Bellagio untuk menyaksikan fountain show yang sangat cantik. Malam di Las Vegas sangat meriah kerana ramai orang bersiar2 menyusuri jalan kerana jalannya yang terang-benderang dan kenderaan juga sangat banyak dan sibuk.












Setelah puas menikmati suasana malam di Las Vegas, kami pun bergerak pulang ke hotel menaiki teksi kerana keletihan.

Jom ikuti apa aktiviti kami seterusnya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...