PANDUAN, KISAH & TIPS MELANCONG

Tuesday 24 June 2014

Sehari di Kota Kinabalu, Sabah

Hari ketiga di Sabah, kami merancang untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu. Apa yang menarik ye di Kota Kinabalu...? Ok sejurus selepas sarapan kami ke pasar pagi di tengah bandar Kota Kinabalu untuk berjalan-jalan sambil membeli-belah. Pelbagai jenis barangan dan makanan yang di jual di pasar ini dan kelihatan amat menarik sekali. Suasananya lebih kurang pasar malam di sekitar Jalan TAR pada hari Sabtu.



Selepas itu, kami melawat muzium Sabah. Di dalam muzium tersebut tidak di benarkan mengambil gambar, oleh itu tak banyak gmbar dapat di ambil di dalam muzium. Di bahagian luar muzium terdapat beberapa model kereta lama utk tatapan...





Di sekitar muzium pula terdapat beberapa contoh rumah tradisi di Sabah yang di panggil Kg Warisan.Terdapat pelbagai jenis rumah yang sangat unik.








Pada sebelah petang, kami mengunjungi pasar filipina yang sangat popular di kalangan rakyat tempatan dan pelancong di mana di sini di jual mutiara, kraftangan, perhiasan dan lain-lain.  Pasar ini adalah pasar yang wajib di kunjungi sekiranya kita ke Kota Kinabalu.  Lokasinya terletak di Jalan Fuad Stephen berhadapan Kompleks Sinsuran.




Setelah selesai membeli-belah mutiara, kami makan malam di gerai makan bersebelahan pasar filipina. Hadoi menarik dan fresh sungguh ikan2 dan udang kat situ, jom kita baca di entri seterusnya iaitu Tempat makan menarik di Kota Kinabalu, bye bye 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...