Wednesday, 4 December 2013
PENGENALAN DIRI
PENGENALAN DIRI
Assalamualaikum & salam perkenalan.. Alhamdulilllah impian saya utk menulis di blog sendiri kini menjadi kenyataan. Memulakan kerjaya sebagai surirumah tangga sepenuh masa sejak awal Januari 2013. Memilih untuk bersara setelah 12 tahun bekerja dgn syarikat industri kecil sederhana milik bapa yg fokus kepada bidang teknologi hijau iaitu tenaga solar & angin.
Setelah menamatkan pengajian Diploma Perakaunan, saya memilih untuk tidak menyambung ke peringkat ijazah seperti teman-teman lain sebaliknya lebih berminat untuk membantu perniagaan bapa saya yang baru bermula ketika itu. Saya melakukan banyak tugas antaranya kerja-kerja pentadbiran, perakaunan, pemasaran dan urusan penganjuran 'kursus asas tenaga solar'.
Saya tiada pengalaman berniaga walaupun hampir setiap ahli keluarga menceburi bidang perniagaan, tapi membantu perniagaan bapa juga sedikit sebanyak telah memberikan banyak pendedahan, pengalaman & selok belok dalam urusan perniagaan dan dalam tempoh 12 tahun tersebut sebenarnya banyak ilmu yang telah saya pelajari.
Semenjak bergelar surirumahtangga, saya amat gemar menghadiri kursus2 & seminar keibubapaan untuk mendalami ilmu mendidik anak-anak & cara-cara terkini dlm membesarkan anak-anak di zaman yang penuh mencabar. Selain minat membaca, mencuba resipi baru, melancong dan melayari internet, aktiviti di masa lapang adalah gemar menghabiskan masa bersama keluarga.
Harapan saya apabila terhasilnya blog ini adalah saya dapat berkongsi sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai di luar sana selain catatan saya akan menjadi tatapan dan rujukan buat anak-anak saya satu hari nanti, In syaa Allah..
Labels:
PENGENALAN DIRI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Puan Zulaikha, selamat berkenalan :)
ReplyDeleteWaalaikumsalam puan siti Nurulhusna, selamat berkenalan, maaf dah hampir setahun, baru perasan message..maaf atas kekhilafan
Delete