PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Monday 14 April 2014

Legoland Malaysia


Hampir 3 minggu cuti sekolah berlalu dan lupa sgt2 nak berkongsi kisah Percutian di Legoland. cuti sekolah pada Mac lalu, kami sekeluarga menerima jemputan kahwin saudara di Kota tinggi, Johor dan kami ambil kesempatan tersebut utk mengunjungi Legoland yang sudah hampir setahun lebih beroperasi, tapi kami masih belum berpeluang ke sana. Menarik juga tgok kawan2 yg share gambar2 menarik di Legoland. Anak-anak pun sering bertanya bila dapat ke sana kerana kawan2 mereka bercerita yg mereka sudah mengunjungi Legoland. Sebenarnya kadang2 risau juga anak2 asyik minta ke tempat yg seronok2,bukan apa risau mereka leka dgn keseronokan tp sbg ibubapa juga, penting juga sekali-sekala memberikan kegembiraan buat mereka, oleh itu utk keseimbangan tersebut, sebulan sebelum ke Legoland saya bagitahu kpd anak2, jika mahu ke sana perlu lancar hafalan juzu' Amma iaitu 30 surah terakhir dlm Al-quran.

So, lg beberapa minggu sebelum ke Legoland, saya sentiasa semak bacaan dan hafalan anak2 dan sentiasa beritahu mereka, "siapa nak ke Legoland, kena hafal lancar juzu' amma dulu" so anak2 pun lg bersemangat nak hafal supaya impian percutian mereka ke Legoland terlaksana. Best jugakan buat camtu, so anak2 bolehlah berusaha sesuatu sebelum dapat apa yg mereka hajati, takdela mereka fikir mereka akan dapat sesuatu yg menyeronokkan tanpa berusaha. 

Ok berbalik kepada percutian ke Legoland.. (sorry terpanjang pulak intro tadi, hehe..) kami keluar dari hotel Pulai Spring resort yg berdekatan UTM, skudai seawal jam 7.45 pagi. Lebih kurang jam 8.30 pagi kami telah tiba di Bandar Nusajaya, Johor di mana terletaknya lokasi Legoland. Kalau nak tahu macamana Nusajaya, kita boleh imagine pemandangannya ala-ala Putrajaya gitu. Putrajaya masa baru-baru di buka dulu. Kosong dan gersang, hehe.. takdela kosong sgt cuma pembangunan baru sedang rancak di bina. 

Sampai sahaja di Nusajaya, kami pusing-pusing dulu di kawasan hotel Legoland dan buat keputusan utk breakfast di foodcourt yg terdapat kedai mydin sebelum kita tiba ke lokasi Legoland.  Boleh tahan sedap dan berpatutan breakfast di situ.Sori saya lupa nak ambil gambar.

Lepas breakfast  kami bergegas ke Legoland dan mengambil keputusan utk parking di basement hotel legoland kerana lokasinya yg dekat dengan pintu masuk dan tak perlu berjalan jauh kerana kami membawa anak-anak kecil. Caj parking yg dikenakan oleh hotel tersebut adalah RM 30 sehari. Bila di fikirkan, biarlah bayar lebih sikit asal memudahkan.

Selepas membeli tiket, kami berlegar2 di kawasan pintu masuk untuk mengambil gambar kerana Legoland akan di buka tepat Jam 10.00 pagi. Beberapa minit sebelum jam 10 pagi, org ramai sudah beratur panjang utk masuk kedalam.

Sebelum di buka, mascot menyambut kedatangan kami di iringi tarian dan nyanyian Selamat Datang dari kakitangan dan kru Legoland.

Pada pendapat saya, melalui pengalaman saya tempoh hari, kalau anda nak bermain relax je tanpa perlu beratur panjang penat2, masa org berpusu-pusu masuk ke dalam taman tema dan menuju kesebelah kiri dulu ramai2, cuba anda lawan arus, kita tuju ke sebelah kanan dan start permainan yg bermula di sebelah kanan.  Memang best sbb boleh main dengan tenang dan berulang-ulang kali sbb org yg ramai2 tadi semua ikut org depan menuju satu arah belah kiri so kita lawan arus mula sebelah kanan.

Kalau pergi satu hari memang tak cukup untuk kita cuba semua jenis permainan. Oleh itu, untuk lawatan kali pertama, eloklah kita main dulu mainan yg tak ramai org beratur untuk menjimatkan masa dan pilih mainan yg kita memang rasa teruja nak cuba, so takdela tak sempat nanti.Bagi yg membawa anak2 kecil eloklah didahulukan mainan utk kanak2 agar mereka tak merasa bosan jika kita hanya mencuba permainan org dewasa.Lagi satu, sebelum memulakan permainan, bagus juga kita ajak satu keluarga naik keretapi pusing satu Legoland sbg satu Introduction sebelum kita explore sendiri berjalan kaki dengan anak2.

Lawatan kami bermula jam 10 pagi hingga 8.00 malam iaitu waktu Legoland di tutup rasanya sgt berbaloi. Di sebabkan kami mula dari arah sebelah kanan yang tak ramai org dan kebanyakan sebelah kanan adalah mainan untuk kanak2. Menjelang petang, apabila menuju ke kiri barulah ada mainan dewasa seperti Roller Coaster dan kami menaiki roller coasterr tersebut berulang kali di sebabkan tak ramai org ketika itu. Maknanya boleh main game dengan tenang. Menjelang tengahari kami lunch di Restoran fastfood Legoland yang ala2 McD dan KFC.  bila tengok harga makanan satu demi satu dalam  hati terdetik "Ya Allah mahalnya.." kemudian saya tengok pakej combo yang di tawarkan utk seisi keluarga. Owhh harganya sangat2 berpatutan. Oleh itu kalau kita datang ramai2 dgn famili sebelum kita order, kita tgok dulu pakej2 yg di tawarkan  utk keluarga agar lebih jimat dan berbaloi.

Setelah hampir senja, kami menuju ke Miniland yg menempatkan binaan2 lego mini Mercu Bandaraya negara Malaysia seperti Bandar Kuala Lumpur, Putrajaya, KLIA dan Pelabuhan Klang. Tak ketinggalan juga binaan lego Bandaraya Johor Bahru dan mercu bangunan negara2 lain. 

Best juga ronda di Miniland dari senja ke malam kerana rupanya di waktu malam di pasangkan lampu2 yg sgt cantik di binaan2 lego tersebut. masa senja maghrib tu tak perlu tergesa2 pergi sembahyang maghrib kerana bagi pengunjung luar Johor seperti kami iaitu musafir boleh sembahyang jama' / himpun.

Lepas jalan2 di Miniland dan Legoland pun dah nak tutup, kami menuju ke kedai cenderamata berdekatan pintu masuk. Memang selepas melawat sesuatu tempat, saya suka singgah ke kedai cendemata utk membeli ole2 kenang-kenangan. Tapi apa yang boleh di simpulkan adalah sangat, sangat, sangat, sangat mahal dan tidak masuk akal harga di kedai tersebut. Memanglah Legoland tempat tumpuan pelancong termasuk dari luar negara, tapi pengalaman saya mengunjungi Taman tema di luar negara seperti universal Studio, Singapore dan Disneyland Los Angeles, harga2 di kedai cenderahati di sana sgt berpatutan dan tidak melampau walaupun taman tema mereka popular di seluruh dunia.

Selepas membeli beberapa cenderahati, kami pun bergerak pulang ke hotel.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...