PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Monday 16 December 2013

Program Cuti Sekolah Nov-Dec 2013 AKADEMI BOLA SEPAK AMPAC.




Semasa menghadiri Malaysian Islamic  Children Fair (MICF) tempoh hari, saya sempat singgah ke booth AMPAC untk meninjau program cuti sekolah utk anak-anak. Ampac yang beroperasi di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi telah menganjurkan beberapa program motivasi utk pelajar2 sekolah rendah hingga menengah. Antara salah satu programnya adalah latihan bola sepak dan ia di namakan Akademi bola Sepak AMPAC.

Menurut jurulatih yang juga merangkap Pegawai Promosi Akademi tersebut, program bola sepak cuti sekolah adalah yang pertama kali diadakan pada tahun ini kerana sebelum ini ia diadakan untuk program jangka panjang. Niat asal saya mahu menghantar kedua-dua orang anak bujang saya kerana mereka gemar bermain bola sepak di dalam dan di luar rumah bila kelapangan. Kalau bermain di luar rumah ok lagi, paling tak tahan kalau kedua-duanya bermain di dlm rumah sehingga adik perempuan mereka yg berusia 7 bulan tidak dpt tidur lena di buaian.Tapi apakan daya, mereka hanya mahu menerima kanak-kanak bermula umur 6-12 tahun. Anak kedua Arif baru berusia 4 tahun. Oleh itu, saya hanya menghantar anak sulung Akmal yang berusia 6 tahun ke program tersebut.

Antara salah satu tujuan saya menghantar anak sulung saya ke Akademi ini adalah untuk mengasah / mencungkil bakat anak saya. Mana tahu kecenderungan dan minat anak-anak dalam bidang ini. sebagai ibubapa di waktu mereka masih kecil inilah kita perlu peka minat anak-anak ke arah mana.. kita cuba bola sepak, sekiranya anak tak minat bola sepak, kita cuba badminton pula, kalau anak tak minat sukan badminton, kita cuba squash dan sukan2 lain pula, yang penting anak-anak tidak membuang masa dan menghabiskan masa terluang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

 Program ini berlangsung selama enam hari bermula 2 hingga 6 Disember 2013 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptang. Waktu berlatih di padang adalah di waktu pagi bermula 8.30 hingga 11.30 pagi. Peserta kemudian di bawa ke Akademi untuk rehat, mandi, membasuh sendiri kasut but bola, makan tghari, sembahyang zohor berjemaah dan di sebelah petang di adakan program motivasi.

Antara pengisian program di sebelah petang adalah kelas pemakanan dan nutrisi sihat dan kelas silat. Pada hari Rabu, peserta di bawa ke Universiti Malaya untuk berlatih bersama pasukan bola sepak Universiti Malaya. Macam mana agaknya anak sulungku berlatih dgn pasukan profesional. Teringin nak tgok gmbar mereka tapi sehingga kini belum di upload lagi gmbar aktiviti mereka di facebook utk di kongsikan. Saya pernah minta mereka upload gmbar di facebook dan mereka berkata akan berbuat demikian tapi sehingga kini tidak ada, yg ada adalah pengumuman untuk peserta Akademi Bola Sepak jangka panjang..

Pada hari Khamis, peserta di bawa ke Port Dickson utk program Jati Diri. Peserta-peserta di bawa menaiki bas dan bertolak dari lokasi Akademi di Bandar Baru Bangi seawal jam 8.00 pagi  dan berada di Port Dickson sehingga 4.30 petang. Tak dapat di bayangkan sebenarnya melepaskan anak sulung saya yang baru berusia 6 tahun menyertai aktiviti seumpama ini yang kebanyakan disertai oleh kanak- kanak yang berumur 7-12 tahun. Menurut facilitator, hanya 3 orang peserta berumur 6 tahun dan yang lain- lain berumur 7 tahun ke atas. Sebenarnya saya tak kisah menceburkan anak-anak saya dlm program seperti ini walaupun setengah orang kata anakku masih kecil, saya teringat salah satu tips gaya didikan ibubapa Sultan Muhammad Al-Fateh yang membiarkan anaknya bergaul/berkawan dgn org2 yg lebih tua, faedahnya ialah supaya pelajaran dan pengalaman tu cepat transfer. Itulah yang saya harapkan kepada anak-anak saya agar pengalaman menyertai program ini memberi input baik dan pengalaman yang berguna untuk mereka satu hari nanti.

Pada hari Jumaat iaitu pada hari kelima, aktiviti peserta adalah berlatih di padang untuk perlawanan persahabatan pada hari terakhir iaitu pada hari keesokannya, sabtu. Peserta berlatih bermula jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 tghari. Pada hari kelima program tamat seawal jam 12.30 tghari untuk solat jumaat. Pada hari ke lima ini juga Akademi  telah menganugerahkan sijil kepada peserta-peserta yang berjaya menghabiskan program ini.

Pada hari akhir program iaitu hari Sabtu diadakan perlawanan persahabatan antara Program Cuti Sekolah (PCS) vs AMPAC  team. AMPAC team merupakan pasukan program jangka panjang yang di anjurkan oleh Akademi ini. Semasa perlawanan ini ibubapa di galakkan hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Selain itu ibubapa dapatla tgok macammana permainan anak-anak hasil dari latihan di Akademi ini. Kalau ikutkan, apalah sangat skill yang dapat di pelajari untuk tempoh yang singkat iaitu selama 5 hari latihan. Bagi saya itu semua tak penting, yang penting ialah pendedahan sukan ini kepada anak saya,pengalaman anak saya mengembara ke Port dickson bersama rakan-rakan yang baru di kenalinya, bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa dan yang paling penting program ini turut diselitkan dgn program motivasi untuk mmbentuk jati diri. 

Tapi, apa yg mengecewakan ialah anakku Akmal tak sihat dan demam pada hari terakhir tersebut dan tidak dapat mnyertai perlawanan persahabatan. Punah harapan kami nak tgok Akmal bermain, hehe..Walau bagaimanapun, kami sekeluarga tetap hadir bersama Akmal (walaupun Akmal hanya tertidur sepanjang perjalanan dan perlawanan) untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta lain.

Kesimpulannya, program ini amat baik untuk memupuk minat anak-anak kita dalam sukan bola sepak, memberi pengalaman berguna utk program motivasi dan jelajah selain merancang program yang menarik utk anak-anak di musim cuti sekolah agar masa mereka tidak terbuang begitu saja.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...